24.6 C
Kuala Lumpur
spot_img

Mimpi ngeri pemilik hutang,OPR dijangka naik 0.5 peratus lagi tahun ini

Date:

Share:

Bank Negara Malaysia dijangka menaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 50 mata asas atau 0.5 peratus lagi sehingga akhir tahun ini.Langkah yang diambil Bank Negara Malaysia ini ibarat ‘mimpi ngeri’ kepada kalangan pemilik hartanah di Malaysia. Yang mana mempunyai kewangan yang kukuh tiada masalah apabila bank negara umum BLR naik.

Tetapi yang mempunyai simpanan dan kewangan yang kurang stabil serta terumbang ambing pasti akan terasa kesan kenaikan rate terbaru dan terkini ini.

Kesan Kenaikan OPR Malaysia Bank Negara Naik

Kesan yang dihadapi oleh kalangan pemilik hartanah adalah, akan naiklah bayaran installment rumah. Bagaimana cara untuk kira loan rumah dan pinjaman perumahan anda selepas pengumuman bank negara BNM OPR rate naik, mudah sahaja. Contoh kiraan BNM OPR 2022 seperti di bawah ini:

  • Jikalau baki hutang rumah semasa masih ada lagi sejumlah RM250 ribu, akan berlaku kenaikan RM50 sebulan.
  • Bagaimana cara pengiraan berapa naik bayaran bulan selepas kenaikan kadar bank negara opr rate ini (installment) senang sahaja.
  • RM250000 (baki hutang semasa) x 0.025 peratus ÷ 100 peratus ÷12 bulan = RM50 sebulan. Itu kalau naik 0.25 peratus, kalau naik 0.5 peratus, jadilah RM100 sebulan.
  • Tetapi untuk kes setakat ini kadar kenaikan yang diumumkan adalah pada kadar 0.25 peratus.
  • Ini bermakna untuk setahun, bagi kenaikan 0.25 sahaja anda perlu tambah RM600 setahun untuk baki hartanah RM250 ribu. Jika ada lagi siri kenaikan selepas ini?
  • Jika anda ada buat pelaburan dan invest dalam hartanah, dalam pada masa yang sama anda mengalami negative cashflow sebanyak RM300, apabila naik 25 basis point, jadi 350 adalah jumlah negative cashflow anda selepas ini. Lagi banyak kena TAMBAH SETIAP BULAN
  • Itu kalau 1 rumah, kalau jenis buat loan compression beli 3 hingga 4 rumah sekaligus, darab sahaja berdasar pengiraan di atas. Lagi-lagi yang jenis guna cashback untuk topup dan tambah negative cashflow tersebut. Kejap sahaja habis.
  • Janganlah hairan kenapa banyak 2-3 rumah baru, nama sama kena lelong. Inilah salah satu puncanya. Tidak mampu tanggung rumah negative cash flow.
  • Yang nampak cashback, discount dan segala cerita indah umpama mimpi. Realitinya?
  • Itulah kesan langsung kepada pelabur hartanah.

Sejarah Overnight Policy Rate Malaysia 2022

Berdasar cakap cakap pakar ekonomi, dijangka bank negara Malaysia BNM akan umum 2, 3 siri kenaikan overnight policy rate OPR 2022 naik.

Jadi sudah ada satu berita pengumuman kenaikan oleh BNM, nanti siri kenaikan seterusnya selepas ini dan BERSIAP SIAGA!

  1. Bank Negara akan naikkan kadar interest sebanyak 100 mata atas
  2. Di mana Bank Negara dijangkakan akan menaikkan kepada kadar kepada 2.25 pada bulan Julai ini dan 2.50 pada suku keempat tahun 20242
  3. Dan dalam 6 bulan pertama tahun 2023, BNM akan naikkan kadar faedah kepada 3.0 peratus
  4. Ini sekaligus akan meningkatkan jumlah bayaran bulanan pinjaman yang anda telah buat sebelum ini.

Punca Kejatuhan Bank Negara Rate

Ada beberapa sebab untuk pihak BNM boleh menurunkan kadar bank negara interest rate 2022. Antaranya ialah:

  • Ekonomi Malaysia sedang mengalami kemerosotan
  • Kuasa beli dikalangan rakyat Malaysia dilihat menurun
  • Federal Reserve menurunkan kadar faedah mereka

Punca Kenaikan OPR Bank Negara Rate 2022

  1. Apabila OPR increase sahaja ia bermakna, yang Ekonomi Malaysia sudah menampak tanda-tanda pemulihan dan bangkit semula
  2. Federal Reserve baru sahaja umum siri kenaikan kadar faedah mereka
  3. Inflasi Malaysia sedang menunjukkan tanda-tanda lonjakan yang mana perlu diambil tindakan oleh Bank Negara Malaysia BNM secepat mungkin sebelum bertambah buruk
  4. Bank Negara mahukan lebih ramai rakyat Malaysia membuat simpanan di bank Malaysia
  5. Disebabkan kadar faedah institusi perbankan yang agak rendah untuk simpanan di bank, akhirnya ada sesetengah yang mengambil cenderung mengambil keputusan dengan menggunakan duit tersebut untuk melabur yang berisiko tinggi untuk mendapatkan pulangan yang lebih tinggi seperti di pasaran FOREX, KRIPTO, SPEKULASI dalam pasaran HARTANAH.

Kesan Kenaikan Kadar Faedah Pinjaman Kendaraan & Rumah

  • Berlakunya kenaikan interest bank. Loan kereta naik, loan rumah naik.
  • Kenaikan pinjaman bank sebenarnya dapat mengurangkan dan mengawal permintaan pembelian barang dikalangan rakyat Malaysia sekaligus dapat mengawal lonjakan inflasi di Malaysia
  • Rakyat Malaysia akan mula berkira-kira untuk meminjam duit semata-mata menampung gaya hidup mereka setiap hari dan setiap bulan
  • Tetapi ada sudut positifnya, dengan kenaikan kadar faedah pinjaman dan interest bank naik ini menyebabkan pulangan setiap simpanan anda di bank akan turut meningkat.
  • Kesan opr kepada pinjaman kenderaan contohnya akan menyebabkan jumlaha bayaran bulanan anda juga turut akan naik.

NOTA PENTING: Apa Itu OPR Bank Negara 2022

Dalam ekonomi, salah satu langkah yang boleh kerajaan ambil dan lakukan melalui Bank Negara Malaysia dengan mengawal dasar monetari negara.

  • Mengawal bekalan duit di pasaran samada digunakan oleh rakyat Malaysia, golongan peniaga ataupun pelabur.
  • Bagi mengetatkan lagi akses pinjaman di Malaysia, BNM akan mengumumkan kenaikan kadar faedah bank negara malaysia
  • Apabila bank negara menaikkan kadar faedah, ia sekaligus memberikan kesan kepada bank bank lain di Malaysia.
  • Hakikatnya, semua duit yang ada di pasaran Malaysia ini adalah milik Bank Negara. Mereka ini sangat berkuasa dalam menguruskan sistem perbankan dan kewangan di Malaysia.
  • Oleh itu, semua bank di Malaysia termasuk Bank Islam, RHB, Public Bank, CIMB, BSN dan lain-lain sebenarnya pun perlu meminjam dari BNM untuk menggunakan wang tersebut pada kadar faedah institusi perbankan 2022 yang telah ditetapkan dari masa ke semasa bergantung.
  • Jadi jika bank negara menaikkan kadar opr naik, jadi bank lain tiada pilihan lain untuk sama menetapkan interest loan naik pada kadar yang terkini bagi menampung kos kenaikan yang perlu ditanggung mereka.

NOTA: Jika dahulu kalangan bank di Malaysia menggunakan terma Base Landing Rate untuk menentukan samada bank naikkan blr atau bank turunkan blr. Sekarang bank bank sudah menggunakan BR atau Base rate.

Harapan kami, semoga dengan sedikit perkongsian daripada kami melibatkan kesan kenaikan OPR baru tahun 2022 ini oleh Bank Negara Malaysia BNM ini membantu anda merancang kewangan anda selepas ini

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

UN accuses richest countries of ‘imprudent gamble’ in inflation fight

The interest rate rises and austerity the world’s richest nations are using to fight sky-high inflation risk a painful global recession that would hurt...

USD/CAD tergelincir di bawah paras 1.3600 di tengah-tengah kenaikan harga minyak, kelemahan USD yang sederhana

Gabungan faktor mengheret USD/CAD ke paras terendah selama seminggu pada hari Selasa.Harga minyak menaik menyokong loonie dan memberikan tekanan di tengah-tengah USD yang lebih...

Analisa Teknikal NzdUsd 03 Oktober 2022

NzdUsd di Timeframe Daiky (D1).Forecast: Harga Secara keseluruhannya masih lagi dalam kedudukan Downtrend. Harga juga ketika ini masih lagi berada dibawah Resistance semasa menandakan...

EUR/USD akan kekal terpaku pada separuh bawah julat 0.95-1.02 September – SocGen

Ekonomi AS menentukan prospek EUR/USD. Oleh itu, EUR/USD tidak mungkin berlumba lebih tinggi kerana ekonomi Amerika terus mengatasi zon euro, Kit Juckes, Ketua Pakar...

Analisa Teknikal EurJpy 03 Oktober 2022

EurJpy di Timeframe Daily (D1)Forecast: Harga secara keseluruhannya masih lagi dalam kedudukan Uptrend. Ketika ini harga telah berjaya break dan close diatas Resistance semasa...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here