25.9 C
Kuala Lumpur
spot_img

Polis serbu 3 premis sediket pelaburan forex di Bangsar, 58 individu ditahan

Date:

Share:

Polis menyerbu tiga premis perniagaan di ibu kota, semalam yang dikesan dijadikan pusat panggilan satu sindiket penipuan pelaburan mata wang (forex).

Ketiga-tiga premis yang terletak di sebuah pusat perniagaan di Bangsar itu diserbu hasil risikan Bahagian Risik/Operasi, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Brickfields.

Serbuan turut disertai pasukan dari Bahagian Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Ketua Polis Brickfields, Amihizam Abdul Shukor, berkata pihaknya menahan seramai 58 individu yang terdiri 24 lelaki dan 32 wanita tempatan, selain dua warga asing termasuk wanita.

“Semua yang ditahan berusia antara 20 hingga 59 tahun. Modus operandi sindiket ini ialah menggunakan platform media sosial bagi mempromosi serta menawarkan pelaburan ‘forex’ yang menjanjikan pulangan lumayan.

“Mereka bukan sahaja menyasarkan mangsa di dalam negara, malah di luar negara termasuk Vietnam, China, Filipina, Singapura dan Eropah,” katanya menurut Berita Harian.

Amihizam berkata, polis turut merampas 50 komputer riba, komputer meja (9), telefon bimbit (4), satu unit modem wifi serta dua gegantung iklan pelaburan.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat unsur penipuan dalam skim pelaburan ‘forex’ yang ditawarkan secara dalam talian itu.

“Semua suspek direman empat hari bermula hari ini sehingga 23 Oktober untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan serta Seksyen 511 dan 120B akta sama,” katanya.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 259 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 259. Dapatkan naskah MFM edisi ke 259 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

Broker Justmarkets Refund Deposit Trader

Insiden berlaku pada pagi Isnin, 13 November 2023, di mana seorang trader melaporkan kerugian besar akibat daripada gangguan pada carta Justmarkets. Ketika kejadian, individu...

Blockchain Festival Asia 2024: Uniting the World’s Leading Innovators in BlockchainTechnology

Blockchain enthusiasts, investors, and industry leaders will converge in acelebration of technological innovation and the future of blockchain at the highly anticipatedBlockchain Festival Asia,...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 258 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 258.Dapatkan naskah MFM edisi ke 258 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

USD/JPY berdagang dengan kerugian harian sederhana sekitar pertengahan 150.00s, kekurangan jualan susulan

USD/JPY kekal dalam defensif untuk hari kedua berturut-turut di tengah-tengah USD yang menurun.Pertaruhan bahawa Fed telah selesai dengan kitaran kenaikan kadarnya terus membebankan wang.Pendirian...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here