25.2 C
Kuala Lumpur
spot_img

Kronologi kes rasuah Najib Razak

Date:

Share:

Mahkamah Persekutuan pada Khamis (18 Ogos) memulakan pendengaran rayuan terakhir terhadap keputusan bersalah Najib Razak berhubung kes rasuah berkaitan dengan 1Malaysia Development Bhd (IMDB).

Mahkamah meneruskan prosiding itu selepas permohonan peguam Hisyam Teh Poh Teik untuk menarik diri daripada mewakili bekas perdana menteri itu.

Mahkamah menetapkan prosiding selama sembilan hari dari 15 Ogos untuk rayuan terakhir Najib Razak bagi kes berhubung sabitan terhadap kes penyelewengan dana RM42 juta (S$13 juta) milik SRC International Sdn Bhd, bekas subsidiari IMDB.

Pasukan pembela Najib Razak memfailkan rayuan terakhir, berikutan keputusan Mahkamah Rayuan pada Dis lalu untuk mengekalkan sabitan Mahkamah Tinggi pada Julai sebelum ini. Mahkamah Tinggi mendapati beliau bersalah atas tujuh tuduhan pecah amanah jenayah,pengubahan wang haram dan menyalah guna kuasa.

Najib Razak dikenakan hukuman penjara 12 tahun, serta denda RM210 juta (S$64.6 juta).

Selain kes berkenaan, bekas perdana menteri itu juga sedang berdepan dengan beberapa tuduhan lain di mahkamah berkaitan dengan 1MDB.

Perkembangan kes Najib Razak boleh dikatakan dalam fasa terakhir kes yang berlarutan lebih empat tahun.

Berikut ialah kronologi kes itu sejauh ini:

PROSIDING DIMULAKAN

4 Julai 2018: Najib Razak pertama kali hadir di Mahkamah Sesyen untuk didakwa dengan tiga tuduhan pecah amanah jenayah dan satu tuduhan salah guna kuasa.

8 Ogos 2018: Kes itu kemudian dirujukkan ke Mahkamah Tinggi di mana beliau dikenakan tiga lagi tuduhan.

3 April 2019: Perbicaraan bermula selepas Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menolak permohonan Najib Razak untuk mengisytiharkan tujuh dakwaan ke atasnya sebagai rosak atau mempunyai kelemahan.

3 Disember 2019: Najib Razak memasuki kandang saksi Mahkamah Tinggi selepas diperintah mengemukakan pembelaannya.

11 Mac 2020: Perbicaraan itu berakhir selepas 19 saksi memberikan keterangan selama 33 hari.

HUKUMAN DIJATUHKAN DAN RAYUAN

28 Julai 2020: Mahkamah Tinggi menjatuhi hukuman penjara selama 12 tahun dan denda RM210 juta (S$64.9 juta) ke atas Najib Razak yang didapati bersalah bagi kesemua tujuh tuduhan.

19 Oktober 2020: Beliau kemudian memfailkan petisyen rayuan dan sesi rayuan itu dijadualkan pada 5 April 2021 di Mahkamah Rayuan.

19 Oktober 2020: Mahkamah Rayuan selesai mengadakan sesi rayuan setelah mendengar hujahan dari kedua-dua pihak pembela dan pendakwa.

23 Nov 2021: Mahkamah Rayuan menetapkan 8 Disember sebagai tarikh akhir bagi keputusan atas rayuan Najib Razak.

Najib Razak bagaimanapun memohon untuk menangguhkan tarikh itu dengan alasan perlu menjalani kuarantin kendiri.

2 Disember 2021:Permohonan Najib Razak untuk mengemukakan bukti baru diitolak pada hari yang sama.

MAHKAMAH RAYUAN KEKALKAN SABITAN

9 Mei 2022: Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 hari pada bulan ini untuk mendengar rayuan terakhir Najib Razak terhadap hukuman penjaranya.

21 Julai 2022: Mahkamah Tinggi menolak permohonan agar Peguam Diraja (Queen Counsel) dari United Kingdom (UK), Jonathan James Laidlaw ditolak.

25 Julai 2022: Najib Razak secara tiba-tiba membuang seluruh barisan peguamnya termasuk Muhammad Shafee daripada mewakilinya.

RAYUAN TERAKHIR DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN

26 Julai 2022: Barisan peguam baru Najib Razak diumumkan, diketuai Hisham Teh.

29 Julai 2022: Mahkamah memutuskan untuk teruskan dengan rayuan yang dijadualkan pada 15 Ogos meski terdapat permintaan daripada peguam baru Najib untuk menangguhkan prosiding supaya mereka mempunyai masa lebih untuk persiapan bagi kes tersebut.

16 Ogos 2022: Mahkamah menolak permohonan untuk mengemukakan bukti baru dalam rayuan terakhir. Panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat juga menolak permintaan penangguhan kes itu selama tiga hingga empat bulan.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Analisa Teknikal UsdCad 31 Januari 2023

UsdCad di Timeframe Daily.Forecast: Harga ketika ini masih lagi dalam kedudukan downtrend. Harga sepertinya akan cuba untuk retest semula di Resistance berhampiran sebelum turun...

Analisa Teknikal Gold 31 Januari 2023

Gold di Timeframe Daily.Forecast: Harga secara keseluruhannya masih lagi dalam kedudukan Uptrend. Sepertinya ketika ini harga sedang membuat sesi Retracement dimana harga telah sampai...

AEON Credit buat pinjaman bank RM600 juta

AEON Credit Service (M) Bhd (AEON Credit) memperoleh pinjaman berkaitan kelestarian (SLLs) berjumlah RM600 juta buat pertama kalinya daripada dua perbankan Jepun dan sebuah...

Ringgit merosot, RM4.26 berbanding satu dolar AS

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini di tengah-tengah tekanan daripada perkembangan luaran termasuk sekitar pertukaran asing Asia (FX), harga minyak...

Ketua Pegawai Eksekutif TikTok Dipanggil Mengadap Kongres AS

Ketua Eksekutif TikTok Shou Zi Chew akan hadir di hadapan Jawatankuasa Tenaga dan Perdagangan AS pada 23 Mac untuk memberi keterangan mengenai kebimbangan privasi...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here