25.9 C
Kuala Lumpur
spot_img

Produk Gardenia mulai 1 Oktober ini

Date:

Share:

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) hari ini mengesahkan 30 produk syarikat itu akan mengalami kenaikan harga mulai 1 Oktober atau Ahad ini.

Antara produk yang mengalami kenaikan adalah Puazz Sambal Bilis, Sambal Mackerel dan Kari Ayam, Quick Bites Butter Toffee dan Red Beans, Quick Bites Cream Rolls, Numee Yellow Noodle dan Numee Keluarga.

Produk-produk tersebut akan menyaksikan peningkatan antara 10 dan 40 sen.

“Gardenia KL telah menyemak semula harga bagi produk-produk terpilih berkuat kuasa 1 Oktober ini.

“Bagaimanapun, harga roti putih, roti gandum penuh dan roti Toast’em kekal (tidak mengalami kenaikan harga) untuk memastikan kenaikan ini tidak membebankan majoriti pelanggannya,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.

Sebelum ini, pada 1 September tahun lalu, enam produknya dijual dengan harga baharu yang mana ia membabitkan kenaikan antara 10 sen hingga 50 sen.

Perubahan harga itu membabitkan Gardenia Original Classic daripada RM2.80 kepada RM3; Gardenia Wholemeal daripada RM3.60 kepada RM4; rangkaian Gardenia Toast’em daripada RM5 kepada RM5.50; Gardenia Twiggies RM1.80 kepada RM2; Gardenia Waffles RM1.40 kepada RM1.50 dan Roti Krim Gardenia RM1 kepada RM1.10.- AWANI

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 259 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 259. Dapatkan naskah MFM edisi ke 259 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

Broker Justmarkets Refund Deposit Trader

Insiden berlaku pada pagi Isnin, 13 November 2023, di mana seorang trader melaporkan kerugian besar akibat daripada gangguan pada carta Justmarkets. Ketika kejadian, individu...

Blockchain Festival Asia 2024: Uniting the World’s Leading Innovators in BlockchainTechnology

Blockchain enthusiasts, investors, and industry leaders will converge in acelebration of technological innovation and the future of blockchain at the highly anticipatedBlockchain Festival Asia,...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 258 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 258.Dapatkan naskah MFM edisi ke 258 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

USD/JPY berdagang dengan kerugian harian sederhana sekitar pertengahan 150.00s, kekurangan jualan susulan

USD/JPY kekal dalam defensif untuk hari kedua berturut-turut di tengah-tengah USD yang menurun.Pertaruhan bahawa Fed telah selesai dengan kitaran kenaikan kadarnya terus membebankan wang.Pendirian...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here