26.1 C
Kuala Lumpur
spot_img

Cubaan Muhyiddin tukar PM sekali lagi melalui pintu belakang bakal jerumus ekonomi Malaysia ke lembah kehancuran

Date:

Share:

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menghubunginya dua bulan lalu untuk mendapatkan sokongannya untuk menjadi Perdana Menteri semula.

Presiden Parti Warisan Malaysia (Warisan) itu berkata Muhyiddin memaklumkan bahawa beliau mendapat sokongan 119 ahli Parlimen di Dewan Rakyat yang mempunyai 222 anggota.

Katanya, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tersebut turut mendakwa beliau telah membincangkan perkara itu dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang bersetuju menyokong Muhyiddin.

“Saya beritahu dia (Muhyiddin) jika anda mempunyai nombor, anda teruskan, saya tidak akan mengikut anda,” katanya.

Dalam pada itu dalam sidang media, beliau menegaskan bahawa gabungan parti politk yang ada ketika ini hanya untuk memuaskan nafsu pemimpin.

“Apa ertinya kalau kita parti bergabung-gabung tujuannya untuk menyatukan umat itu, bukan menyatukan umat, itu menyatukan nafsu pemimpin-pemimpin itu.

“Ada parti yang kecil, ada parti yang itu dari bangsa itu, dari bangsa ini, dari kampung itu, dari negeri itu.

“Semata-mata digabungkan untuk mencukupkan jumlah mereka memerintah kononnya, tapi kita sedar dan tahu ini merupakan hanya landasan untuk hanya kepentingan mereka,” katanya lagi.

Tambahnya, gabungan kerajaan yang memiliki pelbagai parti ketika ini tidak akan berjaya termasuk di Sabah.

Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir hari ini berkata parti itu hanya memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan tidak akan terlibat dengan sebarang percubaan untuk menukar kerajaan sedia ada.

‘Rakyat meluat, penat nak tukar kerajaan dan PM’ – Mukhriz

Beliau turut menegaskan parti itu tidak terlibat dalam dakwaan terbaru bahawa Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sudah mendapat sokongan 119 ahli Parlimen untuk menjadi perdana menteri semula.

Beliau berkata sekiranya benar, perkara tersebut perlu dibuktikan serta tidak boleh sekadar mendakwa sahaja.

“Dalam hal percaturan politik nak tumbangkan kerajaan sedia ada, tukar perdana menteri kami (Pejuang) tak campur tangan. Kami pun empat orang sahaja, bagi kami (Pejuang) hanya membuat persiapan menghadapi PRU15.

“Saya ingat rakyat pun dah meluat kalau asyik nak tukar-tukar ini, dah penat,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Pemukiman Parti Pejuang Negeri Kelantan yang turut dihadiri Timbalan Presiden Pejuang Marzuki Yahya hari ini.

Mukhriz yang juga ahli Parlimen Jerlun berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Presiden Parti Warisan (Warisan) Mohd Shafie Apdal bahawa beliau dihubungi Muhyiddin bagi mendapatkan sokongan untuk menjadi perdana menteri semula kerana sudah mendapat sokongan 119 ahli Parlimen.

Sementara itu,rata-rata rakyat & netizen mengecam permainan politik yang terus menerus menjejaskan kestabilan negara ini serta bakal menjerumuskan negara ke kancah kehancuran ekonomi di kala seluruh dunia berhadapan pelbagai masalah seperti inflasi,krisis makanan dan juga kejatuhan nilai ringgit.

Majoriti rakyat berharap agar parlimen dibubarkan dengan segera dan pemerintahan baru oleh mana-mana pihak dengan majoriti 2/3 dapat dibentuk agar kestabilan politik kembali wujud dan segala agenda negara dapat diteruskan tanpa gangguan pihak-pihak berkepentingan. – NET

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Penggubal Undang-undang AS Mendesak Larangan TikTok Seluruh Negara

Republikan di Dewan dan Senat telah memperkenalkan undang-undang yang bertujuan untuk mengharamkan TikTok pada semua peranti di Amerika Syarikat dan melarang transaksi dengan syarikat...

Pelosi sells Google stocks right before DOJ announces antitrust lawsuit

Former House Speaker Nancy Pelosi, once again, was caught insider trading after it emerged that the 82-year-old politician sold 30,000 shares of Alphabet for...

UK Hunt: Best tax cut right now is a cut in inflation

The UK Chancellor of the Exchequer Jeremy Hunt said on Friday that the “best tax cut right now is a cut in inflation.”Additional commentsUnderstands...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 216 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 216.Dapatkan naskah MFM edisi ke 216 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

GBP/USD bergelut pada 1.2400 dan jatuh ke arah 1.2360 berdasarkan data AS, jualan runcit UK yang suram

GBP/USD mengurangkan beberapa kenaikan pada hari Rabu selepas melangkah di atas 1.2400,Data ekonomi Amerika Syarikat menyokong Dolar AS, satu halangan untuk Pound Sterling.Jualan Runcit...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here