fbpx
31.8 C
Kuala Lumpur
January 26, 2022
Berita Terkini Editor's Picks

BAGAIMANA UNTUK KEMBALI BANGKIT SELEPAS RUGI DALAM DAGANGAN

Bagaimana untuk anda tangani kerugian dalam trading?

Situasi 1:

“Tidak kiralah video dagangan apa yang saya dengar, berapa banyak buku yang saya baca, berapa banyak untung yang saya buat di akaun demo, bila saya “trade real”, saya akan rugi” kata Ray Burke, Futures Trader, Colorado.

Situasi 2:

“Lepas rugi, sy akan balas dendam dengan trade berlebihan dan cuba melawan pasaran. Selepas berjumpa dengan pakar psikologi, sy lebih tenang. Saya tidak balas dendam dalam trading lagi. Saya sudah mula untung, tidak mengambil keuntungan yang cepat dan mampu untuk terima kerugian. Dagangan sudah kembali menceriakan diri saya” kata Mark, Equities Trader, New Jersey”.

Situasi 3:

“Keyakinan saya sudah hilang akibat kerugian terlalu banyak. Setelah berjumpa dengan pakar psikologi, barulah saya tahu bahawa saya mampu trading stocks, futures dan options” kata Scott Maher, Hedge Fund Manager, Walnut Creek, California”.

Situasi 4:

“Saya sudah hilang pertimbangan. Saya tidak boleh berhenti, emosi saya semakin membuak-buak. Namun sekarang, saya sudah tidak terburu-buru trade, saya tunggu setup yang betul. Saya sudah dalam peringkat trading yang betul” Hyati Camlica, Future Trader, Long Island, New York.

3 Langkah untuk anda kembali bangkit dalam dagangan

Langkah 1: Sila bangkit, dan berdepanlah dengan kenyataan.

  • Jikalau trader sudah terlebih trading, trading secara terpaksa, trading dengan dendam, kerugian trade berganda, ragu-ragu, mengejar pasaran, lewat memasang entry, mengambil keuntungan awal, berhenti ketika pasaran terlalu dekat atau terlalu jauh, memecahkan peraturan trading, MAKA anda perlu berubah serta merta! Anda perlu berhenti membazirkan masa dengan kaedah tersebut yang dirasakan tidak berjaya. Berhentilah dari berjanji pada diri sendiri bahawa “Hari ini adalah hari aku akan bangkit”.
  • Berfikir secara positif adalah bagus namun, jikalau ia memakan masa berminggu, berbulan dan bertahun, berfikir secara positif sahaja tidak memadai tanpa wujudnya konsistensi dalam trading.
  • Jika anda tidak melihat sebarang peningkatan dramatik dalam trading anda, hentikanlah dari membazirkan masa anda.

Langkah 2: Belajar dan terima kenyataan:

  • Jika anda sudah tahu bagaimana untuk trade, dan telah mempunyai teknik yang buat anda berjaya, namun anda masih perlu berusaha keras, disebabkan oleh sesetengah program dalam minda anda sedang menyekat keupayaan anda untuk menggunakan teknik anda dan seterusnya menyekat dari keuntungan ketika trading. Program tersebut telah memusnahkan prestasi trading anda seperti virus sedang menyerang prestasi computer.
  • Selalulah berkata, bahawa anda adalah pemenang. Saya tidak akan pernah lari dari masalah setelah gagal dalam trading. Saya akan berjuang sehingga jelas kemenangan atau gagal di akhinya.
  • “Saya bencikan kerugian dan membuatkan saya hilang arah”. Anda sepatutnya buang sikap ini kerana ia boleh melumpuhkan keupayaan anda untuk memasuki pasaran sebenar.
  • Anda akan kerugian wang anda, menderita akibat perubahan baki akaun anda dan meranapkan akaun trade anda, walaupun anda mempunyai teknik yang betul. Kata-kata ini amat menguasai diri anda berbanding kemahuan atau disiplin. Anda harus menerima bahawa hanya jiwa yang kental dan disiplin sahaja dapat mengatasi sebarang masalah jika anda ingin menyelamatkan kerjaya trading anda.
  • Trading anda akan musnah jika anda sentiasa mahukan ketepatan. Trading anda akan berjaya jika anda fokus kepada hasil sebenar dan tidak berangan.
  • Jika disiplin, keinginan, berfikiran positif, harapan, kaedah yang baru, dah segala kaedah masih tidak mampu membantu anda untuk mengubah psikologi trading dan memperbaiki hasil trade anda, berhentilah dari berharap kepada perkara tersebut. Cari jalan yang lain!

Langkah 3: Langkah penting untuk anda kembali bangkit:

  • Apa-apa perkara yang menjadi faktor kepada cabaran psikologi trading anda haruslah dibuang atau digantikan.
  • Pegang pen dan kertas, buka dokumen dan cari semula program yang boleh memusnahkan prestasi trading anda. Catat dan kaji!
  • Wujudkan konsistensi dan disiplin trading.
  • “Saya tidak boleh terus mengalami kerugian, jadi saya perlu teruskan trading untuk buktikan saya adalah pemenang. Pemenang akan sentiasa kekal dan maju ke hadapan.
  • Anda perlu menerima kerugian bukan hanya di minda malah pada tahap emosi anda. Dengan cara ini, anda akan diistilahkan gagal sementara, sebaliknya menang untuk jangka masa panjang. Anda juga dikatakan bersedia untuk berjuang pada hari seterusnya. Ketika ini, anda harus lupakan ketenangan seperti pemenang, walaupun ketika itu, pasaran sedang menyebelahi anda. 
  • Belajarlah trade tanpa emosi, dan itu merupakan kemahiran yang perlu ada dalam setiap trader.

Related posts

Fullerton Markets Meraikan Pelancaran Aplikasinya dengan Cabutan Birthday Bonanza

NAJMULDIN BIN HAMZAH

Luno kini mempunyai 588,994 pengguna disahkan di Malaysia

Admin Mfm

Analisa Teknikal GbpAud 08 Dis 2021

Zulhilmi Md Diah

Leave a Comment