27.7 C
Kuala Lumpur
spot_img

Idris Jusoh perjelas kewajaran kenaikan elaun Pengerusi & Lembaga Pengarah FGV

Date:

Share:

Selepas dikritik hebat berhubung tindakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-14 FGV Holdings Bhd meluluskan usul pembayaran elaun Pengerusi serta Ahli Lembaga Pengarah (ALP), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menjelaskan kewajaran berhubung isu tersebut.

Pengerusinya, Tan Sri Idris Jusoh berkata, kenaikan elaun sebanyak RM15,000 sebulan itu hanya perubahan elaun kenderaan kepada bentuk fi.

Ujar beliau, dalam erti kata lain, perubahan elaun itu tidak memberi sebarang peningkatan dalam bentuk kewangan kepada Pengerusi Felda.

Berikut adalah kenyataan penuh Idris:

Saya mohon maaf atas kekeliruan yang berlaku sejak semalam tentang FGV. Izinkan saya untuk memberi penjelasan.

Ada juga yang salah faham mengatakan ini adalah merupakan kenaikan elaun Pengerusi Felda. Ini juga berlaku kerana kurang pengamatan setengah dari kita.

FGV adalah sebuah ‘public listed company’ (syarikat senaraian awam) yang mana Felda adalah pemegang saham terbesar.

Keuntungan FGV akan memberi faedah kepada Felda dan peneroka.

Untuk menjadi syarikat yang cemerlang, FGV perlu kepada Ahli Lembaga Pengarah (BOD) yang juga cemerlang.

Dalam konteks ini tanda aras FGV juga perlu selaras dengan industri ‘benchmarking’ (penanda aras).

Untuk tahun kewangan 2021, FGV telah mendapat keuntungan luar biasa yang melebihi RM1 bilion (RM1.175 bilion selepas cukai).

Sebenarnya, FGV sudah lama tidak mengubah elaun pengarah (sejak penyenaraian FGV 10 tahun yang lalu).

Di masa yang sama, kita mahu FGV melaksanakan ‘a good corporate governance’ (tadbir urus korporat yang baik) sebagaimana syarikat-syarikat Senaraian Awam yang lain.

Peningkatan fi pengarah telah dibuat di dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) semalam dengan peningkatan sebanyak 21 peratus.

Ini melibatkan kenaikan RM15,000 sebulan kepada Pengerusi dan RM2,500 sebulan kepada setiap Ahli Lembaga Pengarah (ALP).

Sebenarnya kenaikan RM15,000 sebulan kepada Pengerusi Felda adalah hanya perubahan elaun kenderaan kepada bentuk fi.

Dahulunya Pengerusi Felda sudah dapat elaun kenderaan sebanyak RM15,000. Elaun ini telah ditukar menjadi fi kepada Pengerusi Felda.

Dengan ini, fi Pengerusi FGV telah meningkat sebanyak RM15,000 kali 12 bersamaan dengan RM180,000 setahun.

Dengan erti kata yang lain, tidak ada kenaikan sebenarnya dalam bentuk kewangan kepada Pengerusi FGV.

Saya kenal Datuk Dzulkifli Abd Wahab, Pengerusi FGV sekarang. Dialah individu penting yang membela kebajikan peneroka semasa FGV hendak disenaraikan dahulu.

Kesannya, beliau dihantar ke Rom sebagai atase pertanian di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).

Elaun Pengerusi FGV sebanyak RM40,000 sebulan pun adalah jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan pengerusi-pengerusi syarikat senaraian awam yang lain terutamanya syarikat yang bermodal pasaran besar.

Felda perlu memastikan agar FGV terus cemerlang untuk memberi manfaat yang terbaik kepada peneroka.

Di masa yang sama, FGV juga perlu dilayan sebagai syarikat senaraian awam yang sebenar.

Insya-ALLAH, saya cuba yang terbaik dengan penuh tanggungjawab dan amanah untuk memastikan Felda dan peneroka menjadi lebih cemerlang.

Kejayaan di dalam keberkatan.

Terima kasih.

Saya menuntut kefahaman daripada saudara sekalian.

Idris

SUMBER : SINAR


Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

GBP/JPY meningkat kepada 181.80 berikutan keputusan kadar BoJ, data UK jadi tumpuan

GBP/JPY memperoleh momentum sekitar 181.85 selepas peristiwa penting Bank of Japan (BoJ).BoJ memutuskan untuk mengekalkan sasaran kadar jangka pendeknya sebanyak -0.1% dan sasaran hasil...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 250 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 250.Dapatkan naskah MFM edisi ke 250 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

The Financial Investment Expo Bangkok,Thailand

KENYATAAN MEDIAThe Financial Investment Expo 2023 ialah acara utama untuk industri kewangan dan pelaburan kewangan di seluruh dunia. Ia adalah platform komprehensif yang direka...

Eksport Malaysia secara tidak dijangka merosot pada Ogos – UOB

Ahli Ekonomi Kanan Kumpulan UOB Julia Goh dan Ahli Ekonomi Loke Siew Ting menilai prestasi terkini eksport dan import di Malaysia.Petikan UtamaEksport kasar Malaysia...

Bekalan Beras Tempatan Dijangka Pulih Sebulan Lagi- Menteri

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan kerajaan memberi jaminan bekalan beras putih tempatan akan kembali stabil dalam tempoh sebulan.Menterinya, Datuk...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here