26.1 C
Kuala Lumpur
spot_img

Harga minyak jatuh mendadak didorong ketakutan terhadap kemelesetan ekonomi dunia

Date:

Share:

Harga minyak jatuh mendadak hari ini, mendapat tekanan daripada kebimbangan yang semakin memuncak bahawa kelembapan ekonomi dunia akan menjejaskan permintaan terhadap bahan api.

Minyak West Texas Intermediate (WTI) bagi penghantaran Oktober susut AS$4.94, atau 5.7 peratus, untuk ditutup pada AS$81.94 serong di New York Mercantile Exchange.

Minyak mentah Brent bagi penghantaran November turun AS$4.83, atau 5.2 peratus, untuk berakhir pada AS$88 setong di London ICE Futures Exchange.

Kedua-dua penanda aras minyak Amerika Syarikat (AS) dan global itu ditutup pada paras paling rendah sejak Januari, menurut Dow Jones Market Data.

Penurunan itu berlaku ketika peniaga semakin bimbang bahawa dasar pengetatan agresif bank-bank pusat utama untuk membendung inflasi akan menyebabkan kemelesetan, sekali gus menjejaskan permintaan terhadap tenaga.

Sementara itu, data ekonomi terkini AS mengukuhkan lagi jangkaan bahawa Rizab Persekutuan akan kekal dengan pandangan untuk menaikkan kadar faedah.

Pelabur turut melihat kepada data stok minyak mentah AS apabila Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) akan mengeluarkan laporan status petroleum mingguan esok.

Penganalisis yang diambil pendapat oleh S&P Global Commodity Insights mengunjurkan bahawa inventori minyak mentah AS akan menunjukkan penurunan sebanyak 1.8 juta tong bagi minggu berakhir 2 September 2022

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Penggubal Undang-undang AS Mendesak Larangan TikTok Seluruh Negara

Republikan di Dewan dan Senat telah memperkenalkan undang-undang yang bertujuan untuk mengharamkan TikTok pada semua peranti di Amerika Syarikat dan melarang transaksi dengan syarikat...

Pelosi sells Google stocks right before DOJ announces antitrust lawsuit

Former House Speaker Nancy Pelosi, once again, was caught insider trading after it emerged that the 82-year-old politician sold 30,000 shares of Alphabet for...

UK Hunt: Best tax cut right now is a cut in inflation

The UK Chancellor of the Exchequer Jeremy Hunt said on Friday that the “best tax cut right now is a cut in inflation.”Additional commentsUnderstands...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 216 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 216.Dapatkan naskah MFM edisi ke 216 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

GBP/USD bergelut pada 1.2400 dan jatuh ke arah 1.2360 berdasarkan data AS, jualan runcit UK yang suram

GBP/USD mengurangkan beberapa kenaikan pada hari Rabu selepas melangkah di atas 1.2400,Data ekonomi Amerika Syarikat menyokong Dolar AS, satu halangan untuk Pound Sterling.Jualan Runcit...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here