By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MajalahForexMalaysia.com
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: Sistem perbankan Malaysia sudah lapuk,ketinggalan zaman & tidak lagi selamat
Sign In
Breaking:
Saham di Amerika Syarikat Mencapai Ketinggian 11 minggu
Dolar Bergelut Di Tengah-tengah Ketaktentuan Dasar Perdagangan
Dolar Melanjutkan Penurunan
Saham New Zealand Disenyapkan dalam Tawaran Awal
Uganda Pegang Kadar Dasar Utama untuk Mesyuarat Ke-3
MajalahForexMalaysia.comMajalahForexMalaysia.com
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MajalahForexMalaysia.com > Blog > Berita Terkini > Sistem perbankan Malaysia sudah lapuk,ketinggalan zaman & tidak lagi selamat
Berita TerkiniMENARIK HARI INI!

Sistem perbankan Malaysia sudah lapuk,ketinggalan zaman & tidak lagi selamat

Last updated: August 20, 2022 9:17 pm
By Fakhrul Razi
4 Min Read
Share
SHARE

Negara di kejutkan lagi dengan beberapa siri kehilangan wang simpanan didalam bank dalam jumlah yang besar.Kejadian-kejadian sebegini menimbulkan persoalan adakah wang simpanan kita selamat di bank?.Hakikatnya,walaupun simpanan wang kita di bank kononnya dijamin PIDM,tiada sesiapa pun yang telah kehilangan wang mendapat kembali wang tersebut.Pelbagai alasan akan diberikan oleh pihak bank dan sudah pastinya kesalahan diletakkan diatas kepala pendeposit.Alasan paling biasa digunakan,penyimpan pastinya telah menekan link sebarangan yang diterima di telefon bimbit.Semudah itu pihak bank akan melepaskan tangan dari mencari penyelesaian yang lebih baik.

Sebenarnya,soal kritikalnya keselamatan perbankan ini pernah dibangkitkan tahun lalu oleh seorang pengodam arena perbankan lagenda,Aman Shah Ahmad.

Terlalu banyak kelemahan dalam sesetengah sistem perbankan di negara ini membolehkan penggodam memintasnya sekali gus merisikokan wang pendeposit hilang.

Bekas penggodam, Aman Shah Ahmad yang juga pakar teknologi maklumat (IT) mendakwa, sistem yang digunakan oleh beberapa bank di Malaysia bersifat copy and paste daripada sistem terdahulu.

Dakwa beliau, tindakan sesetengah bank menggunakan perisian (software) serta program bersifat terbuka (open source) mengakibatkan wujud kelompongan yang mendedahkannya kepada ancaman penggodam.

Justeru, katanya , kelompongan inilah membolehkan penggodam memintas sistem keselamatan sesetengah bank dengan mudah.

“Jika kita cakap pasal struktur keselamatan bank, sebenarnya banyak lompong. Bila orang macam saya ini godam, baru orang sedar. Sistem sekarang ini juga macam itu, sebenarnya ‘cucu’ sahaja kepada sistem yang terdahulu.

“Yang ada sekarang ini adalah ‘cucu’ kepada sistem dahulu, sebab itu contohnya Windows ada versi 2.0, 3.0 dan 2000 misalnya. Semua sama sahaja. Saya beritahu, sekarang lagi senang nak godam. Kamu bagi saya laptop sekarang, besok saya boleh pindahkan wang. Nak buat atau tak sahaja,” katanya.

Aman Shah, 54, yang pada 1990 didakwa atas kesalahan pecah amanah membabitkan puluhan juta ringgit sewaktu bertugas di sebuah bank di Kuala Lumpur berkata, berdasarkan pemerhatian, masih terdapat 20 peratus kelemahan dalam sistem keselamatan bank sekarang.

Beliau diminta mengulas mengenai wujudnya aduan daripada orang ramai mengenai wang mereka hilang daripada akaun ban walaupun tidak melakukan transaksi pengeluaran.

Kata Aman Shah, kesilapan paling ketara yang dilihat adalah tindakan sesetengah bank yang ingin menjimatkan kos dengan membangunkan sistem keselamatan yang kurang optima.

“Bank-bank pakai apa sekarang? Firewall? Saya perasan sesetengah bank di Malaysia sekarang, kesilapan paling ketara, banyak program dalam itu mereka nak jimat kos. Mereka guna open source sahaja, bermakna ia kurang selamat,” katanya.

Menjelaskan lagi beliau berkata, urusan membangun keselamatan sistem perbankan harus dilakukan oleh pakar IT yang mempunyai merit, dan bukan dipilih dalam kalangan kroni yang tidak layak.

Hal ini, katanya supaya meningkatkan keyakinan pendeposit agar tidak membuat pengeluaran wang besar-besaran, yang boleh melumpuhkan ekonomi negara.

“Di Malaysia ini, maaf cakap, ia bukan tentang merit. Orang yang membangunkan sistem keselamatan perbankan pun, ada kait dengan pihak atasan. Jadi kamu tiada merit untuk bangunkan sistem itu. Benda ini sampai sekarang berlaku.

“Kalau kamu dedahkan maklumat bahawa sistem itu tak selamat, saya rasa semua orang akan keluarkan duit dari bank masing-masing. Depositor akan lari dan kesannya, musnah ekonomi,” tambahnya.

Anda Pasti Sukakan Ini

Analisa Teknikal Gold 21 April 2022

Krisis makanan dunia dijangka berlarutan sehingga tahun depan-FAO

Industry Experts to Share Insights at Traders Fair 2025 in Lagos

Harga ayam dijangka naik bulan depan apabila diapungkan

SEKTOR PERLANCONGAN DIBUKA SEMULA BERMULA 16 SEPTEMBER

TAGGED:Bank tidak selamatCIMBCimb duit hilangMAYBANK
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 336 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA
May 16, 2025
Ekonomi Malaysia Kehilangan Momentum Suku Pertama 2025,Dijangka Berterusan Sepanjang Tahun
May 16, 2025
Saham di Amerika Syarikat Mencapai Ketinggian 11 minggu
May 16, 2025
Dolar Bergelut Di Tengah-tengah Ketaktentuan Dasar Perdagangan
May 15, 2025
Dolar Melanjutkan Penurunan
May 14, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Berita Terkini

Analisis Harga AUD/JPY: Penarikan balik pembetulan menghampiri 200-HMA selepas Minit RBA

By Mohd Fauzi
2 Min Read
Berita Terkini

PM Thai harap kebanjiran pelancong dari Malaysia bantu memulihkan kejatuhan matawang Baht

By Fatin Zulaikha
1 Min Read
Berita Terkini

PM says not distracted by party, politics, focussed on running the country

By Shazril Sohaimi
4 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

News Ticker

GBP/USD: Sterling Menyambung Ayunan— Tuntut Semula $1.33 Selepas Dua Hari Turun

By MFM News Update
April 25, 2025
3 Min Read

Apa Akan Terjadi Jika China Menjual Ratusan Bilion Bon Perbendaharaan AS Secara Mengejut?

By Azawiya Azali
April 19, 2025
Berita Terkini

Angin perubahan bertiup di selatan,PAP dijangka menang majoriti mudah tapi…

By Fatin Zulaikha
April 27, 2025
6 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 334 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
News Ticker

Hasil 10 Tahun AS Mantap Mendahului Laporan PPI

Hasil pada nota Perbendaharaan AS 10 tahun kekal stabil sekitar 4.3% pada hari Khamis kerana pelabur…

By MFM News Update
March 13, 2025
AktivitiBerita Terkini

A Key Event That Brings Together Finance and Trading Minds, Traders Fair Returns to Manila

The Traders Fair is making its way back to the Edsa Shangri-La, Manila on May 24,…

By Azawiya Azali
March 8, 2025
News Ticker

Sentimen Perniagaan Perancis Melemah Sedikit

Penunjuk iklim pembuatan Perancis turun kepada 96 pada Mac 2025 berbanding Februari dan anggaran pasaran sebanyak…

By MFM News Update
March 21, 2025
Berita Terkini

Menguasai Carta Candlestick untuk Pemula

Meta description: Kuasai asas carta candlestick dan fahami bagaimana pergerakan harga membentuk trend pasaran. Belajar mengenal pasti…

By Mohd Fauzi
February 20, 2025
MajalahForexMalaysia.com

MajalahForexMalaysia.com adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MajalahForexMalaysia – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up