23.8 C
Kuala Lumpur
spot_img

KEKAYAAN 10 BILLIONAIR TERKAYA DI DUNIA MENINGKAT $540 BILLION

Date:

Share:

Nilai kekayaan 10 bilionair terkaya dunia meningkat $540 bilion sejak Mac lalu apabila harga saham kembali pulih sejak ia menjunam akibat wabak Covid-19. Pemilik Amazon, Jeff Bezos meraih peningkatan nilai kekayaan sebanyak $80 bilion kepada $193 bilion berbanding $113 bilion pada Mac lalu.

Selain itu, pemilik syarikat automotif TESLA, Elon Musk pula meraih durian runtuh apabila kekayaannya meningkat dari $24 bilion pada Mac lalu kepada $190 bilion Januari 2021.

Laporan yang dikeluarkan oleh pertubuhan Oxfam menunjukkan bahawa kekayaan 1,000 bilionair dunia kembali pulih dalam tempoh sembilan bulan setelah jatuh 30% pada Mac 2020. Sebagai perbandingan, ketika krisis kewangan global berlaku pada tahun 2008, bilionair seluruh dunia memerlukan tempoh lima tahun untuk kekayaan mereka kembali pulih.

Menurut laporan yang bertajuk Inequality Virus, unjuran menunjukkan golongan termiskin di dunia memerlukan lebih 10 tahun untuk kembali pada keadaan sebelum pandemik ini bermula.

Ketidaksamaan dijangka meningkat dengan mendadak berikutan wabak Coronavirus ini. Pengarah Urusan Tabung Kewangan Dunia berkata ; ” Kesannya begitu mendalam….. dengan peningkatan jurang ketidaksamaan yang akan menyebabkan pergolakan ekonomi dan sosial. Lost Generation pada tahun 2020 akan merasai kesannya untuk beberapa dekad akan datang “

Pandemik ini juga akan mengakibatkan segala pencapaian membasmi kemiskinan untuk tempoh 20 tahun yang lalu menjadi sia-sia. Dianggarkan sejumlah 200 juta hingga 500 juta orang akan jatuh ke kancah kemiskinan akibat krisis kesihatan ini.

87% responden yang terdiri dari ahli ekonomi juga bersetuju bahawa pandemik ini akan meningkatkan jurang ketidaksamaan. Selain itu, jurang ketidaksamaan dari segi kesihatan serta pendidikan juga dilihat bakal menjadi cabaran dalam tempoh beberapa tahun yang mendatang.

Kanak-kanak dari keluarga miskin tidak mendapat makanan berkhasiat sekaligus merencatkan tumbesaran mereka. Perkara ini semestinya membawa kepada masalah kesihatan yang berpanjangan seperti bantut dan sebagainya. Negara-negara miskin tanpa kelengkapan kesihatan yang baik turut menjadi mangsa terburuk akibat pandemik ini.

Dari segi pendidikan pula, murid-murid dari golongan yang tidak bernasib baik tidak dapat mengikuti pengajian secara kondusif. Kaedah pembelajaran digital yang menggunakan internet dan sebagainya banyak menghukum kanak-kanak dari keluarga susah.

Masalah ketidakcukupan kelengkapan seperti komputer menyebabkan pengajian mereka terganggu. Manakala bagi sebilangan pihak, capaian internet yang tidak baik turut menjadi masalah yang besar dalam mengikuti pengajian ketika pandemik ini berlangsung.

Keadaan yang tidak pernah berlaku seperti ini telah membuka banyak pekung dalam sistem sosial dan ekonomi dunia. Oxfam menyeru kerajaan-kerajaan seluruh dunia untuk terus melabur di dalam sektor kesihatan, pendidikan dan perkhidmatan awam bagi memastikan kesejahteraan hidup orang ramai. Tambah mereka lagi, langkah-langkah penjimatan yang ekstrem perlu dielakkan.

Selain itu, pertubuhan ini juga menyarankan agar kerajaan mencukaikan golongan kaya pada kadar sewajarnya. Langkah Argentina sebagai contoh perlu diikuti negara-negara lain dimana golongan kaya di negara itu dikenakan cukai kekayaan dimana kerajaan Argentina berjaya meraih $3 bilion. Kutipan cukai tersebut digunakan Argentina untuk membiayai langkah-langkah pencegahan Covid-19.

Laporan boleh dimuatturun di https://www.oxfam.org/en/research/inequality-virus

Oxfam adalah sebuah pergerakan global yang ditubuhkan pada tahun 1995 yang bertujuan menentang ketidaksamaan bagi membasmi kemiskinan serta ketidakadilan di seluruh dunia.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

EUR/USD to reach 1.15 by late 2023 – Deutsche Bank

Economists at Deutsche Bank see the S&P 500 at 4500 in the first half of next year while EUR/USD is likely to hit 1.15 by late...

OECD meningkatkan ramalan inflasi untuk ekonomi global

Bank pusat di seluruh dunia mesti teguh dalam perjuangan inflasi mereka walaupun ekonomi akan terjejas akibatnya, kata Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD).Organisasi itu...

Quang Ninh to become leading coastal Vietnam economic hub

The northern province of Quang Ninh has set an objective to become Vietnam’s leading ocean-economic hub in the future, according to a report on...

Analisa Teknikal GbpJpy 28 November 2022

GbpJpy di Timeframe Daily.Forecast: Harga ketika ini sepertinya ingin membuat pertukaran daripada Uptrend kepada Downtrend. Harga ketika ini berada dibawah Resistance semasa dimana...

Analisa Teknikal Gold 28 November 2022

Gold di Timeframe Daily.Forecast: Kedudukan harga ketika ini dalam kedudukan Uptrend. Ketika ini harga berada diatas Major Support semasa. Harga sepertinya akan turun untuk...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here