29.4 C
Kuala Lumpur
spot_img

Ekonomi Indonesia dijangka meleset 2023

Date:

Share:

Menteri Kewangan, Sri Mulyani meramalkan ekonomi dunia akan jatuh meleset tahun depan termasuk Indonesia. 

AFP sebelum ini melaporkan Bank Dunia menyenaraikan beberapa negara akan dilanda kemelesetan pada 2023 disebabkan kadar faedah yang tinggi oleh Bank Pusat di beberapa negara.

Menurut Mulyani, langkah itu diambil oleh beberapa negara bagi mengurangkan lonjakan inflasi. 

Jelasnya, dasar itu akan menyebabkan perkembangan ekonomi terjejas sekali gus kemelesetan lebih sukar dielakkan.

“Kenaikan suku faedah cukup ekstrem dan dunia pasti mengalami kemelesetan pada 2023,” katanya lapor CNN Indonesia.  

Berdasarkan laporan Prospek Ekonomi Global Jun 2022 (GEP), Bank Dunia menjelaskan tekanan inflasi yang tinggi di kebanyakan negara tidak selari dengan pertumbuhan ekonomi. 

Sebilangan negara maju seperti Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun diramalkan akan terheret ke kancah kemelesetan akibat kenaikan inflasi. 

Bagaimanapun, Mulyani berkata, ekonomi Indonesia masih cukup sihat dan aman dari sebarang ancaman kemelesetan. 

Namun, katanya, masih ada risiko kemelesetan ekonomi yang dialami Indonesia iaitu sebesar tiga peratus. 

“Kita relatif dalam situasi yang disebutkan risiko kemelesetan sebesar tiga peratus.

“Hutang luar negara kerajaan juga makin berkurangan. Begitu juga hutang korporat yang lebih rendah,” katanya. 

Dilaporkan, hutang luar negara Indonesia adalah AS$415 bilion (RM1.6 trilion) pada akhir Mei 2022. 

Angka itu menurun sebanyak 4.9 peratus berbanding bulan sebelumnya. 

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

GBP/JPY meningkat kepada 181.80 berikutan keputusan kadar BoJ, data UK jadi tumpuan

GBP/JPY memperoleh momentum sekitar 181.85 selepas peristiwa penting Bank of Japan (BoJ).BoJ memutuskan untuk mengekalkan sasaran kadar jangka pendeknya sebanyak -0.1% dan sasaran hasil...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 250 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 250.Dapatkan naskah MFM edisi ke 250 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

The Financial Investment Expo Bangkok,Thailand

KENYATAAN MEDIAThe Financial Investment Expo 2023 ialah acara utama untuk industri kewangan dan pelaburan kewangan di seluruh dunia. Ia adalah platform komprehensif yang direka...

Eksport Malaysia secara tidak dijangka merosot pada Ogos – UOB

Ahli Ekonomi Kanan Kumpulan UOB Julia Goh dan Ahli Ekonomi Loke Siew Ting menilai prestasi terkini eksport dan import di Malaysia.Petikan UtamaEksport kasar Malaysia...

Bekalan Beras Tempatan Dijangka Pulih Sebulan Lagi- Menteri

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan kerajaan memberi jaminan bekalan beras putih tempatan akan kembali stabil dalam tempoh sebulan.Menterinya, Datuk...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here