29 C
Kuala Lumpur
spot_img

Polisi kewangan akan menentukan halatuju negara- Gabenor BNM

Date:

Share:

Rencana dasar Ekonomi Madani perlu dilaksanakan dengan tekad untuk membebaskan Malaysia daripada perangkap negara berpendapatan sederhana dan seterusnya menuju ke arah negara berpendapatan tinggi.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour berkata, ekonomi Malaysia berada di persimpangan dan dasar ekonomi serta kewangan hari ini bakal menentukan hala tuju dan trajektori pembangunan negara pada masa hadapan.

“Jurang antara golongan yang kaya dan miskin semakin meluas, dan ia perlu ditangani dan diimbangi dengan pembangunan sebuah masyarakat yang inklusif, adil, saksama, dan mengekalkan integriti sosial,” katanya semasa berucap pada Majlis Jalinan Kerjasama iTekad di sini hari ini.

Abdul Rasheed berkata, sektor kewangan berperanan penting sebagai pemangkin pertumbuhan sesebuah ekonomi.

“Sektor kewangan menjadi pengantara antara mereka yang berpendapatan lebih dengan mereka yang memerlukan dana, menyediakan modal dan kredit kepada ekonomi, memudahkan pelbagai jenis transaksi kewangan dan memungkinkan pengurusan risiko melalui pelbagai instrumen dan juga produk.

“Hasrat BNM adalah untuk membangunkan sektor kewangan yang progresif, teguh, telus dan bertanggungjawab serta mampu menyumbang kepada kemajuan yang lebih adil, setara, bermakna dan inklusif buat rakyat negara ini,” katanya.

Mengenai iTekad, beliau berkata, program itu dibangunkan dengan mengetengahkan kewangan sosial sebagai komponen penting dalam ekosistem kewangan di Malaysia untuk memangkin pembangunan sosioekonomi yang lebih seimbang.

Menurutnya, kewangan sosial memberikan penekanan untuk mencipta impak sosial yang positif selain daripada pulangan kewangan.

Anda tidak sempat membaca?

Klik butang di bawah untuk mendengar artikel penuh di atas.

Subscribe kami di channel WhatsApp, Telegram dan Follow kami di Tiktok untuk mendapatkan lebih banyak info menarik.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Jadilah seorang Pedagang, Bukan Penjudi.

Mengapa anda terlibat dalam perdagangan forex?Biarkan saya teka…Kerana anda ingin menjana sejumlah besar wang dan mampu membeli apa saja yang anda impikan?Walaupun ini adalah...

GBP/JPY meningkat kepada 181.80 berikutan keputusan kadar BoJ, data UK jadi tumpuan

GBP/JPY memperoleh momentum sekitar 181.85 selepas peristiwa penting Bank of Japan (BoJ).BoJ memutuskan untuk mengekalkan sasaran kadar jangka pendeknya sebanyak -0.1% dan sasaran hasil...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 250 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 250.Dapatkan naskah MFM edisi ke 250 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

The Financial Investment Expo Bangkok,Thailand

KENYATAAN MEDIAThe Financial Investment Expo 2023 ialah acara utama untuk industri kewangan dan pelaburan kewangan di seluruh dunia. Ia adalah platform komprehensif yang direka...

Eksport Malaysia secara tidak dijangka merosot pada Ogos – UOB

Ahli Ekonomi Kanan Kumpulan UOB Julia Goh dan Ahli Ekonomi Loke Siew Ting menilai prestasi terkini eksport dan import di Malaysia.Petikan UtamaEksport kasar Malaysia...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here