24.4 C
Kuala Lumpur
spot_img

Malaysia Memilih 19 November 2022

Date:

Share:

Rakyat Malaysia bakal memilih calon pemimpin negara yang mereka harap dapat mengubah Malaysia ke arah lebih baik.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini juga, untuk pertama kalinya pengundi berusia 18 tahun boleh membuat keputusan mereka memilih calon pemimpin yang diyakini boleh membawa perubahan kepada negara.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini memaklumkan, umur kelayakan pengundi 18 tahun ialah semua warganegara yang mencapai umur 18 tahun dan ke atas layak didaftarkan sebagai pemilih.

Apa agaknya harapan calon pilihan raya apabila golongan ini yang dianggarkan seramai 5.8 juta orang bakal didaftarkan sebagai pengundi dan boleh membuat keputusan dalam PRU15.

Rasanya mereka masih tidak boleh mendabik dada kerana ada penganalisis politik yang meramalkan orang muda ini mengundi berdasarkan pilihan keluarga.

Maka kita tidak boleh menolak gurauan beberapa pihak bahawa usia ini lebih yakin memilih kekasih tetapi bukan pemimpin.

Ada juga usikan yang kedengaran usia 18 tahun lebih suka mengiyakan dan menjadi ‘tukang angguk’ sahaja.

Gurauan ini mungkin betul kerana bukan semua parti mereka kenal malah calon pun belum tentu pernah bersembang semeja.

Lebih menyedihkan ada yang masih menunggu ‘surat’ atau emel daripada agensi bertanggungjawab bagi pengesahan boleh mengundi sedangkan nama mereka disenaraikan secara automatik daftar pemilih.

Tidak dinafikan ada yang serius untuk mengundi dan matang membuat pilihan.

Mereka juga akan menjadi sebahagian yang akan memberi kemenangan kepada calon.

Orang muda seperti inilah yang boleh diharap memenuhi ruang peti undi dengan penuh berhemah.

Penganalisis politik turut berpendapat, jumlah pengundi muda yang mewakili 51 peratus daripada keseluruhan pengundi pada PRU15, menjadikan faktor calon atau parti semata-mata bukan penilaian utama mereka.

Sebelum ini, penganalisis Sosiopolitik Univerisiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, situasi ini menjadikan faktor penentu kepada pola pengundian pada PRU15 semakin sukar diramal.

Justeru katanya, calon dan parti politik bertanding mesti memahami hasrat dan kehendak pengundi masa kini dengan mengelak kempen yang boleh menyebar kebencian serta fitnah.

Pensyarah Sosiologi Politik, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Profesor Dr Sivamurugan Pandian pula berkata, kebanyakan pengundi muda ini masih ‘atas pagar’ untuk membuat pilihan.

Pemikiran ini turut menjadi faktor mereka tidak keluar mengundi.

Apa pun, kita perlu fikirkan juga bahawa seramai 248 daripada 949 calon Parlimen berusia 21 hingga 39 tahun yang mungkin memberi semangat kepada pengundi muda keluar memberi sokongan.

Jika ada dalam kalangan calon yang menjadi ‘idola’ dan mempunyai karakter boleh diteladani, pengundi ini tidak melepaskan peluang mengundi.

Pengundi muda berusia 18 hingga 21 tahun juga diakui tidak mempunyai kecenderungan terhadap politik ketika ini.

Keadaan politik semasa turut menyaksikan rakyat termasuk golongan tersebut bosan dengan retorik politik dalam negara.

Kita juga perlu mengambil kira sejauh mana golongan ini memahami manifesto yang diuar-uarkankan pemimpin parti politik ketika berkempen.

Tidak guna berbicara mengenai peningkatan ekonomi jika perkara itu sudah diuar-uarkan dalam beberapa pilihan raya negeri sebelum ini tetapi tiada perubahan berlaku. Semua itu boleh dinilai.

Parti politik yang bertanding kini sudah mengemukakan manifesto mereka iaitu Perikatan Nasional (PN) dengan Prihatin, Bersih dan Stabil, Barisan Nasional (BN) pula dengan Pelan Amal dan Usaha (Padu) manakala Pakatan Harapan dengan Tawaran Harapan.

Orang muda perlu diberi kefahaman dan ‘dihidangkan’ dengan kelainan.

Susah juga kalau tengok manisfeto macam teliti soalan peperiksaan. Entah-entah ditinggal begitu sahaja tanpa jawapan.

Beberapa gabungan parti politik negara telah pun menamakan calon Perdana Menteri ke-10 masing-masing seandainya meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Bagaimanapun, kebanyakan calon yang diketengahkan adalah muka-muka lama serta usia melebihi 70 tahun dengan hanya dua calon berusia dalam lingkungan 60an. Namun begitu, ada yang menganggap calon-calon ini masih layak kerana kebanyakannya pernah memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.

Dalam hampir semua edisi ceramah kempennya pada PRU15, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dari PAKATAN HARAPAN juga sentiasa menegaskan bahawa beliaulah insan terbaik untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia. Kali ini sebagai Perdana Menteri ke-10.

Sukar untuk figura daripada PH seperti Rafizi Ramli meyakinkan rakyat Malaysia bahawa Anwar adalah calon Perdana Menteri terbaik, kerana Timbalan Presiden PKR itu sendiri terlalu sibuk berdepan dengan isu yang dicetuskan oleh diri beliau sendiri, isu betapa ‘jutawannya’ diri beliau.

Terpaksalah Anwar sendiri ‘mengangkut bakul’ yang berisi dirinya sendiri itu.

Negara memerlukan calon perdana menteri kuat dan bukan “boneka” yang lemah, selain mudah tunduk kepada tekanan, kata calon Barisan Nasional (BN) di Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Katanya, pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), rakyat perlu memilih parti menampilkan calon berkebolehan untuk bekerja selepas diberi mandat menjadi pemimpin dalam memulihkan semula negara selepas serangan Covid-19.

“Calon PM perlu memiliki kekuatannya tersendiri dan bukan seorang boneka yang begitu lemah, tidak memiliki kekuatan jati diri dan mudah tunduk kepada tekanan.

“Jadi, kita nak kepada orang bukan nak isi jawatan tetapi mestilah berkelayakan dan boleh bekerja. Kena kerja, kalaulah kerja satu hari 12 jam, jadi sekarang kita nak orang yang bekerja 20 jam,” katanya.

Walaubagaimanapun,hakikatnya soal memilih perdana menteri bukanlah 100% ditangan rakyat kerana ianya keputusan dikalangan kesepakatan pemimpin tertinggi mana-mana parti atau gabungan parti.Kuasa undi rakyat adalah memilih gabungan parti pilihan hati mereka supaya memperolehi majoriti untuk memilih Perdana Menteri.

Kita perhatikan,bagaimana Malaysia memilih.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

UK’s Economy To Dip Into Recession This Winter

The UK’s recession will officially begin this winter and is likely to last for most of next year, a closely watched survey out today...

Zombie Virus : Saintis Temui Virus Purba Yang Hidup Semula

Penyelidik menemui virus yang hidup semula daripada cairan permafrost Siberia yang telah beku sehingga 48,500 tahun, menimbulkan kebimbangan bahawa patogen tersebut boleh mencentuskan wabak...

Analisis Harga GBP/USD: Bertahan stabil sekitar 1.2300, betul-betul di bawah rintangan saluran menaik

GBP/USD berundur sedikit daripada paras tertinggi berbilang bulan, walaupun tidak mempunyai tindak lanjut.Persediaan teknikal masih memihak kepada kenaikan harga dan menyokong prospek untuk keuntungan...

GBP/USD to extend its rally further to the May high at 1.2668 – Credit Suisse

A strong week for GBP/USD has seen the pair clear with ease the key 200-Day Moving Average, now at 1.2144. Analysts at Credit Suisse...

Kristalina Georgieva dari IMF menyifatkan inflasi, kelembapan China sebagai risiko kepada Asia

Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa Kristalina Georgieva menyifatkan tekanan inflasi yang meningkat dan kelembapan ekonomi China sebagai risiko kepada prospek ekonomi Asia, menyeru penggubal...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here