TRADING VIEW KINI TELAH DIKELUARKAN DARIPADA SENARAI SC ALERT LIST
Berita yang baru kami terima dari sumber badan regulasi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, bahagian alert list (https://www.sc.com.my/regulation/enforcement/investor-alerts/sc-investor-alerts/investor-alert-list pihak Suruhanjaya telah menyahaktifkan laman portal analisa teknikal tradingview.com dari senarai alert list mereka.
Tindakan ini diambil setelah pihak portal tersebut bersetuju untuk tidak memberikan akses kepada pelawat dari Malaysia kepada sebarang iklan website broker yang tidak berlesen diportal tersebut. Dalam bahasa mudah, sebarang iklan broker yang tidak ‘regulated’ akan dinyahaktifkan aksesnya kepada pelanggan dari Malaysia.
Dengan perubahan ini, tradingview.com akan kekal menjadi satu alat ‘charting tool’ semata-mata dan tidak lagi mempromosi mana-mana link broker yang tidak sah. SC dengan itu telah mengeluarkan catatan akan mengeluarkan Trading View dari list mereka dalam masa 3 hari selepas tarikh 22 March 2021.
Perkembangan ini adalah sesuatu yang baik dalam memberikan kemudahan kepada trader di Malaysia menggunakan ‘charting tools’ ini untuk analisa mereka.