By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MajalahForexMalaysia.com
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: Kabinet akan putuskan isu pengembara luar negara – Dr Zaliha
Sign In
Breaking:
Harga Pengeluar Portugal Jatuh Paling Banyak Sejak 2023
Saham AS Memadam Kerugian
Harga Bitcoin Meningkat 4% kepada $107,000
Saham Australia Merosot 0.6% pada Tamat
Forex Global dan Roundup Pendapatan Tetap
MajalahForexMalaysia.comMajalahForexMalaysia.com
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MajalahForexMalaysia.com > Blog > Berita Terkini > Kabinet akan putuskan isu pengembara luar negara – Dr Zaliha
Berita Terkini

Kabinet akan putuskan isu pengembara luar negara – Dr Zaliha

Last updated: July 12, 2023 3:50 pm
By Fakhrul Razi
2 Min Read
Share
SHARE

Sebarang keputusan berkaitan ketibaan pengembara luar negara khususnya dari China perlu dibincangkan secara komprehensif dan diputuskan di peringkat Kabinet, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Beliau berkata keputusan itu perlu dibuat secara bersama dengan mengambil input daripada pelbagai kementerian dan bukan hanya Kementerian Kesihatan (KKM) sahaja kerana ia melibatkan aspek ekonomi, pelancongan serta keselamatan rakyat.

Katanya beliau berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bagi sesi taklimat berkaitan isu pengembara luar negara yang akan dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet esok.

“Esok, kita akan bentangkan fakta yang kita ada dan sebarang kemungkinan berkaitan. Insya-Allah kita harap ada satu keputusan terbaik yang mengimbangkan dari sudut sains dan data serta persepsi masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), di Sepang hari ini.

Lonjakan ketara kes Covid-19 di China mengundang kegusaran banyak pihak termasuk rakyat Malaysia yang mahu kerajaan mengambil langkah kawalan terbaik seperti melakukan ujian saringan Covid-19 sebaik pengembara tiba di pintu sempadan negara.

Dr Zaliha berkata ketibaan pelancong luar negara di kedua-dua lapangan terbang itu dipantau tanpa sebarang diskriminasi setakat ini dan sekiranya didapati tidak sihat mereka akan dihantar ke fasiliti kesihatan terdekat.

Menurutnya beliau berpuas hati dengan langkah yang dilaksanakan buat masa ini berkaitan pencegahan Covid-19.

Beliau turut menasihatkan rakyat Malaysia supaya mengambil langkah pencegahan seperti disarankan KKM iaitu pemakaian pelitup muka dan menerima dos penggalak, selain menjaga kesihatan kendiri.

– Bernama

Anda Pasti Sukakan Ini

Analisa Harga GBP/USD: Pullback masih kekal sukar untuk difahami melainkan ia menembusi paras sokongan 1.1970

PM Anwar Ibrahim umum penghentian pergantungan kepada Dolar AS

Taiwan: China, Russia disrupting, threatening world order

Strategi Terkini untuk Dagangan Pasangan Mata Wang USD dan Emas

Analisis Harga GBP/USD: Bertahan stabil sekitar 1.2300, betul-betul di bawah rintangan saluran menaik

TAGGED:Covid ChinaPelancong Chinapelancong dari china
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Calling All South African Traders: Join the Traders Fair 2025 in Johannesburg
May 20, 2025
Wiki Finance Expo Cyprus 2025: Europe’s Premier Fintech, Crypto & Forex Event!
May 20, 2025
Harga Pengeluar Portugal Jatuh Paling Banyak Sejak 2023
May 20, 2025
Saham AS Memadam Kerugian
May 20, 2025
Harga Bitcoin Meningkat 4% kepada $107,000
May 19, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Berita Terkini

Fed expected to hike rates by three-quarters of a point again, but its forecast may matter most

By Fatin Zulaikha
9 Min Read
Berita Terkini

Humza Yousaf telah disahkan sebagai menteri pertama Scotland yang baharu selepas undian di Parlimen Scotland.

By Ahmad Danial
7 Min Read
Berita TerkiniEditor's PicksFundamental

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE-88 MUAT TURUN SECARA PERCUMA

By MFM Team
1 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

News Ticker

Saham New Zealand Dibawah Tekanan

By MFM News Update
April 22, 2025
0 Min Read

Perang Dagang Amerika Syarikat-China: The Art Of Deal

By Azawiya Azali
April 28, 2025
Berita Terkini

Angin perubahan bertiup di selatan,PAP dijangka menang majoriti mudah tapi…

By Fatin Zulaikha
April 27, 2025
6 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 334 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
News Ticker

Kadar Inflasi Mongolia Menurun pada Mac

Kadar inflasi tahunan di Mongolia perlahan kepada 9.1% pada Mac 2025 daripada paras tertinggi hampir satu…

By MFM News Update
April 10, 2025
News Ticker

NZX 50 Turun apabila Tarif AS Berkuatkuasa

Penanda aras New Zealand S&P/NZX 50 jatuh 0.6% kepada sekitar 12,470 pada hari Selasa, melanjutkan kerugian…

By MFM News Update
March 4, 2025
News Ticker

Rand Afrika Selatan pada Terendah 1 Minggu

Rand Afrika Selatan didagangkan sekitar 18.4 setiap USD, terendah dalam seminggu, ditekan oleh dolar yang lebih…

By MFM News Update
February 26, 2025
Berita Terkini

Rizab Forex Malaysia Susut Lagi pada Akhir Mac – Data BNM

Rizab antarabangsa Malaysia mencatatkan penurunan sebanyak AS$500 juta pada akhir Mac berbanding pertengahan bulan, menurut data…

By Azawiya Azali
April 10, 2025
MajalahForexMalaysia.com

MajalahForexMalaysia.com adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MajalahForexMalaysia – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up