By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MajalahForexMalaysia.com
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: Inflasi hakis nilai wang anda
Sign In
Breaking:
Dolar Bergelut Di Tengah-tengah Ketaktentuan Dasar Perdagangan
Dolar Melanjutkan Penurunan
Saham New Zealand Disenyapkan dalam Tawaran Awal
Uganda Pegang Kadar Dasar Utama untuk Mesyuarat Ke-3
Kadar Inflasi Romania pada 4.85% pada bulan April
MajalahForexMalaysia.comMajalahForexMalaysia.com
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MajalahForexMalaysia.com > Blog > MENARIK HARI INI! > Inflasi hakis nilai wang anda
MENARIK HARI INI!

Inflasi hakis nilai wang anda

Last updated: June 11, 2022 2:14 am
By MFM Team
8 Min Read
Share
SHARE

Inflasi selalu di dengari dari mana-mana berita kewangan. Akan tetapi adakah kita tahu apa yang di maksudkan dengan inflasi dan apa kesannya terhadap duit kita semua? Adakah inflasi itu berita baik atau berita buruk?

Kandungan
APA MAKSUD INFLASI?BAGAIMANA INFLASI WANG BERMULA?KESAN INFLASI KEPADA DUIT SIMPANAN KITAHIPERINFLASI TERUK MERUNTUHKAN VENEZUELABAGAIMANA HIPERINFLASI BERLAKU?EMAS KALIS INFLASI

APA MAKSUD INFLASI?

Inflasi bermaksud kuasa beli duit kita semakin menyusut. Penyusutan kuasa beli duit boleh berlaku ke atas semua matawang di dunia yang menggunakan wang kertas (Wang Fiat). Sama ada US Dollar, Yen, Korea Won, Pound Sterling, Euro, apatah lagi Ringgit.

Jika kita kenang kembali zaman sekolah kanak-kanak dulu, ketika pergi ke kantin sekolah untuk membeli mee bungkus dalam plastik. Mee bungkus ketika itu berharga 20 sen saja. Apabila saya dewasa, saya membeli mee bungkus yang sama di tempat kerja, ia berharga RM2.

Di situ saya perasan bahawa harga mee bungkus tersebut telah naik sehingga 10 kali ganda. Apa yang menyebabkan harga mee bungkus naik begitu banyak? Adakah di sebabkan mee semakin tinggi kualitinya? Adakah mee sekarang high demand? Adakah mee merupakan barang “rare” atau “trending“?

“Inflasi telah.. menjadi cukai paling kejam, meruntuhkan nilai dollar dan menambah kos setiap pembelian”

Ella T.Grasso (Ahli Politik Amerika)

Apabila faham inflasi, rupa-rupanya kuasa beli duit kita yang merosot. Kuasa beli duit kita hari ini tidak sama dengan kuasa beli duit kita zaman sekolah dulu. Duit 20 sen sekarang tidak boleh beli mee bungkus yang sama seperti zaman sekolah dulu. Jika mee bungkus tadi di jadikan ukuran inflasi, maka kuasa beli duit kita telah merosot 10 kali ganda!

BAGAIMANA INFLASI WANG BERMULA?

Kita perlu faham dulu tentang sistem matawang. Pada mulanya, duit kertas yang di cetak mesti bersandarkan nilai emas. Sistem matawang ini di panggil sistem Gold Standard.

Mengikut perjanjian Bretton Wood pada tahun 1944, US Dollar tidak boleh dicetak tanpa di sandarkan dengan emas. Setiap wang kertas 35 Dollar yang di cetak, mesti di sandarkan dengan emas seberat 1 troy oz (31.1 gram). Maksudnya duit Dollar hanya sekadar baucar yang mewakili emas. Duit sebenar ialah emas!

Gambar di atas menunjukkan wang kertas Dollar sebelum tahun 1971 yang tertulis “Gold certificate” dan “In gold coin payable..”. Maksudnya, duit kertas itu boleh di bawa ke bank untuk di tukarkan kepada emas.

Tetapi pada 15 Ogos 1971, Amerika telah melanggar perjanjian Bretton Wood (1944) dengan memutuskan hubungan US Dollar dan emas. Semenjak itu, bermula sistem matawang baru yang di panggil sistem Wang Fiat.

Wang fiat adalah sistem matawang yang boleh di cetak sesuka hati tanpa bersandarkan nilai emas. Menurut Professor Dato’ Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera, wang fiat di cetak “out of nothing” yang bermaksud duit kertas di cetak tanpa bersandarkan ke atas apa-apa aset fizikal. Inilah punca inflasi!

“Kecuali hanya ketika standard emas, secara praktikalnya, semua kerajaan dalam sejarah telah menggunakan kuasa eksklusif mereka untuk mengeluarkan wang untuk menipu dan merampas daripada orang ramai.”

Fredrich August von Hayek (Ahli Falsafah Austria)

Ia juga berlaku di negara kita, iaitu ketika zaman jepun memerintah tanah melayu. Duit di cetak sesuka hati sehingga menyebabkan hyperinflasi (Kuasa beli duit jatuh mendadak). Dalam kata lain, kekayaan rakyat di rompak oleh pemerintah tanpa di sedari.

KESAN INFLASI KEPADA DUIT SIMPANAN KITA

Inflasi itu ibarat anai-anai yang memakan duit kita. Katakan anda mempunyai duit simpanan di bank sebanyak RM100,000 dan kadar inflasi Ringgit setahun ialah 5%. Maka selepas setahun, duit simpanan anda itu akan berkurang nilainya sekitar RM5000. Walaupun nombor pada bank akaun anda masih RM100,000, namun hakikatnya duit anda telah di “makan” inflasi dari sudut nilai.

“Dengan ketiadaan standard emas, tiada cara untuk melindungi simpanan daripada kemelut inflasi. Tanpanya, tiada simpanan nilai yang selamat.”

Alan Greenspan (Bekas Pengerusi Federal Reserve)

Maka jika anda menyimpan duit RM100,000 selama 10 tahun, maka anda akan kehilangan nilai duit anda sebanyak RM50,000 di hakis inflasi 50%. Duit kita ibarat di makan oleh anai-anai dalam diam tanpa di sedari. 

HIPERINFLASI TERUK MERUNTUHKAN VENEZUELA

Peristiwa hiperinflasi merupakan contoh tauladan yang terbaik buat kita semua. Venezuela merupakan negara pengeluar minyak yang kaya di Amerika Latin. Venezuela menghadapi masalah hiperinflasi setinggi 1,000,000% (1Juta peratus!)

BAGAIMANA HIPERINFLASI BERLAKU?

Majoriti penganalisis bersetuju bahawa kejatuhan harga minyak yang mendadak adalah punca kejatuhan ekonomi negara Venezuela dan beban hutang negara dalam bentuk wang asing setinggi 50 billion dollar. Kejatuhan harga minyak dunia menyebabkan Venezuela kehilangan dana untuk membayar semula hutang mereka.

Lalu menyebabkan nilai matawang mereka “Bolivar” merosot teruk. Keadaan ini memaksa kerajaan mencetak wang Bolivar dengan banyak untuk membeli matawang asing seperti dollar bagi menjelaskan hutang yang perlu di bayar. Ini menyebabkan berlaku lambakan matawang Bolivar ke dalam pasaran tempatan lalu hilang nilainya.

“Kita memiliki emas kerana kita tidak boleh percaya kepada kerajaan.”

Presiden Herbert Hoover

Bila jumlah bekalan matawang Bolivar melebihi keperluan negara Venezuela, maka nilai Bolivar semakin susut. Jumlah hutang negara dalam kadar matawang asing pula bertambah. Maka hiperinflasi teruk berlaku!

“Wang kertas akhirnya akan kembali kepada nilai intrinsiknya – Kosong”

Voltaire (Ahli Falsafah Perancis)

Kita boleh mengambil pengajaran bahawa hiperinflasi berlaku akibat daripada kegagalan kerajaan menguruskan kewangan negara. Gambar di bawah menunjukkan harga seekor ayam naik mendadak sehingga 14 juta 600 ribu Bolivar akibat hiperinflasi!

EMAS KALIS INFLASI

Benarkah emas kalis inflasi? Emas merupakan aset fizikal di luar sistem kewangan. Bermaksud emas tidak ada hubungan dengan sistem wang fiat, perbankan, juga kerajaan. Maka inflasi tidak akan berlaku ke atas emas fizikal dan terbukti sejak 1,400 tahun yang lalu.

Sebagai contoh teori yang terkenal menurut Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas) tentang teori 1 dinar seekor kambing. Di mana menceritakan, pada 1,400 tahun yang lalu, rasulullah s.a.w membeli 1 ekor kambing dengan harga 1 dinar emas (4.25gram). Hari ini dengan 1 Dinar emas, masih munasabah untuk di tukarkan kepada seekor kambing.

Persoalannya, berapakah kadar inflasi 1 dinar emas sejak 1,400 tahun lalu? Jawabannya ialah 0% (Kosong)

Menurut pakar-pakar kewangan seperti Robert Kiyosaki mengatakan bahawa matawang tidak sesuai di jadikan simpanan kekayaan jangka masa panjang. Matawang hanya sesuai untuk dana kecemasan atau belanja bulanan bagi jangka masa terdekat saja.

“Selama 2,500 tahun pasaran global mengenali emas sebagai standard nilai yang paling unggul – yang bermaksud emas, sejumlah tertentu emas, ialah unit perakaunan yang terbaik, proksi terbaik untuk barangan, perkhidmatan dan aset-aset kewangan yang terlibat dengan sistem perbankan dan ekonomi pertukaran.”

Jude Wanniski (Wartawan Amerika)

Emas merupakan aset terbaik bagi simpanan jangka masa panjang. Dan ia merupakan pelindung terbaik dari inflasi yang menghakis kekayaan kita semua.

SUMBER: EKRAM MAFUARDI

Anda Pasti Sukakan Ini

Analisa Teknikal UsdCad 22 Mac 2022

Cabaran terbesar yang dihadapi ekonomi AS pada tahun 2024

PAKAR PERTAHANAN NEGARA LUAR PELIK KENAPA NEGARA MERDEKA SEPERTI MALAYSIA MAHU RUJUK DARI CHINA TERLEBIH DAHULU UNTUK TENTUKAN DASAR LUARNYA DALAM ISU AUKUS

MENJELANG DEBAT DI ANTARA PRESIDEN D.TRUMP DAN JOE BIDEN MALAM INI

ANALISA REAKSI PAIR UTAMA TERHADAP KEJUTAN NFP US

TAGGED:HyperinflasiInflasi Malaysia
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Dolar Bergelut Di Tengah-tengah Ketaktentuan Dasar Perdagangan
May 15, 2025
Dolar Melanjutkan Penurunan
May 14, 2025
Saham New Zealand Disenyapkan dalam Tawaran Awal
May 14, 2025
Uganda Pegang Kadar Dasar Utama untuk Mesyuarat Ke-3
May 13, 2025
Kadar Inflasi Romania pada 4.85% pada bulan April
May 13, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Berita TerkiniMENARIK HARI INI!StrategiTeknikal

Analisa Teknikal GbpJpy 16 Jun 2022

By Zulhilmi Mohd Diah
1 Min Read
MENARIK HARI INI!

Langkawi tetap meriah diserbu pelancong

By Azawiya Azali
2 Min Read
Berita TerkiniMENARIK HARI INI!

Raja Rasuah warga Malaysia lari dari tahanan Marshal A.S

By Fatin Zulaikha
2 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

Berita Terkini

Pengulas politik AS kata ‘Orang Melayu Tak Ada Duit’,memperlekeh lawatan Presiden China ke Malaysia

By Azawiya Azali
April 17, 2025
2 Min Read

Apa Akan Terjadi Jika China Menjual Ratusan Bilion Bon Perbendaharaan AS Secara Mengejut?

By Azawiya Azali
April 19, 2025
Berita Terkini

Angin perubahan bertiup di selatan,PAP dijangka menang majoriti mudah tapi…

By Fatin Zulaikha
April 27, 2025
6 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 333 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
News Ticker

Hasil Bon Itali 10Y Mengikuti Peer Eropah Lebih Tinggi

Hasil bon kerajaan 10 tahun Itali meningkat semula melebihi paras 3.85%, pulih daripada paras terendah sebulan…

By MFM News Update
April 8, 2025
News Ticker

ETH/USD: Ethereum Mencapai Terendah 2 Tahun pada $1,500 apabila Kripto Mendapat Ketakutan Pertumbuhan Didorong Tarif

Perkara utama: Dan akhirnya, selepas terselamat daripada ketakutan pasaran dua hari baru-baru ini, peniaga crypto tidak…

By MFM News Update
April 7, 2025
News Ticker

Rupee India Melemah Ke Arah Rekod Rendah

Rupee India melemah melepasi 87.3 setiap USD, tidak jauh daripada rekod rendah 88 yang disentuh pada…

By MFM News Update
March 3, 2025
Berita Terkini

BNM Mungkin Turunkan Kadar OPR Jika Ekonomi Terus Lemah

Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mempertimbangkan penurunan 25 mata asas dalam Kadar Dasar Semalaman (OPR) sekiranya…

By Ahmad Danial
April 10, 2025
MajalahForexMalaysia.com

MajalahForexMalaysia.com adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MajalahForexMalaysia – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up