25.5 C
Kuala Lumpur
spot_img

 WTO Beri Amaran, Dunia Semakin Menghampiri Kemelesetan Global

Date:

Share:

Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) menyifatkan dunia sedang menuju ke arah kemelesetan global akibat pelbagai krisis yang bertembung dan menggesa dasar radikal untuk memulihkan pertumbuhan, lapor AFP.

Okonjo-Iweala berkata, beliau percaya bahawa perang Rusia-Ukraine, krisis iklim, harga makanan dan kejutan dari segi harga tenaga serta keadaan selepas pandemik Covid-19 turut meyumbang kepada kemelesetan dunia.

“Sekarang kita perlu mengharungi apa yang dikatakan seperti kemelesetan pada masa akan datang.

“Saya fikir kemelesetan global. Itulah yang saya fikir kita sedang menghadapinya. Tetapi pada masa yang sama, kita perlu memikirkan mengenai pemulihan. Kita perlu memulihkan keadaan semula,” katanya dalam pembukaan forum awam tahunan badan perdagangan global di Geneva.

Tambahnya, ramalan pertumbuhan global turut diturunkan oleh Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa, manakala petunjuk pada nombor perdagangan dikatakan ‘tidak kelihatan bagus’.

Beliau menyatakan bahawa kemelesetan global ini membuatkan semua terganggu dan semua pihak tidak boleh menjalankan perniagaan seperti biasa.

“Kita ada kejutan dari segi keselamatan, kejutan iklim, kejutan tenaga, kejutan harga makanan dan semua yang melanda negara pada masa yang sama jadi kita tidak mampu untuk menjalankan perniagaan seperti biasa,” ujarnya lagi.

Kata Okonjo-Iweala, bank pusat sedang mengalami waktu yang sukar dengan mempunyai sedikit pilihan pada masa hadapan.

“Bank pusat sebenarnya tidak mempunyai terlalu banyak pilihan selain meningkatkan kadar faedah tetapi kesannya terhadap pasaran baru muncul dan negara membangun agak teruk kerana mereka turut mengehadkan kenaikan kadar faedah,” katanya semasa menjelaskan situasi dunia.

Jelasnya, bagi negara maju mereka menghadapi pelbagai kesulitan daripada kemelesetan ini.

“Tetapi apa yang berlaku di negara maju menjejaskan beban hutang mereka, menjejaskan apa yang mereka perlu bayar untuk membayar hutang, menjejaskan keadaan ekonomi mereka untuk kembali ke negara maju.

“Buat masa ini, saya fikir tiada banyak pilihan selain bank pusat bertindak kerana inflasi benar-benar melanda golongan miskin dengan teruk,” katanya lagi.

Beliau menekankan bahawa bank pusat perlu menentukan sama ada inflasi berlaku disebabkan oleh permintaan tinggi atau sama ada kenaikan harga dikaitkan dengan masalah struktur di bahagian pengeluaran.

Sementara itu, beliau berkata kebimbangan utamanya adalah bagaimana untuk memastikan keselamatan makanan terjamin serta akses kepada penggunaan tenaga.- AFP

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Mansuh pencen ahli politik & penjawat awam adalah praktikal dan selari keperluan zaman

Memansuhkan pencen ahli politik & penjawat awam sememangnya satu topik yang panas kerana ianya melibatkan ramai pihak berkepentingan namun ia tetap perlu diakui sebagai...

Pengurus Maybank MC trade forex ambil RM4.8 juta dari peti besi cawangan, kena penjara

Seorang pengurus perkhidmatan di cawangan Maybank Singapura menanggung hutang kad kredit dan mengalami kerugian besar daripada dagangan dalam pasaran pertukaran asing (Forex).Dia mula meminjam...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 251 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 250.Dapatkan naskah MFM edisi ke 250 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

Apakah maksud US Shutdown ? Tujuh perkara yang anda patut tahu

Pembiayaan untuk agensi persekutuan AS akan kehabisan pada 30 September, krisis yang didorong oleh perpecahan ideologi di kalangan Ahli Republikan.AS ketika ini hanya beberapa...

Produk Gardenia mulai 1 Oktober ini

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) hari ini mengesahkan 30 produk syarikat itu akan mengalami kenaikan harga mulai 1 Oktober atau Ahad ini.Antara...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here