31.8 C
Kuala Lumpur
spot_img

Mansuh pencen ahli politik & penjawat awam adalah praktikal dan selari keperluan zaman

Date:

Share:

Memansuhkan pencen ahli politik & penjawat awam sememangnya satu topik yang panas kerana ianya melibatkan ramai pihak berkepentingan namun ia tetap perlu diakui sebagai satu langkah yang praktikal dan selari dengan keperluan zaman dimana populasi dunia kini terlalu ramai.Jumlah penjawat awam & kos untuk menanggung mereka seumur hidup juga kini menjadi beban kepada semua kerajaan yang wujud didunia ini dengan menggunakan wang pembayar cukai.

Presiden Perancis contohnya telah menjadi perintis dan contoh teladan dengan memansuhkan pencennya sendiri.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang merancang melaksanakan reformasi sistem pencen akan melepaskan pencen khas presiden apabila tamat perkhidmatan.

Di bawah undang-undang, sejak 1955, presiden Perancis berhak mendapat pencen 6,000 euro (RM27,531) sebulan sebelum cukai, sebaik tamat perkhidmatan.

Terdahulu bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mencadangkan agar kerajaan menerima syor dan melaksanakan pemansuhan pencen untuk semua menteri, ahli Parlimen termasuk penjawat awam pada tarikh tertentu untuk menukar skim pencen kepada KWSP.

“Ya 100 peratus setuju, kalau saya boleh convert (tukar) pencen saya jadi KWSP , sila buat. Sebab saya rasa pencen satu benda lapuk zaman dah berlalu.

“Masa saya dalam jemaah Kabinet ada tiga benda kita kena buat untuk jaga kedudukan fiskal negara pertamanya GST kena perkenalkan semula , rasionalisasi subsidi ketiga ialah hentikan pencen tetapi untuk penjawat awam yang dah ada dalam perkhidmatan, skim pencen teruskan.

“Maksudnya jika kamu PTD , penjawat awam yang layak untuk dapat pencen apabila bersara nanti namun, apabila tarikh tertentu convert to KWSP,” katanya dalam podcast Keluar Sekejap x Tiber yang dimuat naik malam tadi.

Beliau juga memberitahu, ibunya masih menerima pencen Allahyarham bapanya yang juga bekas penjawat awam yang telah meninggal dunia pada 1992.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 259 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 259. Dapatkan naskah MFM edisi ke 259 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

Broker Justmarkets Refund Deposit Trader

Insiden berlaku pada pagi Isnin, 13 November 2023, di mana seorang trader melaporkan kerugian besar akibat daripada gangguan pada carta Justmarkets. Ketika kejadian, individu...

Blockchain Festival Asia 2024: Uniting the World’s Leading Innovators in BlockchainTechnology

Blockchain enthusiasts, investors, and industry leaders will converge in acelebration of technological innovation and the future of blockchain at the highly anticipatedBlockchain Festival Asia,...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 258 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 258.Dapatkan naskah MFM edisi ke 258 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

USD/JPY berdagang dengan kerugian harian sederhana sekitar pertengahan 150.00s, kekurangan jualan susulan

USD/JPY kekal dalam defensif untuk hari kedua berturut-turut di tengah-tengah USD yang menurun.Pertaruhan bahawa Fed telah selesai dengan kitaran kenaikan kadarnya terus membebankan wang.Pendirian...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here