25.5 C
Kuala Lumpur
spot_img

Bank Dunia beri amaran, ekonomi global dalam ‘bahaya’

Date:

Share:

Ekonomi global dalam keadaan ‘bahaya’ untuk menghampiri kemelesetan selepas data inflasi menunjukkan peningkatan, kadar faedah juga terus meningkat dan bebanan hutang terus melonjak di negara sedang membangun, demikian menurut Presiden Bank Dunia, David Malpass.

Beliau berkata, kelembapan ekonomi dunia benar-benar menjejaskan negara-negara sedang membangun, terutamanya golongan miskin di negara terbabit, sekali gus memberikan impak yang negatif.

“Kami menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi global pada 2023 daripada 3.0 peratus kepada 1.9 peratus iaitu menghampiri paras kemelesetan global. Ia turun 1.1 peratus lagi berbanding unjuran yang dibuat pada Jun lalu,” kata Malpass pada sidang media ketika mesyuarat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang diadakan di Washington.

“Semua masalah diberikan perhatian. Isu inflasi, kenaikan kadar faedah dan penurunan aliran modal ke negara sedang membangun juga terjejas sangat teruk,” katanya yang merujuk kepada peningkatan hutang di negara sedang membangun.

“Kemelesetan ekonomi boleh berlaku dalam keadaan tertentu,” kata Malpass.

Dalam kajian yang diterbitkan pada pertengahan September, Bank Dunia memberi amaran bahawa apabila bank pusat di seluruh dunia secara serentak menaikkan kadar faedah sebagai tindak balas kepada inflasi, dunia mungkin menuju ke kemelesetan global pada 2023, dengan ramalan pertumbuhan hanya 0.5 peratus.

Pada sidang media berkenaan, ketua Bank Dunia itu berkata, pertumbuhan penduduk dunia dianggarkan 1.1 peratus setahun.

“Jadi, jika pertumbuhan dunia perlahan, ia bermakna kita akan mundur. Ia telah pun berlaku dan saya ingin menekankan sekali lagi, Bank Dunia mempunyai misi untuk berkongsi kemakmuran dan itu bermakna secara meluasnya kesejahteraan rakyat meningkat.

“Data daripada laporan kemiskinan menunjukkan pendapatan penengah atau media merosot buat kali pertama. Jika kemelesetan dunia berlaku sekarang, ia akan memberi tekanan kepada pendapatan median, bermakna penduduk yang tahap pendapatan lebih rendah akan tertekan,” kata Malpass.

Beliau berkata, satu lagi kebimbangan adalah mengenai tahap tumpuan modal di dunia yang lebih menguntungkan negara-negara maju.

“Saya fikir, itu satu lagi isu yang perlu ditangani oleh dunia, iaitu dengan membenarkan modal dialirkan kepada perniagaan baharu dan ekonomi sedang membangun. Itu akan membawa perubahan kepada hala tuju dasar fiskal dan monetari di negara-negara maju,” katanya.

Memetik laporan Bank Dunia baru-baru ini, Malpass berkata, pandemik COVID-19 menyebabkan penurunan terbesar dalam pengurangan kemiskinan global sejak 1990, membawa kira-kira 70 juta orang ke dalam kemiskinan tegar menjelang 2020 dan perang di Ukraine memberi ancaman untuk menjadikan keadaan lebih buruk.

Menurut laporan kemiskinan dan kemakmuran bersama, hasil median global menurun sebanyak 4.0 peratus menjelang 2020, penurunan pertama sejak pengukuran pendapatan median bermula pada 1990.

“Jadi, jika kita mengalami kemelesetan hari ini, ia juga akan memberi tekanan kepada pendapatan median. Ia bermaksud, mereka yang berada di bawah skala pendapatan akan menurun,” kata Malpass.

Bank Dunia dan IMF baru-baru ini memberi amaran ekonomi global berdepan kemelesetan tahun depan susulan tindakan bank pusat di seluruh dunia secara serentak menaikkan kadar faedah, selain pencerobohan Russia ke atas Ukraine dan perintah berkurung di China.

Malaysia sebagai ekonomi terbuka juga dijangka terkena tempiasnya yang akan akan menjejaskan pertumbuhannya.

Bank Dunia baru-baru ini juga menyemak turun unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2023 kepada 4.2 peratus daripada 4.5 peratus yang dibuat sebelumnya.

Berikutan itu, Bajet 2023 bercirikan pengembangan yang akan dibentang oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 7 Oktober lalu menjadi platform untuk persediaan negara mengharungi ramalan ‘ribut ekonomi’ pada tahun depan.-BH

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

US economy grows steadily through fall, inflation eases a bit: Fed

A routine Federal Reserve (Fed) survey has found that the US economy grew steadily through the fall and inflation eased a bit, but many...

Luno menutup dompet ‘simpanan’ kripto – kurang daripada 12 jam notis

Penyedia pertukaran kripto berpengkalan di Afrika Selatan, Luno menutup "dompet simpanan" yang mempunyai faedah, secara literal dalam sekelip mata.Pada petang Rabu, ia memberitahu pelanggan...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 208 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 208.Dapatkan naskah MFM edisi ke 208 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

EUR/GBP jatuh ke paras terendah mingguan baharu, kekal di atas paras sokongan kukuh 0.8575-0.8570

EUR/GBP melayang lebih rendah untuk sesi kedua berturut-turut dan mencabar sokongan 0.8575-0.8570.Angka inflasi zon Euro yang lebih lembut pada hari Rabu memberi kesan kepada...

Stock market crash, higher inflation coming in 2023 despite strong US economy

The Federal Reserve has spent the past year trying to break the US economy. In the face of scorching inflation, the Fed rapidly hiked interest rates in...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here