27.3 C
Kuala Lumpur
spot_img

PELABUR KINI MENUNGGU DATA INFLASI, BURSA AS MENURUN

Date:

Share:

NEW YORK : Isnin(12/4) Saham di Bursa New York ditutup rendah pada hari pertama dagangan minggu ini dengan pelabur menunggu laporan pendapatan korporat.

Pada masa yang sama pelabur turut menunggu data inflasi di Amerika untuk bulan Mac yang akan diumum pada hari ini.

Indeks Dow Jones jatuh 55 mata, Nasdaq jatuh 50 mata manakala S and P 500 jatuh hampir 1 mata.

Pada Jumaat,Indeks di Bursa New York ditutup pada paras rekod.

Mengikut laporan Reuters, hasil ini selepas bon 10 tahun Amerika menurun daripada paras tertinggi dalam 14 bulan.

Analisis pasaran dijangkakan peningkatan data inflasi mampu melonjakkan hasil bon Amerika.

Pada bulan Februari, kadar inflasi di Amerika tumbuh 1.3 peratus bulan ke bulan.

Penganalisis pasaran Oanda menyatakan pelabur kini akan mendapatkan panduan daripada keputusan korporat untuk membuat penilaian harga saham dengan lebih jelas.

Pengerusi The Fed Jerome Powell menyatakan ekonomi Amerika kini berada di titik perubahan dan menjangka pertumbuhan lebih pantas dalam bulan-bulan akan datang.

Namun risiko penularan wabak COVID-19 masih wujud jika pembukaan tidak diuruskan dengan baik dan sekaligus dapat meningkatkan kes baru COVID-19.

KREDIT : ASTRO AWANI

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Lebih $2 juta aset dibekukan daripada trio ‘Meta Trade4’

Mahkamah Perbandaran Phnom Penh telah memerintahkan rampasan $2,256,000 aset milik 3 orang yang menjalankan penipuan pertukaran asing yang didakwa menipu.Hakim Mahkamah Perbandaran Phnom Penh,...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 235 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 235.Dapatkan naskah MFM edisi ke 235 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

EUR/USD: Temporary breather before a fall to key supports at 1.0557/1.0501 – Credit Suisse

EUR/USD stays seen on course to test a cluster of key supports at 1.0557/1.0501, in the view of analysts at Credit Suisse.Looking for a fall...

Tiada lagi subsidi ayam, telur selepas 30 Jun – Mat Sabu

MENTERI Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pemberian subsidi ayam dan telur akan berakhir pada 30 Jun disusuli pengapungan harga bermula...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 234 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 234.Dapatkan naskah MFM edisi ke 234 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here