32.7 C
Kuala Lumpur
spot_img

New York isytihar darurat,wabak cacar monyet menular

Date:

Share:

Pihak berkuasa di New York City semalam mengisytiharkan darurat ekoran peningkatan kes cacar monyet, lapor Agensi Anadolu (AA).

Datuk Bandar New York City, Eric Adams dan Pesuruhjaya Kesihatan, Ashwin Vasan dalam satu kenyataan bersama berkata, seramai 150,000 penduduk bandar mungkin berisiko dijangkiti.

“Kami akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi di peringkat persekutuan untuk mendapatkan lebih banyak dos vaksin sebaik sahaja ia tersedia kelak,” menurut kenyataan itu.

Langkah itu diambil beberapa hari selepas New York dan San Francisco turut mengisytiharkan darurat.

“Saya mengisytiharkan darurat untuk mengukuhkan langkah pencegahan menghadapi wabak cacar monyet,” ciap Gabenor New York Kathy Hochul di Twitter Jumaat lalu.

Sementara itu, kes di bandar raya San Francisco di California telah meningkat hampir dua kali ganda dalam tempoh seminggu mencecah 261 kes.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada minggu lalu mengisytiharkan kecemasan kesihatan global susulan penularan wabak cacar monyet. – BERNAMA

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 234 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 234.Dapatkan naskah MFM edisi ke 234 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

Panasonic Malaysia menutup 2 jabatan pembuatan di kilang Shah Alam dalam langkah penstrukturan semula

PANASONIC Manufacturing (M) Bhd telah menutup dua jabatan pembuatan produk di kilang Shah Alam 1nya sebagai sebahagian daripada usaha rasionalisasi dan penstrukturan semula perniagaan.Penutupan...

KWSP jadi agensi paling kaya di Malaysia, aset cecah RM1 trilion

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjadi agensi paling kaya di negara ini selepas aset milik badan persaraan itu mencecah RM1 trilion.“Ini agensi yang paling...

SC menambah 12 entiti ke Senarai Makluman Pelabur, empat klon berpotensi

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mengemaskini Senarai Makluman Pelaburnya.Dalam makluman pada hari Isnin (29 Mei), suruhanjaya itu berkata orang/entiti berikut telah ditambahkan ke senarai:Wali...

US Dollar weakens as risk mood improves on debt ceiling suspension

US Dollar struggles to build on last week's gains.US Dollar Index stays on the back foot as risk mood improves on debt-limit deal.Investors await...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here