25.3 C
Kuala Lumpur
spot_img

Terciduk melabur beli rumah ketika OPR rendah,kini terpaksa ‘ikat perut’.

Date:

Share:

Sebenarnya beli rumah ketika OPR jatuh adalah ‘mindset’ yang salah kerana OPR boleh naik semula. Masa OPR rendah nampak semua indah belaka sebab kita nampak macam mampu nak bayar setiap bulan.

Amalan terbaik beli hartanah, sebenarnya kita tak perlu ambil kira faktor OPR.Inilah yang membuatkan ramai rakyat Malaysia yang terciduk apabila OPR turun semasa PKP dahulu dan kini semakin naik kembali ke paras sebelum PKP.

Semasa peringkat awal pandemik COVID 19 melanda,OPR telah dikurangkan pada bulan Januari dan Mac 2020 dengan jumlah keseluruhan sebanyak 50 mata asas kepada 2.50% untuk menyediakan persekitaran monetari yang lebih akomodatif bagi menyokong pertumbuhan ekonomi dalam keadaan harga yang stabil.

Selepas itu Bank Negara untuk kali ketiga tahun 2020 telah menurunkan lagi Kadar Dasar Semalaman atau ‘Overnight Policy Rate’ (OPR). Dalam pengumuman pada 5 Mei 2020, Bank Negara telah mengumumkan penurunan sebanyak 50 mata asas kepada kadar OPR baru 2.00 peratus berbanding 2.75 peratus pada bulan Mac 2020.

Bank Negara Malaysia (BNM) kemudiannya menurunkan lagi kadar OPR kepada 1.75 peratus dan telah mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75 peratus sehingga akhir tahun 2021.

Mengambil peluang daripada kadar OPR yang rendah ketika itu ramai orang mula menambah hutang piutang mereka dengan bank samaada untuk pembelian hartanah,tukar kereta baru atau membuat pinjaman peribadi.Ada yang meminjam untuk pelaburan,ada yang yang meminjam kerana keperluan mendesak dan ada yang meminjam demi gaya hidup.Kesannya hanya dirasai ketika ini.

Bank negara telah mengekalkan kadar ini sehingga suku ke empat tahun 2022.Hanya setelah itu lah bermulanya kembali fasa kenaikkan kadar OPR ini,selaras dengan perkembangan ekonomi semasa dan pengetatan dasar monetari Federal Reserved yang turut memberi impak terhadap ekonomi negara-negara di seluruh dunia.

Sebenarnya,dari segi petunjuk ekonomi,OPR naik bermaksud ekonomi adalah bagus,sekiranya OPR terpaksa dikurangkan bermaksud negara sedang dilanda kemelesetan.Sekiranya OPR tidak dinaikkan apa yang dikhuatiri ialah pelabur-pelabur terutamanya pelabur luar negara yang menyertai pasaran ‘money market’ akan keluar daripada negara kita.

Kadar OPR negara kita dijangka akan naik sebanyak dua kali lagi pada Januari & Mac 2023 nanti sehingga kembali ke paras sebelum pandemik iaitu 3.25% bagi menjamin kestabilan ekonomi negara.

Akibat terciduk dengan godaan broker untuk menambah rumah sebagai aset pelaburan hartanah kononnya ketika OPR rendah pada tahun 2020 & 2021,tanpa mengambil kira perhitungan kemampuan membayar balik ketika ekonomi kembali pulih dan OPR kembali naik,kini ramai yang terpaksa ikat perut,bagi memenuhi komitmen membayar pinjaman.

Malah lebih teruk lagi,ianya menimbulkan masalah baru apabila ‘pelabur hartanah jadi-jadian’ ini mula menaikkan harga sewaan rumah dan hartanah mereka meskipun harga sewaan rumah dan hartanah tidak pula turun semasa pandemik pada tahun 2020 & 2021 meskipun ketika itu moratorium turut diberikan oleh pihak bank.

Harga sewaan rumah dan hartanah yang tidak berdasarkan nilai hartanah semasa tetapi berdasarkan sentimen seperti terpaksa menaikkan harga kerana pemilik tidak mampu bayar pinjaman bank akibat kadar OPR telah berubah.

Keadaan ini turut menyumbang kepada faktor inflasi buruk dimana situasi ini tidak sepatutnya berlaku sekiranya ‘pelabur hartanah jadi-jadian’ ini tidak masuk ke pasaran,mengambil kesempatan dari kadar OPR yang rendah untuk menambah aset hartanah mereka sedangkan mereka tidak mampu membayar balik jika pada keadaan biasa.

Kesimpulannya,kita semua mengharapkan negara yang aman makmur dan keadaan ekonomi serta politik negara yang stabil.Oleh itu,dimasa hadapan janganlah kita mengulangi lagi kesilapan yang sama.Rancanglah kewangan kita sebaik-baiknya pada kadar kemampuan peribadi kita yang berbeza-beza setiap orang.

Setiap pelaburan samaada hartanah,matawang,emas,komoditi atau apa saja perlu lah dikaji baik dan buruknya serta aspek-aspek teknikalnya,jangan hanya berpandu pada sentimen semata-mata.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

China memberikan reaksi terhadap penangguhan lawatan Anthony Blinken

China berkata ia menghormati keputusan pentadbiran Biden untuk menangguhkan lawatan Setiausaha Negara Anthony Blinken ke Beijing selepas belon altitud tinggi China dikesan di ruang...

Apakah sebenarnya MyFxBook ni ?

MyFxBook adalah platform online yang memungkinkan pedagang dan pelabur forex untuk memantau dan menganalisis kinerja trading mereka. Ia menyediakan seperangkat alat yang memungkinkan pengguna...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 217 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 217.Dapatkan naskah MFM edisi ke 217 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

Gold Price Forecast: XAU/USD could see a bumpy road to recovery toward $1,930 – Confluence Detector

Gold price is licking its wounds amid a broad United States Dollar rebound.Dovish Fed expectations, weak US Treasury bond yields could limit Gold’s downside.Gold...

Fed to deliver 25bp hikes in March and May for a peak funds rate of 5.00-5.25% – Goldman Sachs

The Goldman Sachs Research team said in its client note that it expects the US Federal Reserve (Fed) to hike interest rates by 25 basis points...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here