29 C
Kuala Lumpur
spot_img

Ringgit terus mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS),satu dolar AS kini RM4.24

Date:

Share:

Ringgit terus mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk ditutup tinggi hari ini apabila mata wang negara maju itu menurun di tengah-tengah kebimbangan kenaikan kadar faedah yang lebih perlahan, kata penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.2450/2465 berbanding dolar AS daripada 4.2575/2625 pada penutup Rabu.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata ringgit meneruskan kenaikannya, didorong oleh sentimen yang merosot terhadap dolar AS menjelang keputusan Rizab Persekutuan (Fed) minggu depan.

Beliau berkata, mata wang tempatan juga dirangsang oleh sokongan berterusan daripada pembukaan semula China, yang memberi manfaat kepada ekonomi tempatan.

“Sama seperti dengan Thailand, mungkin belum pada peringkat yang sama, pelancong China memberikan rangsangan yang ketara kepada ekonomi tempatan; maka permintaan terhadap ringgit daripada perspektif kemasukan pelancong kekal kukuh,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2345/2359 daripada 3.2352/2392 yang dicatatkan pada Rabu, naik berbanding euro kepada 4.6254/6270 daripada 4.6322/6376 dan mengukuh berbanding yen kepada 3.2671/2685 daripada 3.2790/2831.

Bagaimanapun, ia susut berbanding pound kepada 5.2583/2601 daripada 5.2418/2480.

-BERNAMA

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

GBP/JPY meningkat kepada 181.80 berikutan keputusan kadar BoJ, data UK jadi tumpuan

GBP/JPY memperoleh momentum sekitar 181.85 selepas peristiwa penting Bank of Japan (BoJ).BoJ memutuskan untuk mengekalkan sasaran kadar jangka pendeknya sebanyak -0.1% dan sasaran hasil...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 250 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 250.Dapatkan naskah MFM edisi ke 250 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

The Financial Investment Expo Bangkok,Thailand

KENYATAAN MEDIAThe Financial Investment Expo 2023 ialah acara utama untuk industri kewangan dan pelaburan kewangan di seluruh dunia. Ia adalah platform komprehensif yang direka...

Eksport Malaysia secara tidak dijangka merosot pada Ogos – UOB

Ahli Ekonomi Kanan Kumpulan UOB Julia Goh dan Ahli Ekonomi Loke Siew Ting menilai prestasi terkini eksport dan import di Malaysia.Petikan UtamaEksport kasar Malaysia...

Bekalan Beras Tempatan Dijangka Pulih Sebulan Lagi- Menteri

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan kerajaan memberi jaminan bekalan beras putih tempatan akan kembali stabil dalam tempoh sebulan.Menterinya, Datuk...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here