By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MajalahForexMalaysia.com
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: Rusia arahkan jualan minyak negara dalam mata wang ruble
Sign In
Breaking:
Rizab Asing Jepun Mencapai Tinggi Hampir 3 Tahun
Jurang Perdagangan Iceland Melebar pada April
Jurang Belanjawan Rusia Melebar kepada 1.5% pada Jan-April
BTC/USD: Harga Bitcoin Disenyapkan Hampir $95,000 kerana Pedagang Kripto Memerhati Keputusan Kadar Fed
Minyak Turun apabila OPEC+ Mengesahkan Kenaikan Keluaran
MajalahForexMalaysia.comMajalahForexMalaysia.com
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MajalahForexMalaysia.com > Blog > Berita Terkini > Rusia arahkan jualan minyak negara dalam mata wang ruble
Berita Terkini

Rusia arahkan jualan minyak negara dalam mata wang ruble

Last updated: March 25, 2022 1:45 pm
By MFM Team
3 Min Read
Share
SHARE

RUSIA menetapkan penjualan gasnya akan menggunakan mata wang ruble khususnya kepada negara yang dianggap tidak mesra dengannya, sekali gus menolak naik harga gas dan minyak di Eropah.

Presiden Rusia Vladimir Putin berkata, langkah itu sebagai balasan terhadap tindakan Barat membekukan aset milik Rusia.

“Saya telah memutuskan untuk melaksanakan satu set langkah untuk menukar pembayaran, secepat mungkin. Kita mulakan dengan menukar pembayaran untuk gas asli kita yang dibekalkan kepada negara yang dikatakan tidak mesra dengan Rusia, kepada ruble Rusia.

“Semua pengguna asing harus diberi peluang untuk membuat transaksi yang diperlukan, dan harus ada prosedur telus yang boleh difahami untuk mereka membuat pembayaran, termasuk prosedur pembelian ruble Rusia dalam pasaran pertukaran asing domestik kami.

“Saya sudah arahkan Bank of Rusia, bersama-sama dengan kerajaan, untuk menentukan prosedur bagi transaksi sedemikian dalam masa seminggu,” katanya dalam sidang video khas di Moscow pada Rabu.

Putin pada masa sama memberi jaminan bekalan akan terus disalurkan negara itu di sebalik sekatan ekonomi yang dikenakan Barat.

“Pada masa yang sama, saya ingin secara berasingan menekankan bahawa Rusia akan meneruskan dengan segala cara untuk membekalkan gas asli mengikut jumlah dan harga, mengikut prinsip penetapan harga yang ditetapkan dalam kontrak yang dibuat sebelum ini,” katanya.

Negara Eropah bergantung besar kepada bekalan tenaga dari Rusia untuk kegunaan kilang dan rumah penduduk khususnya pada musim sejuk.

Sejak keputusan itu dibuat, harga pukal bagi gas di Eropah melonjak sehingga 30 peratus dan nilai ruble pula meningkat selepas kejatuhan mendadak pasca sekatan Barat.

Cabaran kini adalah buat Kesatuan Eropah untuk mencari jalan pembayaran yang lebih mudah memandangkan institusi kewangan blok itu dihalang dari berurusan dengan Rusia.

Pertukaran ini bermakna insititusi kewangan EU perlu mendapatkan ruble daripada pasaran domestik Rusia.

Setakat ini 40 peratus bekalan gas Eropah adalah dari Rusia namun ketika ini EU sedang berusaha untuk mempelbagaikan sumber bekalan bagi mengurangkan kebergentungan terhadap Rusia.

Namun Organisasi Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) sebelum ini menegaskan, tidak ada satu sumber di dunia yang mampu mengantikan sumber minyak Rusia sebanyak 7 juta tong sehari.


Anda Pasti Sukakan Ini

Analisa Teknikal Gold 21 April 2022

HARGA EMAS TERUS MENDAKI MENJELANG TAHUN BARU 2021

PM Britain Rishi Sunak,proksi baru kapitalis Square Mile di Westminster

Kadar inflasi Malaysia dijangka naik kepada 2.7% menjelang tahun 2025.

NANTIKAN! EPIC BATTLE OF THE EXPERT ADVISOR (EA) 2020.

TAGGED:RubbleRusiaRUSSIA UKRAINE
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Rizab Asing Jepun Mencapai Tinggi Hampir 3 Tahun
May 9, 2025
MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA
May 9, 2025
Jurang Perdagangan Iceland Melebar pada April
May 8, 2025
Jurang Belanjawan Rusia Melebar kepada 1.5% pada Jan-April
May 8, 2025
Saham Chengdu Aircraft Melonjak Selepas Jet India Ditembak Jatuh oleh Pakistan
May 7, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Berita TerkiniMENARIK HARI INI!StrategiTeknikal

Analisa Teknikal GbpJpy 22 Jun 2022

By Zulhilmi Mohd Diah
2 Min Read
Berita TerkiniEditor's PicksFundamental

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE-107 MUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
1 Min Read
Berita TerkiniEditor's PicksMENARIK HARI INI!

WORLD TRADING CHAMPIONSHIPS – JADI JUARA DI PERINGKAT ANTARABANGSA!

By MFM Team
1 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

News Ticker

Gas asli UK Jatuh kepada Terendah Lebih 6 Bulan

By MFM News Update
April 11, 2025
1 Min Read

Apa Akan Terjadi Jika China Menjual Ratusan Bilion Bon Perbendaharaan AS Secara Mengejut?

By Azawiya Azali
April 19, 2025
Berita Terkini

Angin perubahan bertiup di selatan,PAP dijangka menang majoriti mudah tapi…

By Fatin Zulaikha
April 27, 2025
6 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 333 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
News Ticker

Saham India Berdagang Lebih Rendah dalam Tawaran Awal

Saham di India jatuh 171 mata, atau 0.2%, kepada 73,920 pada dagangan pagi pada hari Rabu,…

By MFM News Update
March 12, 2025
News Ticker

Sentimen Pengguna Australia Mencapai Ketinggian 3 Tahun

Indeks Sentimen Pengguna Institut Westpac-Melbourne Australia meningkat 4% pada bulan Mac, mencapai 95.9 daripada 92.2 pada…

By MFM News Update
March 11, 2025
Berita Terkini

Kenapa Trade Forex Tapi Masih Miskin?

Ramai yang terlibat dalam dunia trading forex dengan harapan untuk menjadi kaya dan bebas kewangan, namun…

By Fatin Zulaikha
March 13, 2025
News Ticker

BTC/USD: Harga Bitcoin Turun Di Bawah $80,000 apabila Trump Pump Menjadi Trump Dump

Syiling dijual! Syiling OG kini turun hampir 30% daripada rekod tertingginya selepas harga melanjutkan penjualan yang…

By MFM News Update
February 28, 2025
MajalahForexMalaysia.com

MajalahForexMalaysia.com adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MajalahForexMalaysia – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up