29.4 C
Kuala Lumpur
spot_img

Vaksin Pfizer Mungkin Memerlukan Suntikan Dos Ke 3

Date:

Share:

Ketua pengarah Operasi Pfizer, Albert Bourla, berkata suntikan dos ketiga vaksin COVID-19 mungkin diperlukan dalam tempoh setahun selepas menjalani inokulasi.Vaksinasi tahunan untuk melawan coronavirus juga mungkin diperlukan.

Beliau dipetik sebagai berkata,

“Kami perlu melihat apa langkah seterusnya dan bila tiba masanya, kita akan tahu apa yang perlu dilakukan.

“Senario yang ada sekarang menunjukkan kemungkinan dos ketiga diperlukan antara antara enam hingga 12 bulan selepas dos terakhir.

“Malah, vaksinasi bagi COVID-19 juga mungkin perlu dilakukan setiap tahun kerana adalah penting untuk memastikan ramai orang rentan virus itu,” katanya dalam temubual bersama CNBC.

Saintis ketika ini masih belum pasti, sejauh mana vaksin COVID-19 memberi ketahanan menentang coronavirus.

Pfizer pada awal bulan ini telah menerbitkan satu kajian mengatakan suntikan vaksin itu berkesan sehingga 91 peratus untuk melindungi daripada virus.

Ia juga lebih 95 peratus berkesan mengatasi komplikasi teruk akibat COVID-19 sehingga enam bulan selepas suntikan kedua dilakukan, namun perlu dikaji lebih lanjut.

Vaksin Pfizer, yang dibangunkan dengan kerjasama BioNTech, ketika ini memainkan peranan utama dalam kempen vaksinasi di AS dan Eropah.

Syarikat farmaseutikal gergasi itu pada Februari lalu mengumumkan, mereka sedang menguji dos ketiga vaksin itu menambah keberkesanan melawan varian baharu. – Sumber AFP

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

GBP/JPY meningkat kepada 181.80 berikutan keputusan kadar BoJ, data UK jadi tumpuan

GBP/JPY memperoleh momentum sekitar 181.85 selepas peristiwa penting Bank of Japan (BoJ).BoJ memutuskan untuk mengekalkan sasaran kadar jangka pendeknya sebanyak -0.1% dan sasaran hasil...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 250 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 250.Dapatkan naskah MFM edisi ke 250 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

The Financial Investment Expo Bangkok,Thailand

KENYATAAN MEDIAThe Financial Investment Expo 2023 ialah acara utama untuk industri kewangan dan pelaburan kewangan di seluruh dunia. Ia adalah platform komprehensif yang direka...

Eksport Malaysia secara tidak dijangka merosot pada Ogos – UOB

Ahli Ekonomi Kanan Kumpulan UOB Julia Goh dan Ahli Ekonomi Loke Siew Ting menilai prestasi terkini eksport dan import di Malaysia.Petikan UtamaEksport kasar Malaysia...

Bekalan Beras Tempatan Dijangka Pulih Sebulan Lagi- Menteri

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan kerajaan memberi jaminan bekalan beras putih tempatan akan kembali stabil dalam tempoh sebulan.Menterinya, Datuk...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here