35.3 C
Kuala Lumpur
spot_img

E WALLET RAZER PAY DITAMATKAN DI MALAYSIA

Date:

Share:

Razer hari ini mengumumkan aplikasi e-dompet mereka Razer Pay (beta) akan ditamatkan buat pengguna di Malaysia dan juga Singapura yang berkuatkuasa 1 Oktober 2021.

Bagaimanapun, pihak Razer Malaysia tidak memberikan sebarang kenyataan rasmi mengapa perkhidmatan tersebut dihentikan.

Pihak Razer Pay juga memberi peringatan dalam kemaskini terbaharunya yang menunjukkan tarikh terakhir digital dompet itu beroperasi setelah tiga tahun diperkenalkan.

Pendaftaran baharu dan perkhidmatan tambah nilai juga tidak dibenarkan bermula hari ini, 6 Ogos 2021.

Sehubungan itu, pengguna Razer Pay diminta untuk mengeluarkan semua wang dan kredit simpanan daripada dompet digital itu sebelum 30 September 2021.

Pihak Razer Pay telah mengeluarkan langkah-langkah kepada para penggunanya untuk melakukan pengeluaran yang mana pengguna perlu pergi ke tab “Withdraw > Cash Out > Add Bank Account > Select Bank Accounts > Enter Bank Account Number > Enter OTP Number > Enter Amount > Confirm Payment PIN > Cash Out Successful”.

Harus diingatkan bahawa jumlah maksima untuk pengeluaran sehari ialah RM1,500 dan terhad kepada 5 transaksi sahaja. Proses pengeluaran dana tersebut mengambil masa sehingga 5 hari waktu bekerja sebelum anda menerimanya.

Imbas kembali, Razer Pay mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2018 yang mana aplikasi e-dompet ini boleh digunakan di 7-Eleven, 99Speedmart, Starbucks dan lain-lain.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Mansuh pencen ahli politik & penjawat awam adalah praktikal dan selari keperluan zaman

Memansuhkan pencen ahli politik & penjawat awam sememangnya satu topik yang panas kerana ianya melibatkan ramai pihak berkepentingan namun ia tetap perlu diakui sebagai...

Pengurus Maybank MC trade forex ambil RM4.8 juta dari peti besi cawangan, kena penjara

Seorang pengurus perkhidmatan di cawangan Maybank Singapura menanggung hutang kad kredit dan mengalami kerugian besar daripada dagangan dalam pasaran pertukaran asing (Forex).Dia mula meminjam...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 251 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 250.Dapatkan naskah MFM edisi ke 250 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

Apakah maksud US Shutdown ? Tujuh perkara yang anda patut tahu

Pembiayaan untuk agensi persekutuan AS akan kehabisan pada 30 September, krisis yang didorong oleh perpecahan ideologi di kalangan Ahli Republikan.AS ketika ini hanya beberapa...

Produk Gardenia mulai 1 Oktober ini

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) hari ini mengesahkan 30 produk syarikat itu akan mengalami kenaikan harga mulai 1 Oktober atau Ahad ini.Antara...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here