28.5 C
Kuala Lumpur
spot_img

AS lancar kempen forum ekonomi bagi memerangi China

Date:

Share:

Amerika Syarikat (AS) memulakan siri perjumpaan dengan menteri dari Asia-Pasifik pada sidang kemuncak ekonomi bertujuan mengekang pengaruh China yang semakin berkembang di rantau berkenaan.

Acara dua hari itu adalah perjumpaan secara bersemuka yang pertama antara ahli Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik bagi Kemakmuran (IPEF) yang baharu, inisiatif yang dilancarkan pada Mei lalu oleh Presiden AS, Joe Biden.

Dengan perkongsian perdagangan baharu ini, pentadbiran Biden berharap dapat mengukuhkan kehadirannya di rantau yang menerima layanan dingin di bawah pemerintahan bekas presiden, Donald Trump.

Dasar pengasingan ‘America First’ Trump, menyaksikan bekas presiden itu menarik AS daripada perjanjian perdagangan Asia yang digelar Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).

Langkah itu dikritik sebagai menyerahkan tanah di wilayah ekonomi yang penting di dunia itu kepada China.

Setiausaha Perdagangan AS, Gina Raimondo, dalam ucapan pembukaannya pada sidang kemuncak itu, berkata sudah tiba masanya untuk AS mempunyai visi ekonomi konkrit yang nyata di rantau itu.

Beliau turut menyatakan bahawa 14 anggota perikatan itu menyumbang lebih 40 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) global.

Washington berharap dapat membentuk piawaian bersama di seluruh rantau itu, tanpa mempromosikan akses kepada pasaran domestiknya, seperti mana yang lazimnya dilakukan dalam perjanjian perdagangan bebas tradisional.

Perbincangan akan tertumpu kepada empat perkara utama iaitu ekonomi digital, rantaian bekalan, tenaga hijau dan memerangi rasuah.

Sebelum ini, perikatan itu dikritik sebagai hanya tahu bercakap tanpa menawarkan apa-apa manfaat yang nyata selain hanya menjadi sesuatu yang simbolik.

Bagaimanapun, perbincangan mengenai perjanjian perdagangan bebas tidak popular di AS, di mana ia dilihat umum sebagai ancaman kepada peluang pekerjaan di AS.

IPEF menghimpunkan Australia, Brunei, Fiji, India, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Malaysia, New Zealand, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Perikatan itu secara teorinya adalah ‘landasan terbuka’ yang akhirnya boleh merangkumi negara lain, tetapi tidak termasuk Taiwan, sebuah pulau diperintah sendiri yang didakwa Beijing sebagai miliknya. – AFP

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 234 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 234.Dapatkan naskah MFM edisi ke 234 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

Panasonic Malaysia menutup 2 jabatan pembuatan di kilang Shah Alam dalam langkah penstrukturan semula

PANASONIC Manufacturing (M) Bhd telah menutup dua jabatan pembuatan produk di kilang Shah Alam 1nya sebagai sebahagian daripada usaha rasionalisasi dan penstrukturan semula perniagaan.Penutupan...

KWSP jadi agensi paling kaya di Malaysia, aset cecah RM1 trilion

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjadi agensi paling kaya di negara ini selepas aset milik badan persaraan itu mencecah RM1 trilion.“Ini agensi yang paling...

SC menambah 12 entiti ke Senarai Makluman Pelabur, empat klon berpotensi

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mengemaskini Senarai Makluman Pelaburnya.Dalam makluman pada hari Isnin (29 Mei), suruhanjaya itu berkata orang/entiti berikut telah ditambahkan ke senarai:Wali...

US Dollar weakens as risk mood improves on debt ceiling suspension

US Dollar struggles to build on last week's gains.US Dollar Index stays on the back foot as risk mood improves on debt-limit deal.Investors await...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here