30.4 C
Kuala Lumpur
spot_img

Kelebihan Dan Kekurangan Emas

Date:

Share:

Kelebihan Emas

  1. Duit untuk seluruh dunia.

Kelebihan emas yang paling hebat. Ia bukan saja laku di Malaysia malah sentiasa berlaku di seluruh dunia.

Nilai wang kertas ada sempadan. Jika tuan puan bawa Ringgit Malaysia ke Singapore tak diterima, kena tukar kepada matawang SGD dengan kadar tukaran yang tidak sama nilainya.

Emas pula tiada sempadan, sentiasa laku Setiap negara ada pembeli emas samada kedai emas, kedai pajak atau pembeli individu.

Anda boleh jual emas di mana-mana negara di seluruh dunia. Lagipula harga emas semasa dunia boleh disemak dengan mudah.

Jadi, memiliki emas ibarat memiliki matawang sedunia. Jika berlaku masalah di negara anda, lari ajer dengan emas. Anda dah boleh mulakan kehidupan di negara lain.

2. Pelindung dari inflasi dalam jangka masa panjang.

Emas berupaya melindung kekayaan anda dari inflasi. Inflasi adalah penurunan kuasa beli duit kertas dalam jangka masa panjang.

Contoh: Dengan menyimpan RM1 juta di dalam almari selama 10 tahun, apa yang akan berlaku kepada jumlah RM1 juta tersebut? Jawapannya: Ia masih berjumlah RM1 juta.

Apa yang berbeza adalah kuasa beli RM1 juta tersebut. Kuasa belinya lebih rendah berbanding RM1 juta 10 tahun yang lalu.

Kurang bijak untuk menyimpan duit tanpa melabur. Sebab inflasi makan nilai duit anda.

Namun, emas yang disimpan 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun mempunyai kuasa beli yang sama (konstant). Ini dibuktikan melalui buku Prof. Roy W. Jastram “The Golden Constant: The English and American Experience, 1560-2007”

3. Emas menjadi pelindung kepada aset-aset kewangan yang lain.

Emas boleh jadi pengimbang untuk pelabur aset kewangan seperti saham. Ini kerana emas biasanya berkadaran songsang dengan pasaran saham. Apabila saham jatuh, biasanya pelabur akan lari kepada emas. Emas akan menjadi pengimbang untuk pelabur.

Kelemahan Emas

  1.  Emas tidak memberikan pulangan berbentuk dividen dan bonus.

Emas juga tidak boleh berikan pulangan berbentuk compound interest (seperti ASB). Keuntungan emas hanyalah dalam bentuk kenaikan harga (price appreciation). Jadi bagi pelabur yang sukakan pulangan berbentuk dividen dan bonus, emas dilihat kurang menarik.

2. Terdapat banyak pilihan produk.

Anda mungkin tersalah pilih. Emas nie ada fizikal, ada akaun simpanan, ada ETF, ada saham(stock), barang kemas, spot gold, futures dan banyak lagi.

3. Emas fizikal ada kos penyimpanan

Jika emas fizikal anda banyak. Anda mungkin akan risau emas boleh hilang atau dicuri. Jadi anda perlu menyimpan emas tersebut dengan selamat.

Kebaikan Melabur dalam Emas

Semua asset terikat kepada sesuatu, seseorang atau sistem tertentu. Contohnya, saham terikat kepada pengurusan dan prestasi syarikat. Bon terikat kepada penerbitnya manakala wang tunai terikat kepada kekuatan kerajaan.

Emas pula berdiri sendiri kerana ia tidak terikat kepada aset kewangan lain. Tidak terikat kepada sesuatu, sesiapa atau apa-apa sistem. Menjadikan emas adalah wang dengan sendirinya.

Tambahan pula, ia tidak perlu sebarang laporan, rekod atau geran pegangan. Jika kita tak memberitahu sesiapa, tiada seorang pon akan tahu berapa banyak emas yang kita miliki. Tapi jangan lupa, untuk membayar zakat bila sudah cukup haulnya.

Tidak seperti wang kertas perlu diperakui oleh kerajaan sesebuah negara sah diperakui untuk transaksi. Emas bukan dianggap matawang didalam sistem kewangan. Wang kertas yang digunakan untuk transaksi.

Sekarang ini matawang sudah beransur-ansur beralih kepada wang bentuk digital dan kita melihat nombor-nombor tersebut bertambah dan berkurangan. Berlainan emas dengan emas kita melihat aset fizikal dengan beratnya yang diketahui nilainya.

Emas adalah harta yang sngat berharga untuk orang ramai. Harta ini juga dijadikan sebagai asset untuk orang diluar sana untuk kehidupan.

Berdagang di CXM Direct

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

China memberikan reaksi terhadap penangguhan lawatan Anthony Blinken

China berkata ia menghormati keputusan pentadbiran Biden untuk menangguhkan lawatan Setiausaha Negara Anthony Blinken ke Beijing selepas belon altitud tinggi China dikesan di ruang...

Apakah sebenarnya MyFxBook ni ?

MyFxBook adalah platform online yang memungkinkan pedagang dan pelabur forex untuk memantau dan menganalisis kinerja trading mereka. Ia menyediakan seperangkat alat yang memungkinkan pengguna...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 217 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 217.Dapatkan naskah MFM edisi ke 217 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

Gold Price Forecast: XAU/USD could see a bumpy road to recovery toward $1,930 – Confluence Detector

Gold price is licking its wounds amid a broad United States Dollar rebound.Dovish Fed expectations, weak US Treasury bond yields could limit Gold’s downside.Gold...

Fed to deliver 25bp hikes in March and May for a peak funds rate of 5.00-5.25% – Goldman Sachs

The Goldman Sachs Research team said in its client note that it expects the US Federal Reserve (Fed) to hike interest rates by 25 basis points...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here