35.3 C
Kuala Lumpur
spot_img

HYPERINFLASI :Selangor akan mula projek tanam jagung selepas Aidilfitri untuk tanggani kenaikan harga dedak

Date:

Share:

Kerajaan negeri Selangor dijangka memulakan projek penanaman jagung bagi menghasilkan makanan ayam selepas Aidilfitri, dalam usahanya mengatasi masalah kenaikan harga makanan ternakan tersebut.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Izham Hashim berkata, projek tanaman di bawah Program Intervensi Ehsan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) itu, dijalankan di tanah seluas 121 hektar (300 ekar) di negeri itu manakala 162 hektar (400 ekar) lagi di Negeri Sembilan.

Beliau berkata, langkah tersebut bertujuan mengurangkan kebergantungan terhadap import makanan ayam khususnya jagung, yang ketika ini mencecah bilion ringgit yang disifatkan tidak munasabah.

“Susulan itu, pihak PKPS telah mendapatkan satu syarikat berpengalaman dalam penanaman jagung bagi makanan ayam. Jadi, kita akan lihat bagaimana ia dapat menyumbang kepada kestabilan harga makanan ayam khususnya di Selangor.

“Kami harap perkara ini dapat dilaksanakan dalam masa terdekat agar (isu) harga ayam boleh diselesaikan, bukan setakat distabilkan tetapi diturunkan harganya. Jika berjaya dilaksanakan, Selangor akan menjadi pelopor (kepada penghasilan jagung bagi makanan ayam),” katanya kepada pemberita selepas meninjau operasi Pasar Tani Stadium Seksyen 13 di sini, pada Ahad.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi berkata, dijangka lebih RM3 juta dibelanjakan bagi pelaksanaan projek penyelesaian jangka masa panjang itu dan setakat ini kerja pembersihan tanah di kawasan selatan daerah Kuala Langat sedang giat dijalankan.

“Sekarang dalam perbincangan terakhir untuk kerjasama rentas negeri antara Selangor dan Negeri Sembilan. Insya-ALLAH, selepas raya kita akan mulakan projek penanaman. Tapak lokasi di Negeri Sembilan pula kini sedang dikenal pasti.

“Perincian lanjut berhubung program itu akan diumumkan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari bersama Yang Berhormat Izham dalam masa terdekat,” katanya. – BERNAMA

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Mansuh pencen ahli politik & penjawat awam adalah praktikal dan selari keperluan zaman

Memansuhkan pencen ahli politik & penjawat awam sememangnya satu topik yang panas kerana ianya melibatkan ramai pihak berkepentingan namun ia tetap perlu diakui sebagai...

Pengurus Maybank MC trade forex ambil RM4.8 juta dari peti besi cawangan, kena penjara

Seorang pengurus perkhidmatan di cawangan Maybank Singapura menanggung hutang kad kredit dan mengalami kerugian besar daripada dagangan dalam pasaran pertukaran asing (Forex).Dia mula meminjam...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 251 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 250.Dapatkan naskah MFM edisi ke 250 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

Apakah maksud US Shutdown ? Tujuh perkara yang anda patut tahu

Pembiayaan untuk agensi persekutuan AS akan kehabisan pada 30 September, krisis yang didorong oleh perpecahan ideologi di kalangan Ahli Republikan.AS ketika ini hanya beberapa...

Produk Gardenia mulai 1 Oktober ini

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) hari ini mengesahkan 30 produk syarikat itu akan mengalami kenaikan harga mulai 1 Oktober atau Ahad ini.Antara...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here