25.5 C
Kuala Lumpur
spot_img

SC MOHON BANTUAN AWAM KESAN RICKY WONG SHEE KAI

Date:

Share:

Suruhanjaya Sekuriti (SC) memohon maklumat daripada orang ramai untuk mengesan bekas Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Asia Media Group Bhd (AMGB), Ricky Wong Shee Kai.

Kenyataan SC hari ini memaklumkan bahawa waran tangkap telah dikeluarkan terhadap Wong oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 29 September 2021 bagi kesalahan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA).

“Wong telah memberikan kenyataan palsu berkaitan pemerolehan AMGB sebanyak RM11.13 juta kepada Bursa Malaysia. Beliau telah bebas sejak Disember 2019,” menurut kenyataan itu.

Katanya, Wong berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 369(b)B CMSA dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda tidak melebihi RM3 juta dan penjara tidak melebihi 10 tahun.

Pada 30 September 2021, SC telah mendakwa bekas Akauntan Kumpulan AMGB, Ong Kar Kian di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi kesalahan sama.
Sebelum ini, pada 27 Disember 2019, waran tangkap dikeluarkan terhadap Wong oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas beliau berulang kali gagal menghadirkan diri di hadapan pegawai penyiasat SC susulan notis mengikut Seksyen 32(3)(a) Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan Wong diminta melaporkan perkara itu kepada SC di talian 017-360 8328/012-917 0738 /012-610 8275 atau e-mel kepada [email protected]. – Bernama

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Mansuh pencen ahli politik & penjawat awam adalah praktikal dan selari keperluan zaman

Memansuhkan pencen ahli politik & penjawat awam sememangnya satu topik yang panas kerana ianya melibatkan ramai pihak berkepentingan namun ia tetap perlu diakui sebagai...

Pengurus Maybank MC trade forex ambil RM4.8 juta dari peti besi cawangan, kena penjara

Seorang pengurus perkhidmatan di cawangan Maybank Singapura menanggung hutang kad kredit dan mengalami kerugian besar daripada dagangan dalam pasaran pertukaran asing (Forex).Dia mula meminjam...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 251 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 250.Dapatkan naskah MFM edisi ke 250 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

Apakah maksud US Shutdown ? Tujuh perkara yang anda patut tahu

Pembiayaan untuk agensi persekutuan AS akan kehabisan pada 30 September, krisis yang didorong oleh perpecahan ideologi di kalangan Ahli Republikan.AS ketika ini hanya beberapa...

Produk Gardenia mulai 1 Oktober ini

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) hari ini mengesahkan 30 produk syarikat itu akan mengalami kenaikan harga mulai 1 Oktober atau Ahad ini.Antara...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here