29.7 C
Kuala Lumpur
spot_img

MyCC siasat penglibatan ahli politik lindungi kartel ayam

Date:

Share:

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi tidak menolak kemungkinan wujud penglibatan ahli politik dalam melindungi kartel industri ayam.

Menurutnya, bagaimanapun masih belum ada bukti mengenainya dan siasatan sedang dilakukan oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).

“Buat masa ini yang dikatakan penglibatan ahli politik itu kita hanya baca dalam surat khabar, tapi yang pentingnya MyCC sedang jalankan siasatan.

“Ini bukan perkara mudah kerana siasatan perlu dilakukan dengan teliti dan menyeluruh dan tak boleh terlalu cepat mengatakan ada kartel.

“Tapi saya tak nafikan dan tak juga mengesahkan ada, elok tunggu laporan MyCC,” katanya pada sidang media selepas majlis Pelancaran Program Jualan Malaysia Rancak Aidilfitri dan Walkabout Sempena Penguatkuasaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Aidilfitri 2022 di sebuah pasar raya di sini pada Selasa.

Menurutnya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersama kementerian dan agensi lain memberi kerjasama penuh bagi membantu siasatan.

“Kita tunggulah bila dah dibuat laporan nanti dan siapnya siasatan yang mana ia bukan saja daripada KPDNHEP, tapi turut melibatkan kementerian dan agensi lain.

“KPDNHEP sememangnya ada peranan dalam itu kerana kita kementerian yang mengawal harga barang. Tapi biarlah kita tunggu dulu dan kita bersama kementerian dan agensi lain akan lakukan yang sepatutnya.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 235 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 235.Dapatkan naskah MFM edisi ke 235 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

EUR/USD: Temporary breather before a fall to key supports at 1.0557/1.0501 – Credit Suisse

EUR/USD stays seen on course to test a cluster of key supports at 1.0557/1.0501, in the view of analysts at Credit Suisse.Looking for a fall...

Tiada lagi subsidi ayam, telur selepas 30 Jun – Mat Sabu

MENTERI Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pemberian subsidi ayam dan telur akan berakhir pada 30 Jun disusuli pengapungan harga bermula...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 234 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 234.Dapatkan naskah MFM edisi ke 234 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

Panasonic Malaysia menutup 2 jabatan pembuatan di kilang Shah Alam dalam langkah penstrukturan semula

PANASONIC Manufacturing (M) Bhd telah menutup dua jabatan pembuatan produk di kilang Shah Alam 1nya sebagai sebahagian daripada usaha rasionalisasi dan penstrukturan semula perniagaan.Penutupan...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here