28.5 C
Kuala Lumpur
spot_img

HARGA MINYAK MELEPASI $65 SETONG RENTETAN CUACA SEJUK MELAMPAU DI TEXAS

Date:

Share:

Harga minyak Brent telah melepasi harga $65 setong buat kali pertama sejak Januari 2020 susulan pengeluaran minyak mentah oleh Amerika Syarikat mengalami kemerosotan terburuk dalam rekod berikutan cuaca sejuk melampau di Texas.
.
Cuaca sejuk melampau telah menyebabkan kawasan tengah AS mengalami gangguan bekalan elektrik, seterusnya menyebabkan pengeluaran minyak mentah untuk berkurang lebih 4 juta tong sehari. Sebahagian kilangan penapisan yang terjejas walaubagaimanapun, telah mengurangkan permintaan bekalan minyak mentah.
.
Bagi penanda aras West Texas Intermediate (WTI), harga minyak telah mencatatkan harga setinggi $62.26, iaitu paras tertinggi sejak 8 Januari 2020 sebelum susut kepada $61.60 setong pada jam 3.44pm GMT+8.


.
Menurut Hiroyuki Kikukawa, pengurus besar bahagian penyelidikan di Nissan Securities, beliau menyatakan harga minyak didorong oleh jangkaan bahawa gangguan di Texas mungkin berlarutan buat seketika waktu. Beliau turut menambah bahawa harapan pakej rangsangan ekonomi AS dan pengagihan vaksin Covid-19 akan menyebabkan harga minyak terus berada dalam trend “bullish.”

[Reuters]

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Analisa Teknikal EurJpy 30 Disember 2023

EurJpy di Timeframe Daily.Forecast: Harga ketika ini masih lagi dalam kedudukan Sideways. Harga sepertinya ingin membuat Chart Pattern W shape. Jika ini yang berlaku,...

Analisa Teknikal AudUsd 30 Januari 2023

AudUsd di Timeframe Daily.Forecast: Harga ketika ini masih lagi dalam kedudukan Uptrend. Sepertinya ketika ini, harga akan membuat sesi Retracement dahulu dan mungkin akan...

Analisa Teknikal GbpUsd 30 Januari 2023

GbpUsd Di Timeframe Daily.Forecast: Harga ketika ini masih lagi dalam kedudukan Uptrend. Untuk ketika ini, harga masih gagal untuk break dan close diatas Resistance...

Ringgit melonjak naik tujuh hari berturut-turut

Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.2345/2395 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.2410/2475 pada Jumaat minggu lalu.Ringgit dibuka tinggi pagi ini meneruskan kenaikan...

Perlindungan Data Peribadi Malaysia di tahap 5 terburuk daripada 47 negara

Comparitech, sebuah laman web teknologi British, menerbitkan penilaian perlindungan privasi dan pengawasan negeri di 47 negara untuk mengkaji di mana kerajaan gagal melindungi privasi...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here