By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MajalahForexMalaysia.com
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: Ringgit menyusut bukan gambaran  ekonomi Malaysia terjejas – Anwar
Sign In
Breaking:
Saham AS Memadam Kerugian
Harga Bitcoin Meningkat 4% kepada $107,000
Saham Australia Merosot 0.6% pada Tamat
Forex Global dan Roundup Pendapatan Tetap
Hasil 10 Tahun AS Menahan Penurunan
MajalahForexMalaysia.comMajalahForexMalaysia.com
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MajalahForexMalaysia.com > Blog > Berita Terkini > Ringgit menyusut bukan gambaran  ekonomi Malaysia terjejas – Anwar
Berita Terkini

Ringgit menyusut bukan gambaran  ekonomi Malaysia terjejas – Anwar

Last updated: November 2, 2023 11:23 pm
By Azawiya Azali
3 Min Read
Share
SHARE

Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, penyusutan nilai ringgit yang dialami dalam tempoh terdekat ini, tidak harus dijadikan pengukur kepada kedudukan ekonomi negara.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, berkata ia juga tidak menggambarkan bahawa asas ekonomi negara sudah terjejas.

Katanya, kejatuhan kadar pertukaran ringgit yang dialami pada ketika ini sebahagian besarnya didorong perkembangan global yang secara khususnya dipengaruhi pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) dan ketidaktentuan pertumbuhan ekonomi China.

“Keadaan yang sama turut dialami oleh mata wang serantau seperti yen Jepun, baht Thailand, won Korea, renminbi China, dan peso Filipina yang turut menyusut berbanding dengan dolar AS pada tahun ini.

“Walaupun nilai mata wang ringgit menurun berbanding dolar AS, namun ekonomi Malaysia masih kekal berdaya tahan disokong permintaan domestik yang mampan.

“Pertumbuhan terus diterajui perbelanjaan sektor swasta berikutan penambahbaikan berterusan dalam pasaran buruh, pelaksanaan projek pelaburan berbilang tahun serta aktiviti pelancongan yang lebih rancak,” katanya dalam jawapan bertulis yang dimuat naik di laman web Parlimen semalam.

Sebagai sebuah negara perdagangan dan ekonomi yang terbuka, Perdana Menteri berkata permintaan terhadap ringgit akan dipengaruhi oleh faktor global.

Dalam keadaan pasaran kewangan global yang tidak menentu, jelasnya kadar pertukaran ringgit yang fleksibel memainkan peranan penting mengurangkan impak kejutan luaran terhadap aktiviti ekonomi domestik.

“Pemulihan kestabilan pasaran dunia, penambahbaikan sentimen pelabur dan lebihan penerimaan pertukaran wang asing yang dipengaruhi oleh kegiatan teras ekonomi negara dijangka akan dapat memperkukuhkan nilai ringgit.

“Langkah jangka masa pendek yang diambil oleh Bank Negara (BNM) akan tertumpu kepada usaha memastikan pelarasan ringgit berada dalam keadaan teratur.

“Untuk menangani kemeruapan pasaran pertukaran asing, BNM akan terus menguruskan risiko-risiko dari perkembangan domestik dan luaran serta bersedia untuk menggunakan instrumen dasar operasinya bagi memastikan keadaan pasaran yang teratur,” katanya.

Dalam jangka masa panjang, Perdana Menteri berkata, nilai ringgit boleh diperkukuh melalui pelaksanaan polisi struktur yang berupaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan daya saing negara bagi menarik aliran masuk dana dan pelaburan asing yang berkualiti.

Tambahnya, langkah ini termasuk usaha bagi mentransformasi ekonomi negara yang dipandu oleh Kerangka Ekonomi MADANI menerusi dasar seperti Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) .

“Selain itu, pelaksanaan Dasar Pelaburan Baharu untuk menambah baik iklim pelaburan dan produktiviti negara serta komitmen kerajaan terhadap pengukuhan kemampanan fiskal menerusi pembentangan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (FRA) dijangka akan membantu mengukuhkan nilai ringgit,” katanya

Anda Pasti Sukakan Ini

Kadar inflasi Malaysia meningkat 4.7%

Silver Price Analysis: XAG/USD refreshes 10-week low as bears attack 100-DMA

US DOLLAR MENDAPAT PERMINTAAN YANG TINGGI PADA HARI INI

Promosi Terbaru XM $50 Bonus Dagangan

Berakhirnya era kegemilangan TOSHIBA

TAGGED:Anwar Ibrahim EkonomiEkonomi MadaniEkonomi Malaysia 2023
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Saham AS Memadam Kerugian
May 20, 2025
Harga Bitcoin Meningkat 4% kepada $107,000
May 19, 2025
Saham Australia Merosot 0.6% pada Tamat
May 19, 2025
Forex Global dan Roundup Pendapatan Tetap
May 16, 2025
Hasil 10 Tahun AS Menahan Penurunan
May 16, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Berita Terkini

Ringgit menjunam ke paras terendah sejak krisis kewangan Asia

By Fakhrul Razi
2 Min Read
Berita TerkiniEditor's Picks

PUTIN UMUM OPERASI KETENTERAAN DI UKRAINE

By MFM Team
5 Min Read
Berita TerkiniTeknikal

Ciri-Ciri Asas Candlestick dalam Dagangan yang Anda Perlu Tahu

By Azawiya Azali
4 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

News Ticker

Dolar Melanjutkan Penurunan

By MFM News Update
May 14, 2025
1 Min Read

Perang Dagang Amerika Syarikat-China: The Art Of Deal

By Azawiya Azali
April 28, 2025
Berita Terkini

Angin perubahan bertiup di selatan,PAP dijangka menang majoriti mudah tapi…

By Fatin Zulaikha
April 27, 2025
6 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 334 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
News Ticker

Saham India Berdagang Lebih Rendah dalam Tawaran Awal

Saham di India jatuh 171 mata, atau 0.2%, kepada 73,920 pada dagangan pagi pada hari Rabu,…

By MFM News Update
March 12, 2025
News Ticker

Saham Australia Merosot 0.6% pada Tamat

Saham di Australia turun 0.6% untuk ditutup pada 8,295 pada hari Isnin, memadamkan keuntungan daripada lapan…

By MFM News Update
May 19, 2025
News Ticker

Saham New Zealand Jatuh

NZX 50 jatuh 63 mata atau 0.5% kepada 11,829 pada dagangan awal pada hari Rabu, membalikkan…

By MFM News Update
April 9, 2025
News Ticker

Saham Turki Lanjutkan Penurunan

BIST 100 Turki berada di bawah paras 9,400 pada April, melanjutkan penurunannya sejak awal tahun kepada…

By MFM News Update
April 17, 2025
MajalahForexMalaysia.com

MajalahForexMalaysia.com adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MajalahForexMalaysia – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up