By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MajalahForexMalaysia.com
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: BANK NEGARA SERBU 22 PREMIS i-SERVE ONLINE MALL
Sign In
Breaking:
Rizab Asing Jepun Mencapai Tinggi Hampir 3 Tahun
Jurang Perdagangan Iceland Melebar pada April
Jurang Belanjawan Rusia Melebar kepada 1.5% pada Jan-April
BTC/USD: Harga Bitcoin Disenyapkan Hampir $95,000 kerana Pedagang Kripto Memerhati Keputusan Kadar Fed
Minyak Turun apabila OPEC+ Mengesahkan Kenaikan Keluaran
MajalahForexMalaysia.comMajalahForexMalaysia.com
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MajalahForexMalaysia.com > Blog > Berita Terkini > BANK NEGARA SERBU 22 PREMIS i-SERVE ONLINE MALL
Berita TerkiniEditor's Picks

BANK NEGARA SERBU 22 PREMIS i-SERVE ONLINE MALL

Last updated: November 17, 2021 10:35 pm
By MFM Team
2 Min Read
Share
SHARE

Bank Negara Malaysia (BNM) dan beberapa agensi kerajaan membuat serbuan ke atas i-Serve Online Mall Sdn. Bhd. dan syarikat sekutunya kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan jenayah kewangan.

BNM berkata sebanyak 22 premis yang berkaitan dengan i-Serve Online Mall Sdn Bhd dan syarikat sekutunya di Kuala Lumpur dan Selangor telah diserbu dan dokumen yang berkaitan dirampas bagi membantu siasatan bersama itu.

“Tindakan serbuan tersebut juga telah menyebabkan 45 akaun dalam tujuh bank dibekukan serta wang tunai yang keseluruhannya berjumlah RM118.7 juta dirampas,” katanya dalam kenyataan.

Syarikat berkenaan terbabit dalam e-dagang dan perkhidmatan berkaitan.

BNM berkata, tindakan penguatkuasaan itu diselaraskan oleh Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) dan BNM sebagai agensi peneraju, bersama-sama dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan CyberSecurity Malaysia.

Katanya, i-Serve Online Mall Sdn Bhd dan syarikat sekutunya disyaki melakukan pelbagai kesalahan, termasuk di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

“Orang ramai dinasihati bahawa mana-mana individu yang menerima deposit tanpa lesen dianggap telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 137(1) FSA, manakala siasatan terhadap kesalahan pengubahan wang haram juga akan dibuat mengikut peruntukan di bawah AMLA,” menurut kenyataan itu.

Jika disabit kesalahan, individu tersebut boleh dikenakan denda tidak kurang daripada lima kali jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram semasa kesalahan tersebut dibuat atau denda RM5 juta, mana-mana yang lebih tinggi, dan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, orang ramai diingatkan supaya hanya menyimpan wang dan/atau melabur dengan pihak yang berlesen atau berdaftar dengan pihak berkuasa yang berkaitan,” tambah kenyataan itu.

BNM dan SC menggesa orang ramai supaya berhati-hati apabila melabur dengan syarikat-syarikat dalam atau luar negara yang menawarkan pelbagai peluang pelaburan di samping menjanjikan pulangan yang lumayan.

Sekiranya orang ramai mengetahui atau ditawarkan peluang pelaburan seperti ini melalui promosi media sosial, e-mel atau telefon, mereka digalakkan untuk melaporkan perkara ini kepada BNM 03-2691 0824 atau SC di talian 03-6204 8999.

Anda Pasti Sukakan Ini

Dolar, bitcoin semakin perlahan momentum kerana pasaran mengintai inflasi AS

Kadar Inflasi Mongolia Menurun pada Mac

Dolar melantun, saham jatuh ekoran kebimbangan inflasi meningkat

Analisa Teknikal GbpUsd 09 Ogos 2021

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE-43

TAGGED:Bank Negara Malaysiai serve online mallsenarai scammersuruhanjaya sekuriti
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Rizab Asing Jepun Mencapai Tinggi Hampir 3 Tahun
May 9, 2025
MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA
May 9, 2025
Jurang Perdagangan Iceland Melebar pada April
May 8, 2025
Jurang Belanjawan Rusia Melebar kepada 1.5% pada Jan-April
May 8, 2025
Saham Chengdu Aircraft Melonjak Selepas Jet India Ditembak Jatuh oleh Pakistan
May 7, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Berita Terkini

Najib cadangkan harga minyak RON95 dinaikkan agar tidak disalahguna golongan T20

By Fatin Zulaikha
4 Min Read
Berita Terkini

Subsidi Telur Ayam Dihentikan Mulai 1 Ogos – Apa Cerita Sebenarnya?

By Ahmad Danial
2 Min Read
News Ticker

Lagarde berkata ECB sangat hampir untuk mencapai matlamat inflasinya, laporan FT

By MFM News Update
1 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

News Ticker

Won Korea Selatan Berlanjutan Jatuh

By MFM News Update
April 28, 2025
1 Min Read

Apa Akan Terjadi Jika China Menjual Ratusan Bilion Bon Perbendaharaan AS Secara Mengejut?

By Azawiya Azali
April 19, 2025
Berita Terkini

Angin perubahan bertiup di selatan,PAP dijangka menang majoriti mudah tapi…

By Fatin Zulaikha
April 27, 2025
6 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 333 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
News Ticker

Dolar Australia Jatuh Berbanding USD atas Kebimbangan Lebih Banyak Tarif Global

Dolar Australia susut lebih rendah berbanding rakan sejawatannya di AS berikutan kebimbangan terhadap lebih banyak tarif…

By MFM News Update
February 11, 2025
Berita Terkini

Pengulas politik AS kata ‘Orang Melayu Tak Ada Duit’,memperlekeh lawatan Presiden China ke Malaysia

Di saat perang perdagangan dengan Amerika Syarikat yang masih memuncak serta ketegangan bersama pentadbiran Donald Trump,…

By Azawiya Azali
April 17, 2025
News Ticker

Campur tangan RBI berat membantu rupee mencatat minggu terbaik dalam 19 bulan

Rupee India mencatatkan kenaikan mingguan terbesarnya berbanding dolar dalam tempoh tujuh bulan, ditarik balik oleh campur…

By MFM News Update
February 14, 2025
News Ticker

Sentimen Pengguna Australia Mencapai Ketinggian 3 Tahun

Indeks Sentimen Pengguna Institut Westpac-Melbourne Australia meningkat 4% pada bulan Mac, mencapai 95.9 daripada 92.2 pada…

By MFM News Update
March 11, 2025
MajalahForexMalaysia.com

MajalahForexMalaysia.com adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MajalahForexMalaysia – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up