29.4 C
Kuala Lumpur
spot_img

IINFLASI DIJANGKA MENINGKAT PADA SUKU KEDUA TAHUN 2021

Date:

Share:



Inflasi keseluruhan negara dijangka meningkat secara sementara melepasi paras 5.0 peratus pada suku kedua tahun ini disebabkan kesan asas yang rendah berikutan penyusutan harga bahan bakar pada suku yang sama tahun 2020.Bagaimanapun, ia kemudian akan menyederhana secara purata antara 2.5 peratus dan 4.0 peratus bagi tahun 2021.Inflasi keseluruhan yang mengukur jumlah inflasi ekonomi,termasuk komoditi seperti harga makanan dan tenaga ialah pada -1.2 peratus pada suku kedua 2020 semasa negara ini diletakkan di dalam sekatan pergerakan sepenuhnya bagi mengekang penularan virus Covid-19.

Tahun lepas, harga minyak di pam di Malaysia ialah sekitar RM1.37 berbanding RM1.95 tahun ini.Justeru, gabenor menegaskan bahawa peningkatan itu bersifat sementara.Kerajaan telah menetapkan harga siling bagi petrol RON95 pada RM2.05 dan RM 2.15 satu liter untuk diesel.


Inflasi teras bagaimanapun, dijangka antara 0.5 -1.5 peratus tahun ini, kata beliau.Inflasi teras mengukur perubahan harga pengguna secara purata,tidak meliputi harga barangan dan perkhidmatan yang dipengaruhi turun naik harga seperti harga bahan bakar.Bagaimanapun, tinjauannya tertakluk kepada perkembangan harga minyak dan komoditi dunia.


“Dari segi trajektori, inflasi keseluruhan dijangka meningkat secara sementara melepasi 5.0 peratus pada suku kedua 2021 disebabkan kesan asas yang rendah daripada harga
bahan bakar runcit domestik yang rendah pada suku yang sama tahun 2020 sebelum menyederhana selepas itu,” kata Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

GBP/JPY meningkat kepada 181.80 berikutan keputusan kadar BoJ, data UK jadi tumpuan

GBP/JPY memperoleh momentum sekitar 181.85 selepas peristiwa penting Bank of Japan (BoJ).BoJ memutuskan untuk mengekalkan sasaran kadar jangka pendeknya sebanyak -0.1% dan sasaran hasil...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 250 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 250.Dapatkan naskah MFM edisi ke 250 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

The Financial Investment Expo Bangkok,Thailand

KENYATAAN MEDIAThe Financial Investment Expo 2023 ialah acara utama untuk industri kewangan dan pelaburan kewangan di seluruh dunia. Ia adalah platform komprehensif yang direka...

Eksport Malaysia secara tidak dijangka merosot pada Ogos – UOB

Ahli Ekonomi Kanan Kumpulan UOB Julia Goh dan Ahli Ekonomi Loke Siew Ting menilai prestasi terkini eksport dan import di Malaysia.Petikan UtamaEksport kasar Malaysia...

Bekalan Beras Tempatan Dijangka Pulih Sebulan Lagi- Menteri

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan kerajaan memberi jaminan bekalan beras putih tempatan akan kembali stabil dalam tempoh sebulan.Menterinya, Datuk...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here