26.9 C
Kuala Lumpur
spot_img

Menteri Buruh Thai desak kenaikan gaji minimum diawalkan pada Oktober

Date:

Share:

Menteri Buruh Thailand,Suchart Chomklin berkata pada hari Selasa beliau mahukan kenaikan gaji minimum harian sebanyak 5-8% daripada sekarang bermula pada 1 Okt berbanding awal tahun depan seperti yang diumumkan, dan menafikan membawa isu kenaikan gaji minimum lebih awal ini ke adalah demi mendapatkan ‘mileage’ politik peribadinya.

Beliau berkata di Parlimen bahawa kenaikan gaji minimum yang dirancang bermula tahun depan itu perlu diawalkan mulai Oktober tahun ini kerana kos sara hidup rakyat di Thai kini telah meningkat dengan tinggi.

Beliau berkata jawatankuasa gaji wilayah telah pun menetapkan gaji minimum baharu untuk wilayah masing-masing, dan pegawai kanan akan memuktamadkan kenaikan itu. “Kenaikan akan berbeza-beza sebanyak 1-2 baht untuk sesetengah wilayah.

Semuanya tidak akan sama, dan kenaikan gaji minimum itu tidak akan bermula serentak di semua wilayah kerana KDNK setiap wilayah adalah berbeza,” kata Encik Suchart. Menteri buruh Thai itu berkata beliau telah mengarahkan setiausaha tetap Kementerian Buruh memuktamadkan butiran gaji minimum baharu bulan ini dan beliau akan mencadangkannya kepada kabinet bulan depan, supaya kenaikan itu dapat bermula 1 Oktober.- BANGKOK POST

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 235 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 235.Dapatkan naskah MFM edisi ke 235 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

EUR/USD: Temporary breather before a fall to key supports at 1.0557/1.0501 – Credit Suisse

EUR/USD stays seen on course to test a cluster of key supports at 1.0557/1.0501, in the view of analysts at Credit Suisse.Looking for a fall...

Tiada lagi subsidi ayam, telur selepas 30 Jun – Mat Sabu

MENTERI Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pemberian subsidi ayam dan telur akan berakhir pada 30 Jun disusuli pengapungan harga bermula...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 234 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 234.Dapatkan naskah MFM edisi ke 234 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

Panasonic Malaysia menutup 2 jabatan pembuatan di kilang Shah Alam dalam langkah penstrukturan semula

PANASONIC Manufacturing (M) Bhd telah menutup dua jabatan pembuatan produk di kilang Shah Alam 1nya sebagai sebahagian daripada usaha rasionalisasi dan penstrukturan semula perniagaan.Penutupan...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here