29.7 C
Kuala Lumpur
spot_img

Malaysia perlu segera tentukan hala tuju ekonomi negara sebelum terlambat

Date:

Share:

Ekonomi Malaysia berkembang sederhana pada 2.9 peratus suku kedua tahun 2023, selepas mencatatkan pertumbuhan 5.6 peratus suku pertama, disebabkan terutamanya oleh permintaan luaran yang lebih perlahan. Menurut Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Shaik Abdul Rasheed Ghaffour, permintaan dalam negeri kekal sebagai pendorong utama pertumbuhan, disokong oleh penggunaan swasta dan pelaburan.

Menyifatkan pembentangan Ekonomi MADANI oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti tiada hala tuju, Penolong Setiausaha Agung Pas, Mohd Syahir Sulaiman tampil membentangkan dasar yang disebut beliau sebagai Kestabilan Nasional.

Dalam Debat Model Ekonomi Baharu Malaysia yang disiarkan di Astro AWANI dan RTM secara langsung pada tempohari, Ahli Parlimen Bachok itu berkata, dasar itu bertunjangkan empat teras iaitu Keadilan Ekonomi; Kitaran Ekonomi; Kesederhanaan Ekonomi dan Integriti Ekonomi.

Tegasnya lagi, Kestabilan Nasional bukan sekadar janji atau slogan, tapi dapat menangani isu-isu yang dilihat membelenggu pertumbuhan ekonomi sejak sekian lamanya.

“Dalam keadaan ekonomi negara tak stabil, PM (Anwar) tak stabil, ke hulu ke hilir menaiki helikopter berlagak seperti selebriti, tetapi tiada hala tuju dan tiada legasi. Negara memerlukan kestabilan dan saya meletakkan National Stability sebagai matlamat model baharu ekonomi Malaysia.

“Maka apabila matlamat jelas, we need stability… bukan seperti Ekonomi MADANI yang mahu menjadikan Malaysia sebagai antara 30 ekonomi terbesar dalam dunia, (kononnya) we want to be among the biggest, but it doesn’t mean the best. We want to be the best, stable… namun apa guna jika kaya itu terus kaya, yang miskin semakin miskin,” katanya lagi.

Mengulas mengenai teras pertama iaitu Keadilan Ekonomi, Syahir berkata, kutipan cukai harus bersifat adil kepada semua golongan dan perlu inklusif.

“Peniaga tetapkan harga jualan barangan yang munasabah, rakyat mendapat gaji dan upah (selari) dengan kemahiran dan produktiviti tinggi. Pencukaian tidak harus bersifat menindas, dan tidak counter-productive,” katanya lagi.

Teras kedua yang digariskan beliau iaitu Kitaran Ekonomi, jelas Syahir, akan memberi penekanan kepada usaha untuk merapatkan jurang kekayaan antara masyarakat di bandar dan luar bandar, seperti mana yang dinyatakan dalam laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Syahir optimis ia dapat menyelesaikan isu-isu yang menghambat seperti kronisme, monopoli, Ali Baba, kartel dan permit import (AP) yang dilihat memberi keuntungan kepada sesetengah pihak sahaja.

Sementara mengenai teras Kesederhanaan Ekonomi pula, Syahir menjelaskan, ia dirangka bagi memastikan Kerajaan Persekutuan tidak lagi boros dan membazirkan kewangan negara, yang sebelum ini dilihat mengakibatkan projek-projek terbengkalai dan meningkatkan hutang negara.

Dan teras terakhir iaitu Integriti Ekonomi, kata beliau, merupakan teras yang paling penting iaitu memastikan kerajaan bebas daripada pengaruh pemimpin yang tidak mementingkan tatakelola yang baik dalam pengurusan kewangan.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Jadilah seorang Pedagang, Bukan Penjudi.

Mengapa anda terlibat dalam perdagangan forex?Biarkan saya teka…Kerana anda ingin menjana sejumlah besar wang dan mampu membeli apa saja yang anda impikan?Walaupun ini adalah...

GBP/JPY meningkat kepada 181.80 berikutan keputusan kadar BoJ, data UK jadi tumpuan

GBP/JPY memperoleh momentum sekitar 181.85 selepas peristiwa penting Bank of Japan (BoJ).BoJ memutuskan untuk mengekalkan sasaran kadar jangka pendeknya sebanyak -0.1% dan sasaran hasil...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 250 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 250.Dapatkan naskah MFM edisi ke 250 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

The Financial Investment Expo Bangkok,Thailand

KENYATAAN MEDIAThe Financial Investment Expo 2023 ialah acara utama untuk industri kewangan dan pelaburan kewangan di seluruh dunia. Ia adalah platform komprehensif yang direka...

Eksport Malaysia secara tidak dijangka merosot pada Ogos – UOB

Ahli Ekonomi Kanan Kumpulan UOB Julia Goh dan Ahli Ekonomi Loke Siew Ting menilai prestasi terkini eksport dan import di Malaysia.Petikan UtamaEksport kasar Malaysia...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here