By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MajalahForexMalaysia.com
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: Bank Negara kekalkan kadar OPR 3 %
Sign In
Breaking:
Inflasi Pengeluar Iceland pada 6 Bulan Terendah
Dolar Australia Mengukuh apabila Dolar AS Mengundur
Rupee India Melemah Lagi
Dolar Australia Meningkat kerana Greenback Melemah
Paun Bertahan Hampir 3 Tahun Tinggi
MajalahForexMalaysia.comMajalahForexMalaysia.com
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MajalahForexMalaysia.com > Blog > MENARIK HARI INI! > Bank Negara kekalkan kadar OPR 3 %
MENARIK HARI INI!

Bank Negara kekalkan kadar OPR 3 %

Last updated: March 8, 2024 11:06 am
By Ahmad Danial
2 Min Read
Share
SHARE

Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pengekalan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3 peratus.

Dalam satu kenyataan hari ini, bank pusat itu berkata pada paras OPR semasa, pendirian dasar monetari kekal menyokong ekonomi dan konsisten dengan penilaian semasa mengenai inflasi dan prospek pertumbuhan.

“MPC tetap berwaspada terhadap perkembangan semasa bagi memaklumkan penilaian prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri.

“MPC akan memastikan pendirian dasar monetari kekal kondusif untuk pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam keadaan harga yang stabil,” kata BNM.

OPR kali terakhir dinaikkan pada Mei tahun lalu dan kekal pada 3 peratus sejak itu.

BNM menambah bahawa ekonomi global terus berkembang, walaupun sederhana, disokong oleh permintaan dalam negeri di tengah-tengah peningkatan dalam aktiviti perdagangan.

Usaha mengukuhkan ringgit

Ia menyatakan bahawa ekonomi negara berkembang sebanyak 3.7 peratus pada 2023, dan dijangka bertambah baik tahun ini – dipacu oleh pemulihan dalam eksport dan perbelanjaan domestik yang berdaya tahan.

“Pertumbuhan eksport menjadi positif selepas menguncup sejak bulan Mac 2023 dan akan terus disokong oleh perdagangan global yang lebih kukuh.

“Ketibaan dan perbelanjaan pelancong dijangka terus meningkat. Pertumbuhan guna tenaga dan upah yang berterusan kekal menyokong perbelanjaan isi rumah,” kata BNM, sambil menambah bahawa pelaburan akan disokong oleh projek berbilang tahun dalam sektor swasta dan awam.

Menurut bank pusat itu, inflasi keseluruhan dan teras berada pada 1.5 peratus dan 1.8 peratus pada Januari tahun ini, dan dijangka kekal sederhana sepanjang 2024.

“Walau bagaimanapun, prospek inflasi terus sangat bergantung pada pelaksanaan dasar dalam negeri mengenai subsidi dan kawalan harga serta perkembangan harga komoditi dan pasaran kewangan global,” katanya.

Mengenai ringgit, BNM berkata ia, dan kerajaan, sedang mengambil tindakan yang diselaraskan untuk menggalakkan membawa balik dan penukaran pendapatan pelaburan asing oleh Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC), bagi menggalakkan aliran masuk yang lebih besar, yang seterusnya mengukuhkan mata wang.

“Pada tempoh jangka sederhana, pembaharuan struktur yang berterusan akan memberikan sokongan yang lebih berpanjangan kepada ringgit,” katanya.- MKINI

Anda Pasti Sukakan Ini

Analisa Teknikal AudUsd 04 Jan 2022

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 150 SEDIA UNTUK DI MUAT TURUN PERCUMA

Pengarah Syarikat Forex Didakwa Gubah Wang Haram

Malaysia Traders Fair 2022

Analisa Teknikal GbpJpy 30 May 2022

TAGGED:Kadar OPRKADAR OPR BANK NEGARAKadar OPR Malaysia
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Inflasi Pengeluar Iceland pada 6 Bulan Terendah
May 23, 2025
Dolar Australia Mengukuh apabila Dolar AS Mengundur
May 23, 2025
MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 337 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA
May 23, 2025
Analisis Kesan Kadar Faedah AS Terkini ke atas Pasaran Forex Global dan Ringgit Malaysia
May 23, 2025
Rupee India Melemah Lagi
May 22, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Berita TerkiniMENARIK HARI INI!StrategiTeknikal

ANALISA TEKNIKAL NZDUSD 18 NOV 2021

By Zulhilmi Mohd Diah
1 Min Read
Berita TerkiniMENARIK HARI INI!

Harga barang di Singapura mungkin akan terus naik sehingga 2023 – Mr Menon

By Fakhrul Razi
3 Min Read
Berita TerkiniMENARIK HARI INI!StrategiTeknikal

Analisa Teknikal GbpJpy 16 Jun 2022

By Zulhilmi Mohd Diah
1 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

News Ticker

Jurang Belanjawan Rusia Melebar kepada 1.5% pada Jan-April

By MFM News Update
May 8, 2025
1 Min Read

Perang Dagang Amerika Syarikat-China: The Art Of Deal

By Azawiya Azali
April 28, 2025
Berita Terkini

Angin perubahan bertiup di selatan,PAP dijangka menang majoriti mudah tapi…

By Fatin Zulaikha
April 27, 2025
6 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 335 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
News Ticker

Rizab Asing Jepun Mencapai Tinggi Hampir 3 Tahun

Rizab asing Jepun meningkat sebanyak $25.74 bilion kepada $1.3 trilion pada April 2025, mencecah paras tertinggi…

By MFM News Update
May 9, 2025
News Ticker

Saham Turki Lanjutkan Penurunan

BIST 100 Turki berada di bawah paras 9,400 pada April, melanjutkan penurunannya sejak awal tahun kepada…

By MFM News Update
April 17, 2025
News Ticker

Saham AS Memangkas Kerugian apabila Ketegangan Perdagangan mereda

Saham AS tidak menentu pada jam dagangan akhir, berikutan beberapa perubahan baharu mengenai konflik perdagangan AS-Kanada.…

By MFM News Update
March 12, 2025
News Ticker

Harga Bitcoin Meningkat 4% kepada $107,000

Perkara utama: Syiling oren biasanya bukan jenis menunggu — kesabaran pasaran crypto berisiko letih melainkan Trump…

By MFM News Update
May 19, 2025
MajalahForexMalaysia.com

MajalahForexMalaysia.com adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MajalahForexMalaysia – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up