By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
MajalahForexMalaysia.com
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Reading: Tambang e-hailing naik mendadak
Sign In
Breaking:
Saham AS Memadam Kerugian
Harga Bitcoin Meningkat 4% kepada $107,000
Saham Australia Merosot 0.6% pada Tamat
Forex Global dan Roundup Pendapatan Tetap
Hasil 10 Tahun AS Menahan Penurunan
MajalahForexMalaysia.comMajalahForexMalaysia.com
Font ResizerAa
Search
  • Majalah
    • Majalah Online
    • Terkini
    • Fundamental
    • Strategi
    • Aktiviti
    • Teknikal Analisis
  • Pilihan Editor
  • Mengenai Broker
    • Broker Forex Malaysia
    • Bonus Tanpa Deposit
    • Buka Akaun Forex
    • Copytrade Forex
  • Platform Dagangan
Have an existing account? Sign In
Follow US
© MajalahForexMalaysia - All rights reserved.
MajalahForexMalaysia.com > Blog > Berita Terkini > Tambang e-hailing naik mendadak
Berita Terkini

Tambang e-hailing naik mendadak

Last updated: May 20, 2022 11:10 pm
By MFM Team
4 Min Read
Share
SHARE

 Perkhidmatan e-hailing ketika ini didakwa menaikkan kadar tambang melampau yang semakin tinggi dan membebankan pengguna ketika ini. 

Ketua Aktivis Pemain Industri Pengangkutan Darat Malaysia (PPDM), Kamaruddin Hussain berkata, peningkatan tambang operasi industri e-hailing sepatutnya dipantau oleh kerajaan bagi mengelakkan perkara itu terus berlarutan. 

Dakwanya, ini berikutan kadar tambang e-hailing tidak dikawal dan diserahkan sepenuhnya kepada industri itu berbanding kadar tambang teksi. 

“Hasil pemantauan di media massa mendapati hampir setiap hari akan ada sahaja rungutan daripada penumpang dan adakalanya dari pemandu e-hailing juga tidak berpuas hati dengan kadar tambang yang terlalu rendah.

“Sebagai contoh ada pengguna mendakwa tambang selalunya dalam kadar RM 14 atau RM15, sambutan raya meningkat RM27 dan kini meningkat lagi pada RM32. Pengguna juga ada yang mengeluh kadar tambang kebanyakan berada di paras lebih RM30 sedangkan masa perjalanan itu cuma 20 minit,” katanya kepada Utusan Malaysia. 

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kekecewaan pengguna e-hailing di laman media sosial terhadap perkhidmatan tersebut yang dilihat menawarkan harga perkhidmatan agak tinggi berbanding sebelum ini. 

Sehubungan itu, PPDM menggesa kerajaan membangunkan aplikasi e-hailing yang dikuasai sepenuhnya oleh kerajaan yang menawarkan harga yang dikawal sepenuhnya seperti tambang teksi sebagai satu pilihan kepada orang ramai. 

Mengulas lanjut, Kamaruddin berkata, kebanyakan pemandu teksi sudah lama dapat melihat agenda tersembunyi pihak-pihak syarikat kapatilis e-hailing, tetapi malangnya pandangan mereka dimanipulasikan sebagai menolak kemajuan teknologi dan tidak mahu berubah. 

Beliau mendakwa, syarikat-syarikat berkenaan sebenarnya mempunyai agenda untuk menghapuskan perkhidmatan teksi dan memonopoli industri teksi negara. 

“Tambang teksi adalah satu kadar tambang yang ditentukan oleh kerajaan hasil daripada penilaian segala kos yang terpaksa ditanggung oleh pemandu dan kadar yang tidak membebankan penumpang, manakala kadar tambang e-hailing pula tidak dikawal, dan diserah bulat-bulat kepada syarikat-syarikat kapitalis untuk menentukannya.

“Kesudahannya, syarikat-syarikat kapitalis ini bukan sahaja memanipulasikan kadar tambang, malah mereka menggunakan segala dana yang mereka yang ada untuk menjerat penumpang dengan membuang harga supaya teksi dinampakkan terlalu mahal,” jelasnya. 

Sementara itu, Persatuan Kebajikan Pekerja Industri e-Hailing Malaysia menyifatkan peningkatan kadar tambang perkhidmatan e-hailing ketika ini dilihat berpatutan dan adil kepada semua pihak sekali gus memberi ruang buat pemandu untuk bernafas semula selepas terkesan dengan pandemik sebelum ini. 

Pengerusinya, Jose Rizal berkata, peningkatan kadar tambang itu perlu dilihat menyeluruh dari semua aspek terutamanya waktu puncak, dan bukannya semata-mata kembali menekan pemandu yang sudah lama terkesan. 

Katanya, kadar tambang perkhidmatan e-hailing adalah dinamik berikutan kadarnya yang tidak menentu terutamanya apabila kekurangan pemandu melebihi permintaan pengguna.

Bagaimanapun, katanya, kebanyakan syarikat operator aplikasi masih mematuhi dasar dan peraturan yang ditetapkan iaitu tidak boleh menaikkan kadar dua kali ganda dari harga yang diluluskan semasa memohon Lesen Perniagaan Pengantaraan (LPP). 

“Perubahan peningkatan mula berlaku susulan peralihan fasa ke endemik, pengeluaran khas  Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan musim perayaan berkemungkinan dilihat membebankan pengguna. 

“Memang ada rungutan agak mahal, tetapi kena juga fikirkan bahawa pemandu juga perlu mengambil masa 40 minit sehingga 45 minit untuk sampai ke destinasi terutamanya pada waktu puncak. 

“Pemandu juga baru boleh bernafas semula selepas terkesan berpanjangan sebelum ini dan walaupun ada kadar tambang yang dilihat meningkat dua kali ganda, ia jelas tidak melanggar undang-undang yang ditetapkan,” katanya. 

Justeru, Jose Rizal menyarankan pengguna untuk tidak terlalu bergantung kepada satu aplikasi sahaja bagi membolehkan mereka mempunyai banyak pilihan berkaitan dengan kadar tambang yang ditawarkan bagi mendapatkan perkhidmatan e-hailing.

“Semasa pandemik, banyak pemandu mengeluh akibat harga yang ditawarkan murah, tetapi apabila baru satu dua minggu (kadar naik), pengguna terus mengeluh. 

“Sebahagian pengguna kena lebih bijak dan terbuka supaya jangan bergantung kepada satu-satu perkara pada masa yang tertentu,” jelasnya. – UTUSAN

Anda Pasti Sukakan Ini

Penduduk Shanghai memberontak tak tahan kena lockdown,bekalan makanan terputus

Analisa Teknikal AudUsd 14 Dis 2021

HYPERINFLASI :Selangor akan mula projek tanam jagung selepas Aidilfitri untuk tanggani kenaikan harga dedak

HARGA MINYAK MELEPASI $65 SETONG RENTETAN CUACA SEJUK MELAMPAU DI TEXAS

AIRASIA GROUP MERANCANG PERKHIDMATAN TEKSI UDARA, PENGHANTARAN MENGGUNAKAN DRON

TAGGED:Tambang E hailing naik
Share This Article
Facebook Email Copy Link Print
Glad you finished the article! How do you feel about it?
Love0
Happy0
Surprise0
Embarrass0
Sleepy0
Sad0
Angry0
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


More like this

Saham AS Memadam Kerugian
May 20, 2025
Harga Bitcoin Meningkat 4% kepada $107,000
May 19, 2025
Saham Australia Merosot 0.6% pada Tamat
May 19, 2025
Forex Global dan Roundup Pendapatan Tetap
May 16, 2025
Hasil 10 Tahun AS Menahan Penurunan
May 16, 2025
- Advertisement -
Ad image

Artikel menarik untuk anda

Berita Terkini

Binance backs out of FTX rescue, leaving the crypto exchange on the brink of collapse

By Shazril Sohaimi
5 Min Read
Berita Terkini

Hutang negara bertambah 100 Bilion

By Azawiya Azali
0 Min Read
Berita Terkini

Malaysia: Aliran masuk portfolio asing meningkat pada bulan Ogos – UOB

By Fatin Zulaikha
1 Min Read

Segalanya di Majalah Forex Malaysia

AktivitiBerita Terkini

Wiki Finance Expo Johannesburg 2025: Africa’s Premier Fintech, Crypto & Forex Event!

By Azawiya Azali
April 20, 2025
3 Min Read

Perang Dagang Amerika Syarikat-China: The Art Of Deal

By Azawiya Azali
April 28, 2025
Berita Terkini

Angin perubahan bertiup di selatan,PAP dijangka menang majoriti mudah tapi…

By Fatin Zulaikha
April 27, 2025
6 Min Read
Majalah Online

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 334 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

By MFM Team
0 Min Read
- Advertisement -
Ad image
News Ticker

Uganda Pegang Kadar Dasar Utama untuk Mesyuarat Ke-3

Bank of Uganda meninggalkan kadar faedah penanda arasnya stabil pada 9.75% pada 13 Mei 2025, menandakan…

By MFM News Update
May 13, 2025
News Ticker

Saham New Zealand Jatuh

NZX 50 jatuh 63 mata atau 0.5% kepada 11,829 pada dagangan awal pada hari Rabu, membalikkan…

By MFM News Update
April 9, 2025
Berita Terkini

Krisis Keyakinan Terhadap Kepimpinan Prabowo Menjadikan Ekonomi Indonesia Berantakan

Indonesia sedang menghadapi situasi ekonomi yang membimbangkan dengan peningkatan hutang negara yang terus melonjak, disertai dengan…

By Ahmad Danial
March 28, 2025
News Ticker

Presiden/CEO Aprea Therapeutics Gilad Oren Memperolehi 5,500 Saham

Gilad Oren, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Aprea Therapeutics, membeli 5,500 saham saham biasa pada 3…

By MFM News Update
April 4, 2025
MajalahForexMalaysia.com

MajalahForexMalaysia.com adalah laman interaktif bagi komuniti forex di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Di MFM anda boleh dapatkan informasi terkini berkaitan forex, isu semasa, dan pasaran kewangan secara amnya. Terdapat juga promosi hebat daripada forex broker di Malaysia dikongsi di laman ini.

Lain-Lain

  • Laman Utama
  • Peluang Dagangan
  • Berita Terkini
  • Belajar Forex

Korporat

  • Profil
  • Perkhidmatan
  • Majalah Online
  • Hubungi Kami

© 2025 MajalahForexMalaysia – All rights reserved.

Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up