Apa yang akan berlaku pada tarikh 20 Januari 2021 ini?. Kenapa ianya merupakan tarikh penting kepada global?.
Pada 20 Januari ini, Amerika Syarikat akan secara rasminya melantik Presiden baharu mereka, Joe Biden sebagai Presiden A.S yang ke-47, menggantikan Donald Trump yang hanya berkuasa di White House hanya sepenggal apabila tewas dalam Pilihan Raya Presiden November tahun lalu.
Joe Biden akan mengangkat sumpah di hadapan bangunan Capitol bersama dengan Timbalan Presiden, Kamala Harris. Secara tradisinya, acara pelantikan ini dihadiri oleh ribuan rakyat A.S yang hadir bagi memberi sokongan dan meraikan kehadiran baru Presiden mereka, tetapi tidak pada tahun ini.
Pihak berkuasa A.S menghadkan kehadiran ke acara pelantikan ini atas dua factor, situasi pandemik Covid-19 yang masih membimbangkan dan situasi politik yang “panas” sejak insiden bangunan Capitol diserang oleh penyokong parti Republikan beberapa minggu yang lalu.
Bagi global pula, tumpuan utama pastinya terarah kepada ucapan dasar Joe Biden, ke mana dan bagaiamana hala tuju corak pentadbiran beliau selepas ini. Bagi pelabur dan pedagang, pastinya menanti-nanti ucapan Joe Biden sama ada meyakinkan dari segi pelaburan atau sebaliknya.
Pastinya pada tarikh 20 Januari ini, pergerakan pasaran Forex juga akan akan dipengaruhi oleh peristiwa tersebut.