26.3 C
Kuala Lumpur
spot_img

ELAUN RM300 UNTUK PENCARI KERJA

Date:

Share:

Pencari kerja termasuk graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal akan menerima elaun RM300 melalui Elaun Mencari Pekerjaan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Elaun Mencari Pekerjaan akan diluaskan kepada bukan pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) terutama kepada graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja tidak formal itu.

“Mereka bolehlah mendaftar di bawah platform MYFutureJobs dan bakal menerima elaun sekurang-kurangnya RM300,” katanya dalam Pengumuman Khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), di sini hari ini.

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, kerajaan juga akan memperuntuk RM125 juta melalui HRD Corp untuk melaksanakan inisiatif ‘place and train’ di bawah program Janapreneur, terutamanya kepada belia lepasan sekolah dan graduan.
Beliau berkata, inisiatif itu dijangka membuka peluang kepada 30,000 untuk mengikuti program latihan kemahiran dengan jaminan pekerjaan selepas tamat latihan.

“Pihak Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) pula akan menambah baik program sedia ada iaitu eRezeki dan GLOW bagi membantu lebih 20,000 pencari pekerja dalam ekonomi gig,” katanya.

Berikut adalah cara log masuk ke portal MyFutureJobs:

Layari portal MYFutureJobs
Klik ‘Job Seeker Sign In’ pada bahagian atas kanan skrin
Log masuk menggunakan emel dan kata laluan yang telah didaftarkan. Anda akan dibawa ke halaman ‘Match Jobs’ atau padanan kerja di mana anda boleh mencari kerja yang sesuai dengan profil anda berdasarkan bidang kerjaya dan kawasan yang dicari
REGISTER MAJIKAN MYFUTUREJOBS(EMPLOYER)

Jika anda sebagai majikan dan ingin mengiklankan jawatan kosong, berikut adalah cara untuk daftar majikan di portal MYFutureJobs:

Layari portal MYFutureJobs
Klik ‘Employer Sign In’ pada bahagian atas kanan skrin
Dalam paparan seterusnya, klik ‘Register Here’
Isikan butiran syarikat dan klik ‘Send For Approval’
Maklumat berkaitan akaun syarikat telah disahkan oleh MYFutureJobs akan dihantar dan diterima oleh syarikat
SOALAN LAZIM REGISTER LOGIN MYFUTUREJOBS

Macam mana cara nak daftar cari kerja di portal MyFutureJobs?

Anda boleh buat pendaftaran mencari pekerjaan di portal MyFutureJobs.Rujuk artikel di atas.

Apa kelebihan portal MyFutureJobs?

Portal ini membantu anda mengatasi isu ketidaksepadanan dalam penawaran dan permintaan pekerjaan, meningkatkan peluang pekerjaan serta kebolehpasaran dalam kalangan pencari kerja tempatan.

Jika saya sebagai majikan dan bolehkah saya iklankan pekerjaan di portal MYFutureJobs,bagaimana caranya?

Boleh,sila rujuk artikel diatas untuk mendaftar.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika anda perlukan panduan penggunaan portal MyFutureJobs,sila layari laman web rasmi PERKESO

Emel : [email protected]

Talian : 03-8091 5300 / 1-300-22-8000

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Mansuh pencen ahli politik & penjawat awam adalah praktikal dan selari keperluan zaman

Memansuhkan pencen ahli politik & penjawat awam sememangnya satu topik yang panas kerana ianya melibatkan ramai pihak berkepentingan namun ia tetap perlu diakui sebagai...

Pengurus Maybank MC trade forex ambil RM4.8 juta dari peti besi cawangan, kena penjara

Seorang pengurus perkhidmatan di cawangan Maybank Singapura menanggung hutang kad kredit dan mengalami kerugian besar daripada dagangan dalam pasaran pertukaran asing (Forex).Dia mula meminjam...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 251 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 250.Dapatkan naskah MFM edisi ke 250 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

Apakah maksud US Shutdown ? Tujuh perkara yang anda patut tahu

Pembiayaan untuk agensi persekutuan AS akan kehabisan pada 30 September, krisis yang didorong oleh perpecahan ideologi di kalangan Ahli Republikan.AS ketika ini hanya beberapa...

Produk Gardenia mulai 1 Oktober ini

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) hari ini mengesahkan 30 produk syarikat itu akan mengalami kenaikan harga mulai 1 Oktober atau Ahad ini.Antara...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here