By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MajalahForexMalaysia.com
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: Tren hilang dari radar antara punca perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya dihentikan seminggu
Sign In
Breaking:
Rizab Asing Jepun Mencapai Tinggi Hampir 3 Tahun
Jurang Perdagangan Iceland Melebar pada April
Jurang Belanjawan Rusia Melebar kepada 1.5% pada Jan-April
BTC/USD: Harga Bitcoin Disenyapkan Hampir $95,000 kerana Pedagang Kripto Memerhati Keputusan Kadar Fed
Minyak Turun apabila OPEC+ Mengesahkan Kenaikan Keluaran
MajalahForexMalaysia.comMajalahForexMalaysia.com
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MajalahForexMalaysia.com > Blog > Berita Terkini > Tren hilang dari radar antara punca perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya dihentikan seminggu
Berita Terkini

Tren hilang dari radar antara punca perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya dihentikan seminggu

Last updated: November 11, 2022 1:24 am
By Fatin Zulaikha
3 Min Read
Share
SHARE

Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya masih mengalami gangguan menyebabkan perkhidmatan antara Stesen LRT Kelana Jaya dan Stesen LRT Ampang Park diberhentikan.

Rapid Rail Sdn Bhd dalam kenyataan memaklumkan perkhidmatan antara kedua-dua stesen terbabit terpaksa dihentikan atas faktor keselamatan apabila gangguan pada sistem Kawalan Tren Automatik (ATC) Laluan Kelana Jaya mula dikesan jam 3.03 petang tadi.

“Setakat jam 8.30 malam tadi, perkhidmatan tren perantara dari Stesen LRT Gombak ke Stesen LRT Damai serta dari Stesen LRT Ara Damansara ke Stesen LRT Putra Heights masih berjalan.

“Operasi tren dari Stesen LRT Putra Heights berpatah balik di Stesen LRT Ara Damansara, manakala operasi tren dari Stesen LRT Gombak berpatah balik di Stesen LRT Damai,” katanya.

Menurutnya, perkhidmatan tren akan ditamatkan jam 11 malam ini.

“Pengumuman mengenai gangguan perkhidmatan sudah dilakukan di stesen dan di dalam tren bagi memaklumkan penumpang mengenai status perkhidmatan terkini serta makluman melalui media sosial Rapid KL.

“Ia untuk memudahkan penumpang merancang perjalanan mereka menggunakan perkhidmatan alternatif,” katanya.

Katanya, perkhidmatan bas perantara percuma antara stesen Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park turut disediakan bagi memudahkan pergerakan penumpang yang terkesan akibat gangguan perkhidmatan berkenaan.

“Perkhidmatan bas perantara akan dilanjutkan sehingga jam 12 tengah malam ini bagi menampung penumpang.

“Pasukan kejuruteraan dan teknikal Rapid Rail dibantu oleh pihak Thales Group di Canada selaku pengilang peralatan asal atau OEM sedang giat menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar gangguan ini.

“Setakat ini, apa yang diketahui adalah terdapat gangguan kepada komponen elektronik sistem kawalan tren automatik atau ATC yang menyebabkan kehilangan signal di antara pusat kawalan dan tren,” katanya.

Katanya, gangguan itu menyebabkan tren-tren tidak dapat beroperasi secara automatik antara Stesen LRT Kelana Jaya dan Stesen LRT Ampang Park.

“Kami akan memaklumkan status perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya dari semasa ke semasa kepada orang awam menerusi saluran media sosial dan media massa.

“Segala kesulitan dialami para penumpang disebabkan oleh gangguan ini amat dikesali dan kami memohon maaf atas gangguan perjalanan yang terpaksa ditempuhi oleh semua pengguna perkhidmatan Rapid KL,” katanya.

Anda Pasti Sukakan Ini

Pound stabilizes but turmoil continues for UK economy

Dollar Kanada melanjutkan pembalikannya selepas data Pembuatan AS yang optimistik

Kes pecah amanah LCS,pegawai BNS dituduh di mahkamah hari ini.

Analisa Teknikal Gold 14 Julai 2021

AUD/USD menjunam di bawah 0.7000 berikutan Jualan Runcit AS yang optimistik, Upah Aussie yang lemah & fokus minit mesyuarat FOMC

TAGGED:LRT DitutupLRT Kelana Jaya
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Rizab Asing Jepun Mencapai Tinggi Hampir 3 Tahun
May 9, 2025
MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA
May 9, 2025
Jurang Perdagangan Iceland Melebar pada April
May 8, 2025
Jurang Belanjawan Rusia Melebar kepada 1.5% pada Jan-April
May 8, 2025
Saham Chengdu Aircraft Melonjak Selepas Jet India Ditembak Jatuh oleh Pakistan
May 7, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Berita TerkiniEditor's PicksFundamental

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE-100 PERCUMA UNTUK SEMUA!

By MFM Team
1 Min Read
AktivitiBerita TerkiniEditor's PicksFundamentalKoleksiMajalah OnlineUncategorized

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE-34

By NAJMULDIN BIN HAMZAH
0 Min Read
Berita Terkini

Ringgit dijangka terus mengukuh – Ahmad Maslan

By Azawiya Azali
1 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

Berita Terkini

ConocoPhillips “Angkat Kaki” Dari Projek Minyak RM13.7 Bilion di Sarawak – Apa Dah Jadi?

By Fatin Zulaikha
April 30, 2025
3 Min Read

Apa Akan Terjadi Jika China Menjual Ratusan Bilion Bon Perbendaharaan AS Secara Mengejut?

By Azawiya Azali
April 19, 2025
Berita Terkini

Angin perubahan bertiup di selatan,PAP dijangka menang majoriti mudah tapi…

By Fatin Zulaikha
April 27, 2025
6 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 333 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
News Ticker

Komen ING tentang Euro, Sterling

Perhimpunan pilihan raya parlimen Jerman euro tidak bertahan lama, kerana pasaran tidak menetapkan harga dalam premium…

By MFM News Update
February 25, 2025
Berita Terkini

Bursa Malaysia terus menunjukkan ketahanan disebalik kejatuhan pasaran saham global

Pada 14 Mac 2025, Bursa Malaysia menunjukkan prestasi positif dengan Indeks FBM KLCI ditutup pada paras…

By Ahmad Danial
March 15, 2025
Berita Terkini

Angin perubahan bertiup di selatan,PAP dijangka menang majoriti mudah tapi…

Parti Tindakan Rakyat (PAP) telah menjadi parti dominan dalam politik Singapura sejak kemerdekaan pada tahun 1965.…

By Fatin Zulaikha
April 27, 2025
News Ticker

Data Jepun lagi bagus, BOJ berada di landasan untuk lebih banyak kenaikan

By MFM News Update
February 10, 2025
MajalahForexMalaysia.com

MajalahForexMalaysia.com adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MajalahForexMalaysia – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up