29 Sept. 2020 – Terkini, pasaran global teruja untuk mengikuti siaran langung debat diantara D.Trump dengan pencabar utama beliau, Joe Biden mala mini. Para pelabur pastinya akan menanti-nanti apakah bentuk polisi pentadbiran yang akan digunapakai oleh kedua-dua pesaing yang bakal merebut kerusi Presiden United States ini.
Dow Jones Industrial Average (DJIA) meningkat sebanyak 500 poin lebih sejak pasaran dibuka minggu ini. Pentadbiran White House melalui kenyataan media minggu lalu memberi gambaran akan satu lagi pakej ransangan dalam menghadapi pandemic Covid-19.
Pasaran saham United States mencatatkan peningkatan sebaik sahaja laporan terkini tersebar berkaitan dengan usaha Presiden D.Trump yang akan mengumumkan langkah melawan coronavirus dengan lebih aggresif dalam jangka masa terdekat.
Dari sudut ekonomi United States pula, tumpuan utama pastinya terarah kepada hari Jumaat ini di mana data Non-Farm Payroll akan diumumkan. Jangkaan terkini ekonomi United States dilihat semakin positif selepas sector ekonomi kembali dibuka secara aktif.
Matawang US Dollar dilihat sedikit melemah berbanding beberapa matawang utama lain sejak pasaran dibuka semalam. Kecuali pair USD/JPY dimana Yen dilihat lebih lemah berbanding US Dollar.
LIVE UPDATE DEBAT DI ANTARA D.TRUMP VS JOE BIDEN:
https://www.foxnews.com/politics/live-updates-first-presidnetial-debate-trump-vs-biden