27.3 C
Kuala Lumpur
spot_img

45.2% warga asing guna bas percuma GoKL

Date:

Share:

DIANGGARKAN 45.2 peratus penggunaan perkhidmatan bas percuma GoKL adalah oleh warga asing, kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Jalaluddin Alias.

Justeru beliau tidak menolak kemungkinan untuk mencadangkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenakan bayaran terhadap warga asing yang menggunakan perkhidmatan awam tersebut.

Jalaluddin ketika sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini berkata, dianggarkan sebanyak 45.2% penggunaan bas tersebut terdiri warga asing.

“Mereka (warga asing) menggunakan perkhidmatan ini secara pecuma. Kalau kita kutip RM1 untuk setiap warga asing ini, kita boleh kutip RM9.2 juta setiap bulan,” katanya menjawab soalan tambahan Senator Mohd Hisamudin Yahaya.

Terdahulu, Hisamudin yang ingin tahu jumlah warga asing menggunakan perkhidmatan bas percuma GoKL dan adakah pihak kerajaan merancang mengenakan caj kepada warga asing pada masa hadapan.

Menjawab soalan tambahan Senator Dominic Lau Hoe Chai mengenai punca rakyat tempatan tidak menggunakan pengangkutan awam di ibu kota, Jalaluddin berkata, antara sebab utama adalah ketersambungan jajaran batuan awal dan akhir masih belum memuaskan.

Selain itu, katanya, pengguna jalan raya mendakwa tempoh masa menggunakan kenderaan sendiri adalah lebih singkat berbanding menggunakan pengangkutan awam.

“Batuan awal antara kediaman ke tempat bermula pengangkutan awam dan ke hentian akhir stesen pengangkutan awam ke pejabat, ini yang kita kena naik taraf dan dimasukkan dalam pelan jangka panjang DBKL,” katanya.-AGENSI

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Lebih $2 juta aset dibekukan daripada trio ‘Meta Trade4’

Mahkamah Perbandaran Phnom Penh telah memerintahkan rampasan $2,256,000 aset milik 3 orang yang menjalankan penipuan pertukaran asing yang didakwa menipu.Hakim Mahkamah Perbandaran Phnom Penh,...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 235 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 235.Dapatkan naskah MFM edisi ke 235 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

EUR/USD: Temporary breather before a fall to key supports at 1.0557/1.0501 – Credit Suisse

EUR/USD stays seen on course to test a cluster of key supports at 1.0557/1.0501, in the view of analysts at Credit Suisse.Looking for a fall...

Tiada lagi subsidi ayam, telur selepas 30 Jun – Mat Sabu

MENTERI Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pemberian subsidi ayam dan telur akan berakhir pada 30 Jun disusuli pengapungan harga bermula...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 234 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 234.Dapatkan naskah MFM edisi ke 234 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here