25 C
Kuala Lumpur
spot_img

SPR akan bermesyuarat 20 Okt tentukan tarikh PRU15

Date:

Share:

Mesyuarat khas untuk membincang dan menentukan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah akan diadakan pada 20 Okt ini.

Setiausaha Suruhanjaya Piihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak berkata mesyuarat yang akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh itu akan diadakan di Menara SPR, Putrajaya pukul 10 pagi.

“Pengerusi SPR akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRU15 dan PRK DUN N66 Bugaya, seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, serta Daftar Pemilih yang akan digunakan, dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan kedua-dua pilihan raya itu,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Katanya satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat.

Ini berikutan,Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15.

Susulan pengumuman itu, pilihan raya umum perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran Parlimen mengikut Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan.

– Bernama

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Ringgit dijangka mengukuh pada 2024 – Rafizi

Ringgit dijangka akan mengukuh menjelang 2024 atas beberapa faktor termasuk disiplin fiskal kerajaan dan pertumbuhan ekonomi global yang lebih baik.Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata,...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 259 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 259. Dapatkan naskah MFM edisi ke 259 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

Broker Justmarkets Refund Deposit Trader

Insiden berlaku pada pagi Isnin, 13 November 2023, di mana seorang trader melaporkan kerugian besar akibat daripada gangguan pada carta Justmarkets. Ketika kejadian, individu...

Blockchain Festival Asia 2024: Uniting the World’s Leading Innovators in BlockchainTechnology

Blockchain enthusiasts, investors, and industry leaders will converge in acelebration of technological innovation and the future of blockchain at the highly anticipatedBlockchain Festival Asia,...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 258 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 258.Dapatkan naskah MFM edisi ke 258 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here