27.3 C
Kuala Lumpur
spot_img

SC MULA BURU SCAMMER PELABURAN SECARA BESAR-BESARAN

Date:

Share:

SURUHANJAYA Sekuriti Malaysia (SC) terus berusaha untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pelabur termasuk mendidik mereka mengenai penipuan dalam skim pelaburan.

Pengarah Urusan SC, Foo Lee Mei berkata sepanjang tahun lalu, suruhanjaya itu telah melaksanakan beberapa inisiatif membabitkan aktiviti anti penipuan termasuk menyekat laman web dan akaun Facebook.

Dalam laporan tahunan terbaharunya, SC telah menyekat 143 laman web yang didapati menjalankan aktiviti yang tidak berlesen, penipuan termasuk menyalahgunakan nama dan logo SC pada 2021. Ia juga menerima bantuan dari Facebook Malaysia bagi menghalang akses ke atas 35 akaun Facebook.

“Pendekatan kedua adalah penyiasatan yang disasarkan yang sedang kami buat sekarang melalui pasukan petugas dalaman mengenai penipuan. Kami telah mengesan 45 akaun e-mel dan 22 telah dirujuk untuk penyiasatan anti-pengubahan wang haram,” kata Foo dalam taklimat media secara maya sempena dengan penerbitan Laporan Tahunan SC 2021 hari ini.

Satu lagi aspek adalah program kesedaran pendidikan pelabur suruhanjaya itu yang dijalankan melalui media sosial dan siaran akhbar.

Beliau berkata SC menyaksikan peningkatan jumlah pertanyaan yang diarahkan di jabatan aduannya. Berdasarkan laporan tersebut, jumlah pertanyaan telah meningkat kepada 3,464 pada tahun lepas berbanding 2,193 pada 2020.

Ini mencerminkan bahawa lebih ramai pelabur cuba untuk mengetahui lebih lanjut mengenai skim pelaburan yang mereka sertai, katanya.

“Kami berharap akan ada lebih banyak skeptisisme pelabur, supaya apabila mereka melihat pelaburan yang diiklankan melalui media sosial, mereka tidak terus terjerumus tetapi akan melakukan penilaian terlebih dahulu,” katanya.

Sementara itu Pengerusi SC, Datuk Syed Zaid Albar berkata pendekatan anti-penipuan pelbagai sasaran telah ditubuhkan selepas menyaksikan peningkatan kes sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Aduan yang melibatkan skim yang tidak berlesen, misalnya, telah menokok daripada 37 peratus pada 2020 kepada 52 peratus pada 2021,” katanya.

SC menerima 1,857 aduan pada tahun lepas berbanding dengan 1,482 semasa 2020.

Dalam satu kenyataan, SC berkata pasukan petugas rentas divisyen untuk menyiasat penipuan firma klon telah ditubuhkan bagi memerangi kegiatan pelaburan yang tidak berlesen.

Sehingga kini, suruhanjaya itu telah melaksanakan lima tindakan penguatkuasaan dan 473 campur tangan pengawalseliaan selain meletakkan 275 syarikat yang tidak berlesen dan individu dalam senarai amaran pelabur SC.

“Pada 2021, strategi penguatkuasaan adalah dengan menumpukan kepada pencapaian hasil yang lebih bersasar serta berkesan melalui pengenalan pelbagai kaedah penguatkuasaan.

“Menerusi tindakan penguatkuasaan sivil, SC telah mendapatkan pemulangan bagi para pelabur dengan RM2.7 juta dibayar kepada 721 pelabur yang menjadi mangsa, manakala sejumlah 136 sekatan pentadbiran telah diambil terhadap salah laku dan pelanggaran perundangan serta garis panduan sekuriti yang kurang serius,” katanya.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Lebih $2 juta aset dibekukan daripada trio ‘Meta Trade4’

Mahkamah Perbandaran Phnom Penh telah memerintahkan rampasan $2,256,000 aset milik 3 orang yang menjalankan penipuan pertukaran asing yang didakwa menipu.Hakim Mahkamah Perbandaran Phnom Penh,...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 235 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 235.Dapatkan naskah MFM edisi ke 235 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

EUR/USD: Temporary breather before a fall to key supports at 1.0557/1.0501 – Credit Suisse

EUR/USD stays seen on course to test a cluster of key supports at 1.0557/1.0501, in the view of analysts at Credit Suisse.Looking for a fall...

Tiada lagi subsidi ayam, telur selepas 30 Jun – Mat Sabu

MENTERI Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pemberian subsidi ayam dan telur akan berakhir pada 30 Jun disusuli pengapungan harga bermula...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 234 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 234.Dapatkan naskah MFM edisi ke 234 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here