25.4 C
Kuala Lumpur
spot_img

TENCENT RUGI $62 BILLION EKORAN KEBIMBANGAN SYARIKAT ITU MENJADI SASARAN CHINA YANG SETERUSNYA

Date:

Share:

Saham Tencent Holdings Ltd jatuh buat hari kedua ekoran kebimbangan badan regulator kini mengalihkan tumpuan mereka terhadap empayar perniagaan Ma Huateng (Pony Ma), seterusnya menyebabkan nilai perniagaan kewangan dalam talian syarikat itu hilang $62 billion.

Saham Tencent jatuh lebih 4% di Hong Kong pada hari Isnin selepas mencatatkan penyusutan 4.4% pada hari Jumaat. Badan regulator utama China melihat Tencent sebagai sasaran yang baru untuk pengawasan yang lebih ketat selepas melakukan perkara yang sama terhadap Ant Group Co milik Jack Ma. Seperti Ant, Tencent berkemungkinan dikehendaki menubuhkan syarikat pemegangan kewangan untuk merangkumkan perkhidmatan perbankan, insurans dan pembayarannya.

Perniagaan teknologi kewangan dan pembayaran syarikat gergasi itu dianggarkan bernilai sekitar $105 billion sehingga $120 billion, menurut anggaran daripada Robin Zhu, penganalisis Bernstein.

Masalah Tencent bukan setakat melibatkan perniagaan teknologi kewangannya sahaja. Pada hari Jumaat, badan regulator telah mendenda syarikat itu, beserta dengan beberapa syarikat gergasi China yang lain, kerana tidak mendapatkan kelulusan melakukan pelaburan dan pemerolehan yang terdahulu. Pasaran juga bimbang kerajaan mungkin akan meningkatkan pengawasan terhadap industri permainan digital.

“Secara keseluruhannya, kami beranggapan bahawa risiko regulasi yang dihadapi Tencent adalah sangat berbeza dengan apa yang dihadapi Alibaba,” menurut penganalisis Bernstein itu. “Kami melihat kedudukan kompetitif Tencent dalam perniagaan utamanya kekal kukuh, dengan sedikit sahaja pesaing yang jelas dalam perniagaannya.”

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

ID Digital Malaysia Kini Diperkenalkan

Mungkin ada rakyat Malaysia akhir-akhir ini berasa gelisah dengan pelaksanaan Program ID Digital Nasional (IDN) yang bakal bermula pada 2024.Segelintir pengguna media sosial mendidakwa...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 260 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 259. Dapatkan naskah MFM edisi ke 259 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

Ringgit dijangka mengukuh pada 2024 – Rafizi

Ringgit dijangka akan mengukuh menjelang 2024 atas beberapa faktor termasuk disiplin fiskal kerajaan dan pertumbuhan ekonomi global yang lebih baik.Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata,...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 259 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 259. Dapatkan naskah MFM edisi ke 259 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

Broker Justmarkets Refund Deposit Trader

Insiden berlaku pada pagi Isnin, 13 November 2023, di mana seorang trader melaporkan kerugian besar akibat daripada gangguan pada carta Justmarkets. Ketika kejadian, individu...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here