By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MajalahForexMalaysia.com
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: Abdul Rasheed Abdul Ghaffour dilantik Gabenor BNM baharu mulai 1 Julai
Sign In
Breaking:
Dolar Bergelut Di Tengah-tengah Ketaktentuan Dasar Perdagangan
Dolar Melanjutkan Penurunan
Saham New Zealand Disenyapkan dalam Tawaran Awal
Uganda Pegang Kadar Dasar Utama untuk Mesyuarat Ke-3
Kadar Inflasi Romania pada 4.85% pada bulan April
MajalahForexMalaysia.comMajalahForexMalaysia.com
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MajalahForexMalaysia.com > Blog > Berita Terkini > Abdul Rasheed Abdul Ghaffour dilantik Gabenor BNM baharu mulai 1 Julai
Berita Terkini

Abdul Rasheed Abdul Ghaffour dilantik Gabenor BNM baharu mulai 1 Julai

Last updated: July 12, 2023 3:32 pm
By Ahmad Danial
3 Min Read
Share
SHARE

Bank Negara Malaysia (BNM) hmengumumkan pelantikan gabenornya yang baharu Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour berkuat kuasa 1 Julai ini.

Menerusi satu kenyataan media, BNM memaklumkan pelantikan gabenor baharu itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh lima tahun hingga 30 Jun 2028.

Abdul Rasheed akan mengambil alih jawatan daripada Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus yang tamat tempoh perkhidmatan pada 30 Jun ini.

Nor Shamsiah dalam kenyataannya berterima kasih di atas peluang yang diberikan sepanjang lima tahun menerajui BNM yang merupakan suatu penghormatan buat dirinya.

“Saya berterima kasih kerana diberi peluang untuk memimpin bank dan berkhidmat untuk negara, terutamanya semasa keadaan tidak menentu dan sangat penting kepada negara.

“Saya percaya Abdul Rasheed merupakan pilihan yang tepat untuk menerajui Bank sebagai Gabenor, setelah bertahun-tahun bekerjasama rapat dengan beliau.

“Saya yakin dengan keupayaan beliau untuk memimpin Bank bagi terus memenuhi mandat Bank iaitu menggalakkan kestabilan monetari dan kestabilan kewangan yang kondusif bagi pertumbuhan ekonomi Malaysia yang mampan,” kata Shamsiah.

Sementara itu, Abdul Rasheed berkata pelantikannya sebagai Gabenor BNM baharu merupakan suatu penghormatan terhadapnya.

“Pelantikan sebagai Gabenor merupakan suatu penghormatan kepada saya. Saya akan meneruskan dan meningkatkan lagi usaha Gabenor Shamsiah.

“Di bawah kepimpinan beliau, Bank terus memenuhi mandatnya untuk menggalakkan kestabilan monetari dan juga kewangan meskipun melalui banyak tempoh yang mencabar termasuk krisis pandemik.

“Beliau juga telah memulakan pelbagai inisiatif pemodenan organisasi untuk membentuk semula dan meletakkan Bank pada kedudukan yang lebih baik untuk memanfaatkan peluang dan menangani cabaran pada masa hadapan.

“Saya akan berusaha dan memberikan yang terbaik dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai Gabenor,” katanya.

Abdul Rasheed mula berkhidmat di BNM pada tahun 1988 dan dilantik sebagai Timbalan Gabenor pada tahun 2016.

Beliau kini memegang jawatan sebagai ahli Jawatankuasa Dasar Monetari dan Jawatankuasa Kestabilan Kewangan sejak tahun 2015.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi, Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Said Business School, Universiti Oxford, Abdul Rasheed antara sosok penting dalam pembangunan dan pelaksanaan Pelan Induk Sektor Kewangan (2000-2010) dan Pelan Sektor Kewangan (2011-2020 dan 2022-2026).

Anda Pasti Sukakan Ini

NZD/USD menurun kepada paras terendah mingguan baharu, mengintai tahap rendah YTD pada 0.5996

Joe Biden tests positive for Covid 19

HelloGold Umum Tutup Operasi Di Malaysia, Thailand – Berkuat Kuasa 2 Februari

GREAT BRITAIN POUND (GBP) STERLING MENGUKUH HARI INI SELEPAS PERKEMBANGAN POSITIF RUNDINGAN BREXIT TERKINI – LAPORAN PENEMUAN VAKSIN COVID-19 YANG LEBIH BAIK MEMBERI PENGUKUHAN TAMBAHAN

PENINGKATAN DALAM PULANGAN BON AS MEMBERI IMPAK NEGATIF KEPADA SAHAM GLOBAL

TAGGED:Abdul Rasheed GhafourBank Negara MalaysiaGabenor BNM baru
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Dolar Bergelut Di Tengah-tengah Ketaktentuan Dasar Perdagangan
May 15, 2025
Dolar Melanjutkan Penurunan
May 14, 2025
Saham New Zealand Disenyapkan dalam Tawaran Awal
May 14, 2025
Uganda Pegang Kadar Dasar Utama untuk Mesyuarat Ke-3
May 13, 2025
Kadar Inflasi Romania pada 4.85% pada bulan April
May 13, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Berita Terkini

Permulaan Zaman Kejatuhan PETRONAS: Dari Gergasi Minyak kepada Cabaran Untuk Bertahan

By Fatin Zulaikha
5 Min Read
Berita Terkini

Israel dan Turki akan melantik duta masing-masing sebelum pilihan raya 1 November

By Fakhrul Razi
4 Min Read
Berita TerkiniEditor's Picks

EKONOMI MALAYSIA JATUH 4.5% PADA SUKU KETIGA 2021

By MFM Team
1 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

Berita Terkini

ConocoPhillips “Angkat Kaki” Dari Projek Minyak RM13.7 Bilion di Sarawak – Apa Dah Jadi?

By Fatin Zulaikha
April 30, 2025
3 Min Read

Apa Akan Terjadi Jika China Menjual Ratusan Bilion Bon Perbendaharaan AS Secara Mengejut?

By Azawiya Azali
April 19, 2025
Berita Terkini

Angin perubahan bertiup di selatan,PAP dijangka menang majoriti mudah tapi…

By Fatin Zulaikha
April 27, 2025
6 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 333 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
News Ticker

Hasil Bon 10 Tahun Jerman Merosot

Hasil pada Bund 10 tahun Jerman jatuh kepada 2.5%, paras terendah sejak awal Mac, apabila pelabur…

By MFM News Update
April 16, 2025
News Ticker

Harga Import Korea Selatan Meningkat untuk Bulan Ke-4

Harga import Korea Selatan meningkat 4.6% tahun ke tahun pada Februari 2025, perlahan daripada peningkatan 6.5%…

By MFM News Update
March 14, 2025
News Ticker

Mitsubishi UFG Mengulas tentang Dolar New Zealand Selepas Bank Pusat Memberi Isyarat Kadar Pemotongan Kadar Perlahan

Dolar New Zealand (NZD) telah menjadi salah satu penggerak terbesar semasa sesi dagangan Asia berikutan mesyuarat…

By MFM News Update
February 19, 2025
News Ticker

Strategi Robinhood Boleh Menjadi Pengubah Permainan untuk Pelabur Muda

Satu saham yang bernasib baik kerana tarif telah menjejaskan banyak saham ialah Pasaran RobinhoodTUDUNG. Sejak pengumuman…

By MFM News Update
April 14, 2025
MajalahForexMalaysia.com

MajalahForexMalaysia.com adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MajalahForexMalaysia – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up